FaCtS Of LiFe

♥ You're not best friends because you sit together at LUNCh or taLK on the phone, or have matching fLiP-fLOPS or can recite each others Wardrobe. You're bestfriends because when she smiles, a grin forces itself across ur face no matter how mad you are, when she cries you instantly feel her pain and want to cry with her. When you Look her in the eyes you know theres no one you could ever tryst more regardLess of how many broken hearts you've had. That's what it means to be best friends...♥

Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, July 8, 2009

Alangkah...

Alangkah indahnya hidup jika kita tdk perlu memikirkan pasal duit...alangkah tenangnya hidup jika tak perlu fikir apa nk dimakan esok, minggu depan, hujung bulan @ hingga tarikh nk dpt gaji...alangkah bahagia hidup jika kita tak payah bayar apa2...alangkah senangnya hidup jika hidup takde hutang...alangkah bertuahnya hidup jika ketika berbelanja kita tak payah nk check harga, nk bandingkan harga, nk berfikir byk kali samada perlu beli @ tdk, just amik & terus bayar, tak payah fikir byk2...alangkah cerianya hidup jika hujung bulan kita masih bleh makan benda yg sama masa2 awal2 bulan, masa dpt gaji, bukannya maggi @ nasi lauk kicap & ikan bilis...adakah anda pernah terfikirkan hal ini?

Monday, July 6, 2009

Along oh Along

Ari2 duk dgr pasal along. Skrg timbul plak pelbagai kempen utk memerangi along. Siap nk siarkn nama, butiran peribadi & gambar peminjam along lg dlm media massa. Ari tu ada berita yg mengatakan ramai kakitgn gomen yg terlibat dgn along & kerajaan diminta menyediakn penyelesaian kpd permasalah tsebut. Aku kadang2 heran gak nape la staff goemn ni smpai pinjam along. Gaji diaorg kan dh naik. Ada yg kata gaji bersih diaorg tinggal ckit jer lps tolak sewa umah, ansuran kereta, ansuran motor. Aik, staff swasta pn sama gak, ada umah nk kna bayar, ada kete nk kna bayar. Sama jer. Lgpn ramai staff swasta yg gaji lg kecik dr staff gomen tau. Lgpn staff gomen kan senang nk dpt loan. Asal jer keje dgn gomen, takde byk hal, terus dpt. Hatta blom conform pn bleh lulus loan. Hatta yg keje sementara pn bleh dpt loan. Org yg keje swasta ni hatta keje berpuluh2 thn pn blom tentu dpt loan tau. Agaknya dh senang sgt dpt loan, tu la byk sgt hutang tu. Bila hutang dh btimbun, mula2 la menggagau cari duit nk bayar. Bila dh takde sumber lg, nk tak nak cari along sbb cepat bleh dpt duit. So klau kerajaan nk tolong, kerajaan kna tolong seme tak kira la keje gomen ke, keje swasta ke, baru adil.
Wp bleh dikatakan hari2 ada citer pasal along ni, org ramai tetap pinjam dgn along. Nape ek? Yg pasti sbb kesempitan wang & takde sumber nk dptkn wang. Nk pinjam bank mcm2 karenah. Nk itu la, nk ini la. Nk penjamin la. Ni, sejak2 ekonomi teruk ni, syarat dia makin ketat. Bg yg takde slip gaji, yg keje sendiri, cmner nk pinjam dgn bank? Ari tu ada pinjaman utk beli umah bg yg takde payslip tp cuba anda tengok syarat2nya? Cukup menyusahkan. So nak tak nak diaorg pinjam la dgn along sbb urusan mmg senang. Takde payslip pn takpe.
Klau korang perhati dlm akhbar bhgian iklan, ada iklan syarikat peminjam wang berlesen kan. Setau aku, syarikat2 ni berbeza dgn along. Satu sbb diaorg ada lesen. Lg satu diaorg tak sekejam along sbb masa nk buat pinjaman tu kita kna sign agreement & if kita tak bayar, kita bleh dikenakan tindakan mahkamah. Masalahnya diaorg nk payslip la, nearest family member's contact number la, confirmation letter la, bank book & atm card diaorg pegang, interest rate diaorg pn tinggi tau (klau pinjam rm1000, kita hanya akan dpt dlm rm750 jer, the rest of ditolak utk mcm2 fees, klau buat loan utk 6 bln, bulan2 kna bayar rm350, so rm350 x 6 bulan = rm2100 sdgkn kita hnya pinjam bersih rm750 jer, so anda kira la interest dia), klau lambat bayar dr tarikh yg ditetapkn (klau lambat sehari dua ok lg) kna bayar late charges rm100 perday. Klau nk ikutkn lbih kurang gak mcm along tp ada satu comp yg aku tau (aku kenal org yg keje kt ctu), blom ada lg diaorg gegar rumah peminjam & interest pn mmg fixed seperti mana agreement, takde tiba2 bertambah.

Saturday, July 4, 2009

Tinggal Free


Untuk berita penuh, sila klik kt sini; Harian Metro 04/07/2009.

Tergezut aku bila baca berita ni. Bukan apa, bila tengok jer gambar di atas, aku terus bleh cam kt mn tpt tu. Siap sebut nama tmn lg. Tpt yg dimaksudkn dlm berita tu betul2 belakang opis aku. Belakang opis aku ni ada satu blok bangunan 4 tingkat yg blom siap. Struktur dia hnya sempat naik 2 tingkat jer. Dh lama dh terbengkalai. Buat sakit mata btul. Ye la, bukak jer tingkap tepi tpt duduk aku terus nmpak bangunan tu. Btul2 sbelah opis aku dijadikan stor & tpt masak restoran kt bawah. Depan ckit stor company yg repair air-cond, juga kt bawah. Yg hujung tu baru jd penempatan indonesia. Masa awal2 aku keje kt sini kwsn tu mmg open. So sape2 jer bleh masuk. Agaknya ada yg komplein, lepas satu operasi menangkap pendatang asing kt area tu, ada org pasang zink di sekeliling bangunan tu, so takde sape yg bleh masuk lg. Tp tak lama kemudian aku nampak pagar2 zink tu dh roboh & ada org yg tinggal kt dlm tu. Klau korang nk tau, kt bawah bangunan tu siap ada rumah kayu tau. Diaorg siap bela ayam kampung & ayam laga lg. Depan bangunan tu ada kedai makan yg diusahakan oleh org indonesia. Pendek kata, kwsn tu dh jd penempatan indonesia. Pg2 diaorg duk btenggek kt tepi longkang, tghari diaorg bkumpul kt kedai mkn tu. Ptg diaorg duk btengek di tpt yg sama. Kebanyakkannya duk menyewa ramai kt bangunan yg dh siap disebelahnya. Yg duk bwh bangunan yg tak siap tu ntah la sape. Tp mmg ada pondok kayu kt ctu. Siap ada tpt main badminton & sepak takraw lg.
Sbenarnya dh byk kali pihak bkuasa buat 'rush' kt ctu. Gara2 'rush' oleh pihak imigresen & rela, bumbung kete kancil x-officemate aku kemek. Masa tu member aku ni parking kete dia sbelah tembok sbb nk elak drpd panas matahari. Masa operasi tu, PATI2 ni lari lintang pukang, ada yg lompat ke bawah tembok. Since tembok tu agak tinggi, diaorg landing atas kete member aku ni, so kemek ler. Second rush, nyaris2 aku kna langgar oleh PATI yg tgh blari kna kejar oleh PATI. Mmg tkejut aku masa tu. Tp kan aku dpti jumlah mrk ni tetap tak bkurangan, makin btambah ada la. Kbetulan plak kt area cni byk projek perumahan baru, so tpt ni mjd lubuk rezeki diaorg la. Klau nk diikutkan, Kem PGA wilayah tengah dekat giler dgn kwsn ni. Most of them ari2 dtg mkn kt satu kedai mkn glamour kt kwsn ni. Msti diaorg nmpak keadaan ni tp diaorg ni langsung tak takut.
Pihak MPKj pn slalu gak buat operasi merobohkn gerai mkn haram. Dlm satu operasi baru2 ni, abis kedai mkn kt bwh bangunan tu dirobohkn & dgr citer ayam2 belaan diaorg seme kna sita. Tp tak smpai sebln kemudian, gerai mkn tu dibina kembali. Erm, tak tau la. Mmg aku kesian gak bila dgr mrk bercerita ttg ketidakpuasan hati mrk. Kata mrk, mrk tak buat salah, mrk just cari rezeki halal. Ntah la, tp mrk harus faham kedudukan mrk kt sini. Nk meniaga pn kna ada lesen kan. Satu perkara kemusykilan aku, rata2 mrk mendakwa memilik kad pengenalan. Erm, senang nk dptkn IC ni yer. Satu hal lg, dr pemerhatian aku rata2 mrk memiliki motorsikal. Kt depan kwsn tu, klau korang lalu waktu petang ke, mlm ke, mcm tpt jual motorsikal plak, bderet depan tu. Seme tu motor kepunyaan diaorg. Senang plak diaorg dpt lesen ek. Diaorg kata ada IC sdgkn umur diaorg rata2 awal 20-an. Klau yg dh tua2 tu bleh gak caya sbb may be diaorg dh duduk lama kt malaysia. Klau dh takde IC, cmner nk ada lesen tp tak tau la klau diaorg ada lesen memandu antarabangsa kot tp ada ke? Klau dh takde IC cmner diaorg beli motorsikal tu, cmner nk tukar nama hak pemilik? Fikir2kan lah. I'm not against pendatang asing as long as they're legal sbb sape2 pn bleh dtg ke malaysia utk cari rezeki. Malahan company aku pun depends pd buruh asing dr indonesia gak. Tp aku tak puas hati kt PATI. Diaorg senang2 jer buat rumah kt mn2 kwsn yg diaorg suka sdgkn rakyat kita sendiri merempat. Fikir2kan lah.

Friday, July 3, 2009

Facebook


Aku dh lama gak la join facebook ni tp tak aktif sgt. Cuma sejak 2 menjak ni jer aku rajin bukak akaun aku. Tiba2 teringatkan member2 lama, member masa skolah, member masa belajar kt uni, member2 yg pernah keje kt sini & kenalan2 lain. Tp aku cuma berjaya contact member2 masa kt uni especially member satu kelas masa kt pusat matriks; budak2 kelas 1.21 & 2.21. Serius talk aku takde la kamceng sgt dgn diaorg dulu. Aku pernah putuskn hubungan dgn diaorg unofficially krn satu peristiwa. Betul, aku langsung tak bhubung dgn diaorg (except for sorang jer) bila aku melangkah ke degree. Diaorg buat reunion pn aku tak pernah attend. Aku pernah gak la berada di tpt yg sama masa diaorg buat reunion tu tp aku tak join diaorg, aku dgn member2 lain. Smpaikan dia dtg jemput aku kt kolej tp still aku refused. Kena plak takde sorang pn yg duduk satu kolej dgn aku except sorang student lelaki, tu pn mmg payah nk terserempak sbb blok dia di seberang jln atas bukit. Student pompuan pn takde yg sama kelas dgn aku except 2 girls, tu pn masa final year tp aku buat hal aku & masa tu aku dgn geng2 baru aku.
Cuma lately aku rasa nk cari diaorg balik, saje nk btanya khabar. Sbb tu aku join facebook & ternyata diaorg msih tak lupakan aku. Bila duk hantar msg, mmg mcm takde 'persengketaan' langsung. Seronok dpt tau citer terbaru diaorg. Seme dh kawin, dh jd mak & bapak, dh ada anak yg dh besar (majoriti anak dh 3 sbb kawin lps grad), keje pn bagus, ada tu skrg menetap kt oversea. Mudah2an kami akan terus berhubung lps ni. Cuma aku sedikit kecewa sbb tak dpt cari best friends aku masa degree; baity, shara, ila, ifah dan member kamceng masa skolah menengah dulu. Lps abis skolah, terus lost contact sbb aku sorang2 jer terbuang kt utara ni, yg lain2 samada blajar kt kusza, uia @ pun um. Diaorg tak join fb agaknya.


Thursday, July 2, 2009

Kes Bengang : Mad Dog

Msti ada korang duk tertanya2 nape aku post tajuk mad dog ditambah dgn word kes bengang. Aku ni tak suka benor dgn anjing. Bukan sbb dia mmg haram tp perangai dia. To one thing for sure, klau aku nampak anjing tepi jln masa aku jln kaki, aku la org yg paling tenang. Takde la kelam kabut takut2 sbb aku tau anjing ni satu jer pantang dia, jgn tunjuk kita takut kt dia sbb anjing mcm ada sense yg dpt tahu org tu takut kt dia or not. So klau nmpak anjing tu, aku buat tak tau je la. Pandang pn tdk.
Tp ni kes anjing yg duk merempat kt kwsn rumah aku. Seingat aku la dh byk bulan gak anjing ni duk merempat. Anjing ni anjing yg tak bertuan. Dulu aku slalu nmpak dia merayau kt tmn perumahan sebelah. Alih2 skrg dh pindah kt blok rumah aku plak. Yg aku bengangnya dia jdkn kaki lima blok kitaorg sbg kwsn rondaan dia & ruang tangga nk ke rumah aku tpt tidur di siang hari. Mlm hari dia tidur kt ruang tangga nk ke rumah sebelah. Yg lg bengang anjing ni anjing kurap, anjing sakit, bdn dia dh gugur bulunya, jln pn terhoyong hayang, klau lalu sbelah dia dpt bau la bdn dia yg busuk tu. Nk termuntah pn ada. Pintu grill tangga kna tutup rapat slalu, klau tak dia msti masuk tidur kt tangga. Yg aku lg bengang, dia pandai bukak grille tu. Eh, dia bukak dgn tangan ke? Jgn la suspend plak. Citernya cmni, grille tu asalnya ada selak tp elak tu tak bleh digunakan sbb kunci dia dgn tpt selak dh tak selari, so tak bleh nk selak la. Grille ada tpt nk letak pad lock tp takde sape nk propose guna pad lock. So klau nk tutup, tarik je la grille tu smpai rapat tp klau tolak kuat ckit msti terbuka sb grille tu jenis yg blipat bukan yg jenis tarik ke tepi tu.
Aku prnh tengok dgn mata aku sndiri anjing tu tolak grille tu. Dulu aku kadang2 heran cmner anjing tu dpt msuk sdgkn sblom aku naik td aku dh tarik grille tu plus asa far as i know takde prg lain yg keluar masuk after me. So satu hari aku ternampak apa yg anjing tu buat. Masa tu anjing tu dh ada kt dlm, so aku halau la dia & bila dia dh kuar aku terus tutup blik grille tu. Then aku saje2 sembunyi kt seblah tangga nk tengok gelagat dia. Rupanya dia bukak grille tu dgn cara menolak dgn kaki depan dia. Ish3, pandai benor anjing tu. Aku bukan apa, takut anjing tu mati kt tangga tu nnti sape nk buang? Anjing tu mcm dh tenat btul.
Masa siang dia asyik tidur jer. Mmg duk diam. Kita lalu sbelah dia pn dia buat tak kesah. Kadang bengang dia buat bodoh jer bila kita halau dia. Bila amik btg penyapu baru la berdezup dia lari.
Tp kan sejak 2 menjak ni bila mlm jer dia start menyalak ke hulu ke hilir. Dia duk menyalak sepanjang blok tu, dr umah pertama smpai ke umah yg hujung. Kuat sungguh. Dia duk menyalak smpai ke lewat mlm, mmg terganggu la nk tidur. Pernah la hubby baling dgn plastik yg berisi air masa dia duk menyalak tu, terus dia lari ke pdg kt sbelah umah kami. Senyap sekejap, lps tu menyalak balik. Mlm dia aktif betul. Klau kitaorg jln2 kt bawah, dia msti salak kitaorg sdgkn klau siang hari dia buat bodoh jer. Pelik btul. Prnh gak la dia salak aku & hubby, apa lg hubby amik seketul batu & agah nk lontar kt dia, tau plak dia lari. Dh berbulan gak la dia buat perangai tu. Sbb tu klau aku blik keje mlm ckit, aku akan elak kwsn dia duduk. Kang tak pasal2 kna kejar. Dh la anjing kurap, berpenyakit, risau kna gigit, tak pasal2 kna penyakit anjing gila.


Wednesday, July 1, 2009

Please Describe Ur Job

Ni typical question bila kita gi interview. Sape2 yg prnh gi interview msti dh hafal jwpn bg soalan ni kan. Ni kira soalan spot la. Kacang jer kan. Tp aku btul2 menghadapi masalah bila nk describe job aku masa interview & nk buat resume. Aku pn tak tau nk tulis post aku skrg. Nape ek? Dulu mmg ler aku buat admin, so bleh la dipanggil admin officer ke, tak pn kerani ker. Lps tu aku ditugaskn buat akaun plak, so bleh dipanggil admin & account officer. Tp lama2 mcm2 keje aku kna buat. Nk kata engineer, aku takde qualification dlm bidang tu tp aku ada buat keje2 engineering, nk kna check structure drawing. Nk kata aku qs, pn tdk sbb aku tak prnh belajar bidang qs ni tp time buat claim; aku la, time buat report; aku la, time buat material calculation & distribution; pn aku gak. Nk kna buat purchasing lg. Nk kata aku ni project manager, aku takde background engineering pn tp hal2 site aku kna monitor. Tu pn nsib baik aku tak kna attend meeting dgn project's client. At the same time, aku msih kna buat admin & account (skrg ni blom ada assistant, so aku kna pulun seme tu). HR pn sama, tu pn nsib baik hubby ada kt site, so dia bleh monitor pekerja2 tu tp time bayar gaji, aku la org yg paling sibuk nk kna kira gaji diaorg. Lambat kira kan, lambat la gaji diaorg.
So cmne la aku nk describe keje aku ek? Apa aku nk panggil jwtn aku ni ek? Admin coordinator relevent tak? Tp aku buat keje engineer & qs gak. So, admin aka account aka engineer aka qs, bleh? Tamaknya aku smpai seme jwtn aku nk sapu.

Tuesday, June 30, 2009

Congrats To My Friend!


Sejak dpt hp baru ni asyik main msg jer. Bukan dgn hubby tp dgn member baik aku. Hubby aku x suka msg2 ni. Nk ckp, call aje. Tak kesah pn sbb credit dia yg top-up kan, tugas aku guna jer. Berbalik kpd citer member baik aku td. Full name dia aku x payah jot down kt sini lah yer, nnti heboh satu malaya tp aku panggil dia rocky jer. Wah, glamour btul nama. Dia ni pompuan yg encik2, puan2. Org melayu pure lg. Klau tak silap aku nama panggilan tu diberikn oleh senior kami masa kt pusat matriks dulu. Nama dia typical malay name. Nk panggil full name, mcm panjang la plak. Nk panggil separuh jer, mcm nama org kg plak. Ntah sape la yg suka2 hati bg nama, jd la rocky, smpai la skrg. Dulu dia x suka gak tp lama2 mcm best plak. Dulu masa kt pusat matriks, senior kitaorg suka2 hati jer bg nama kt kitaorg. Mcm aku, since nama panggilan aku sama dgn sorang senior ni, diaorg suka2 tukar nama aku jd han. Aku x gemor btul, mcm apa jer. Tp aku x kira, aku nk org panggil aku ana gak. Lantak ler. Aku punya nama, aku punya suka ler.
Kitaorg dr state yg sama, tak jauh pn umah kami tp different school. Aku kenal dia masa buat medical check-up kt hospital. Masa tu kelam kabut gila sbb dpt surat tawaran lmbt. Klau tak silap aku, dlm masa x smpai seminggu sblom register. Masa tgh2 kelam kabut ke hulu ke hilir cari bilik nk buat medical check-up tu, mak aku tegur dia. Mmg tak sangka rupanya kami akan mdaftar kt pusat matriks yg sama.
Bila dh daftar, kitaorg dpt blok kolej yg sama, level yg sama, wing yg sama, selang sebilik jer. Tp bila masuk 2nd year matriks, kitaorg duk jauh ckit, blok lain2 tp still kitaorg rapat. Then bila masuk degree, wp kitaorg course yg sama tp blainan kolej. Aku kolej pertama, dia kt kolej yg hujung, laluan bas pn lain. Wp same course, mmg tak prnh dpt satu kelas. Masa tu kitaorg jupe pn masa nk blik cuti sem sbb dulu klau cuti sem, budak2 state kitaorg sewa bas balik kg.
Kitaorg mula rapat balik bila dh grad. Kebetulan plak masa tu seme duk tanam anggur. So mn2 jer ada interview, kitaorg gi sama2, calling2 bg info. Then dia dpt keje guru ganti, aku plak jd guru KAFA. Masa tu jupe time weekend je la. Ptg2 jer aku gi umah dia, saje lepak2, citer2. Dia susah nk gerak sbb takde transport. Then akhir 2001 aku ditukarkan ke KL (masa tu aku keje dgn training provider comp kt tpt aku) & dia msih dgn kerjaya pguruan dia. Dia minat btul dgn kerjaya tu tp smpai skrg tak dpt jwtn tetap. Apply DPLI & KPLI pn tak prnh bjaya. Wp kami jauh, kami msih bhubung btanya khabar.
Aku kesian gak kt dia sbb keje bmusim. Dia keje bila ada cikgu cuti bsalin. Lps tu, duk tanam anggur lg. Aku prnh offer dia keje kt kl ni (masa tu ada kenalan aku nk pakai kerani) tp dia tpaksa tolak sbb at the same time adik dia sakit. Dia pn risau nk tinggal mak dia sorang2 (ibu dia ibu tunggal & dia hanya 2 beradik). So kami slalu bhubung meluahkn rasa kecewa dgn nasib diri. Aku faham apa yg dia rasa tp aku pn tak bleh nk bantu dia. Alih2 tak lama lps tu dia dpt keje kt sebuah jbtn kerajaan kt trganu tp sambilan je la. I'm happy for her. At least skrg dia dh ada keje yg lbih secure wp tidak tetap. From gred 17, dia naik pangkat gred 27, tp msih jwtn sementara.
& then mlm td dia inform boss dia offer jwtn gred 41, same level dgn qualification dia tp dia was2 nk terima @ tdk sbb dia tak yakin samada bleh pikul tanggungjwb tu @ tdk. Ye la, dia rasa org yg pegang jwtn tu kt jbtn dia semenye org lama, org yg dh byk pengalaman. Lgpn dia hnya pegawai sambilan jer, takut kna buli mcm masa dia keje skrg ni. Menurutnya, mentang2 la dia keje sementara, seme keje dia kna handle. Pekerja tetap kt ctu goyang kaki jer. As for me, tak payah layan la org2 mcm tu. Pedulikn mrk. Buat keje kita sudah la. Janji keje siap.
Dia pn tak confident nk handle pekerja2 bwhn lps ni. Aku suruh dia terima jer offer tu. Wp sementara, it still a job. Mmg lps ni tanggungjwb lg berat, nk kna layan karenah org bwhn lg, tp itu yg spatutnya kita buat sejak dr dulu, we studied hard for a scroll dgn harapan after graduation kita akan jd pemimpin. Lgpn smpai bila nk jd kuli, smpai bila nk ikut arahan org jer. Klau nk ada peningkatn dlm pekerjaan & hidup, kita kna berani memimpin org plak. Baru la bmakna segulung ijazah tu.
This morning she sms me & said she already accept the offer. I'm happy for her. Lgpn skrg ni nk cari keje bukan mudah. Ramai yg duk menganggur kt luar sana. Skrg ni klau nk keje gomen pn susah. Mcm aku, smpai skrg pn tak dpt2. Skrg ni byk jwtn kosong tp bila tengok btul2, jwtn tu hnya btaraf sementara saja. Tetap mmg ckit sgt. Dia pn kira btuah sbb boss dia offer terus jwtn tu kt dia, tak payah nk apply blik, tak payah nk interview mcm org lain. Sbbnya dia dh lama keje kt ctu, so boss dia tak payah bg training lg. Aku tahu, she's a dedicated worker so no wonder boss dia offer her instead of other staffs yg sama2 dgnnya. So rocky, congrats on ur new job. Lps ni bleh la belanja aku. Ye la, gaji dh naik kan....



This Day In History