Jika benar anda menyintai seorang wanita,
lihatlah sama ada apa yang tertulis di bawah ini
sama seperti apa yang anda alami
dalam melayari dunia percintaan.
Bagi kaum Hawa pula…
Hargailah mereka…
kerana kita tidak akan tahu bila
mereka akan pergi dari sisi kita…
Bercinta ini banyak dugaan dan halangan
yang akan datang tanpa diundang…
Semoga anda bijak memilih
di antara permata dan kaca.
- CINTA SEORANG LELAKI -
Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas
perubahan sikapnya amat mengejutkan…
Hati lelaki yang dianggap keras selama ini
tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas
apabila sudah jatuh cinta dengan relanya
Bahkan lelaki yang mabuk cinta
sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya…
Sekeras manapun hati lelaki
ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai…
untuk melihat lelaki menangis amatlah payah…
Di antara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah;
Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana dipaksa.
Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
Dia mudah berasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kasihnya dengan sabar.
Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.
Hawa diciptakan dari rusuk Adam
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan pemimpinnya
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan tempat hidupnya
Dekat dengan lengannya untuk dilindunginya
Dan dekat di hatinya untuk dicintainya…..
No comments:
Post a Comment