FaCtS Of LiFe

♥ You're not best friends because you sit together at LUNCh or taLK on the phone, or have matching fLiP-fLOPS or can recite each others Wardrobe. You're bestfriends because when she smiles, a grin forces itself across ur face no matter how mad you are, when she cries you instantly feel her pain and want to cry with her. When you Look her in the eyes you know theres no one you could ever tryst more regardLess of how many broken hearts you've had. That's what it means to be best friends...♥

Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, July 31, 2009

1 Terengganu, Foods, Fruits, Fiesta


MAKANG FREE ADE BELAKE weh.. buoh-buoh, makanang & selang-seli dengan nyanyi, persembahan budaya Terengganu. Parking kereta di medan C bayor RM2 je.. Naik LRT buleh, hok lain FREE BELAKE.



Ini ada perkhabaran baik utk anak2 terengganu di lembah kelang. Pd 01/08/2009 ada program 1T3F yg akan blangsung kt stadium bkt jalil. Ada mkn2, ada psembahan, best tu. Yg ptg, seme tu FREE. Moh la seme. Utk maklumat lanjut anda bleh refer kt website PESAT.

Thursday, July 30, 2009

Usah Layan Semburan Kabus Berbayar

Usah layan semburan kabus berbayar. Sekiranya terdapat pihak yang mengambil atau mengenakan caj untuk semburan, boleh melaporkan terus kepada kementerian itu di talian 03- 88810200 atau 03-88810300. Itu ingatan yg diberikn oleh KKM dlm paper semlm Harian Metro 29/07/2009.
KKM dh byk kali buat hebahan bhw semburan tu adalah percuma tp masih ada pihak yg amik kesempatan & ada pihak yg tertipu. Aku pn prnh hampir2 tertipu. Kejadian ni blaku dh byk bulan gak la. Masa tu time lunch hour. As usual aku balik umah utk lunch. Tgh aku duk relax2 dlm umah, ada org ketuk pintu. So aku pn bukak pintu, ada 2 lelaki yg ckp diaorg nk buat semburan kabus (fogging). Mulanya aku pelik gak, nape buat time tu sbb biasa keje2 fogging ni dibuat waktu pg ataupn senja sdgkn masa tu dlm pukul 1pm lbih, tp aku malas nk tnya byk2. Then dia tnya nama & aku tengok dia tulis kt buku bil. Katanya kna charge RM40 utk 2 kali fogging. Sethn diaorg buat 2 kali. Aik, ada masa bkala ke diaorg buat fogging? Klau tak silap, diaorg buat fogging ni bila ada kes denggi jer. Lps tu siap knakn bayaran. Bila aku tnya bukan ke fogging ni free, diaorg terus ckp tu yg kerajaan punya, diaorg swasta, so kna bayar. Aik, ada ke pihak swasta yg buat fogging? Aku tak pernah la dgr plak. Aku malas nk ckp byk, aku ckp aku takde duit, lgpn umah tu bukan umah aku & tuan umah kuar gi keje. Then dia ckp bayar RM20 je la utk 1 kali fogging. Aku ckp lg itu bukan umah aku, klau nk bayar kna mintak dgn tuan umah. Last2 dia ckp, klau mcm tu bayar je la RM10. Aik, siap ada tawar menawar lg. Aku makin curiga. Aku ckp sorry aku takde duit, klau nk singgit ada la. Last2 dia ckp takpe la, tutup pintu sbb kitaorg nk buat fogging kt luar umah.
Aku jeling2 gak kt kad kuasa diaorg yg diaorg gantung kt poket baju mrk tp tak nmpak dgn jelas. Yg aku nmpak mcm lambang KKM. Bil yg diaorg tulis tu pn aku suspicious jer. As far as i know biasa bil asal warna putih, salinannya jer warna lain; biru ke, merah ke, kuning ke. Tp aku nmpak bil diaorg tu bwarna warni. Bil asal klau tak silap warna biru. Hai, mcm2 cara org nk amik untung ni yer. Aku tak tau la klau2 ada jiran2 aku yg tertipu on that day. Yg kelakar, siap ada tawar menawar lg tu. RM10 pn diaorg tak kesah. Hai, ingat aku tak bacar paper ke? Tp aku terkilan sbb aku tak laporkn kt pihak bkuasa pasal kejadian tu. Nk report skrg pn rasanya dh tak guna sbb aku dh lupa tarikhnya. So next time, klau pkara ni blaku lg, aku msti buat report. Senang2 jer nk tipu org yer.

Wednesday, July 29, 2009

Operasi Membenteras Along

Tengok tajuk mcm aku plak yg buat operasi tu. Takde la. Semlm dlm paper ada berita pasal pihak polis & PBT buat operasi menurunkan iklan2 & poster along ni. Kt kwsn umah aku pn ada operasi ni. Ari ahad lps, dlm pkul 12 pg, masa tu aku & hubby tgh relax2 sambil celebrate birthday aku, tiba2 dgr bunyi byk motorsikal kt bawah. Lps tu dgr bunyi mcm benda disiat2. Jenguk ler kt balkoni, nampak la beberapa lelaki bmotorsikal tgh menurunkan iklan & poster yg byk tgantung kt tiang elektrik. Then ada sorang tu koyakkan poster kt diikat & dilekatkn pd pokok pinang betul2 depan umah aku. Hubby pn tnya la broder tu. Hubby ckp broder tu polis. Diaorg tgh buat operasi mmusnahkan poster2 & iklan along haram ni. Broder tu ckp seme nombor telefon & hp kt iklan2 tu tak boleh dihubungi lg. Agaknya lps berita pihak polis melancarkan operasi penyamaran menelefon along, diaorg terus terminate nombor2 hp & telefon tu. Pandai btul diaorg ek.
Mmg tak dinafikan, poster & iklan along ni mmg byk. Kt mn2 pn ada. Bila buka jer peti surat, msti berlambak2 benda alah tu tmasuk la business card diaorg. Buat menyemak peti surat jer. Kesian pokok2 pinang yg ditanam sebagai hiasan kt area umah kitaorg, bgayut2 poster. Blom tmasuk tiang elektrik & telefon. Kt pagar TNB substation tepi umah aku pn penuh dgn poster. Tmasuk la pagar kt tmn permainan, pun tepi umah aku. Diaorg ni suka2 hati jer nk lekatkn poster tu kt mn2 yg diaorg suka. Even kt grill tangga nk naik ke umah kitaorg. Yg paling menyakitkn hati, diaorg selamba jer tampal poster tu kt peti surat & papan tanda jln. Dulu masa mula2 duk sini, tgagau mcari nama jln. Tahu la nama jln tp tak tau nombor jln (biasa la tmn perumahan kan byk jln). Dh jupe papan nama jln, nombor jln plak ditutup oleh poster along. So do nombor rumah pd peti surat rumah kitaorg. Yg latest kt cermin penutup meter TNB. Tpaksala pekerja TNB yg nk check meter bukak penutup tu sbb kt cermin dh penuh dgn poster, dh tak nmpak meter tu dr luar. Aku dh koyakkan dulu tp tak abis sbb pelekat dia kuat sgt. Mmg menyakitkn mata sungguh....
Diaorg ni pndai, dtg lekatkn poster & masukkan risalah kt peti surat time tgh mlm. Aku prnh nmpak ada sorang lelaki ni memasukkan risalah dlm peti surat area umah & opis aku. Satu mlm tu plak aku tdengar org ketuk2 benda kt pokok pinang depan umah aku (pokok pinang ni btul2 dpn umah, daunnya bleh dicapai dr balkoni umah aku). Aku pn jenguk la, aku nmpak seorg lelaki tgh tampal poster kt pokok tu. Kesian pokok pinang tu. Aku tak dpt cam org tu, nombor plate ketenya pn tak nmpak sbb dia parking jauh. Klau nmpak, bleh gak buat report.

Tuesday, July 28, 2009

Sedangkan Lidah Lagi tergigit

Alangkah indahnya andai kita bangun pagi ditemani oleh bunyi kicauan burung & unggas2. Lg syahdu jika alam begitu sunyi sepi. Aku sentiasa mengharapkn suasana sebegitu krn ia akan mengingatkn aku pd kg halaman. Tp celik jer mata pg td telingaku dihidangkn pekikan & jeritan jiran aku kt tingkat atas. Sbenarnya aku dh biasa sgt dgr diaorg bgaduh tp hari ni awal2 pg dh bmula. Biasa la awal pg, sunyi ckit kan, so mmg jelas la suara laki bini tu bgaduh. Suara mrk sama2 kuat. Nsib baik aku tak faham apa yg mrk gaduhkan sbb jiran atas aku tu chinese (jiran2 aku seme chinese except ada satu lg family melayu kt atas jugak). Klau tak silap aku prnh citer kt sini yg diaorg prnh bgaduh smpai melayang periuk belanga ke tingkat bawah. Pg td takde plak nmpak kejadian tu tp dgr la benda dihempas2 ke lantai/dinding, pintu bilik dihempas2, bdegung-bdegang. Naik takut aku dibuatnya. Lama gak la diaorg bgaduh, maunya dlm 1 jam. Tjerit2 suara pompuan tu.
Hai, kot yer pn nk bgadug, tak usah la menjerit smpai seme jiran2 bleh dgr. Buat malu jer. Tp kan umah kitaorg ni agaknya mmg jenis lut suara ler sbb bleh dgr suara jiran kt atas. Rasanya suara kitaorg kt bawah pn bleh didengari oleh mrk kt atas. Lps ni klau nk gaduh pn kna slow2 ler jwbnyer :-). Malu jiran dgr.

Monday, July 27, 2009

Jika Kau Kekasih

Tidak kau terasa beban yang aku pikul
Menyeksa jiwaku kekasih
Kenapa kau tak pernah merasakan
Dan jika kau kekasih yang menyayangi aku
Harus kau mengerti hatiku
Itu hanya apa yang ku impikan
Bilakah kau akan mengerti

(Korus)
Kata hati merayu aku pergi
Meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya
Mengapa kasih, harus ku alami?
Setelah aku korban segala-galanya
Sanggupku harungi hidup bersama dirimu
Meninggalkan semua yang aku cintai

Jika kau kekasih senangkanlah hidupku
Jangan biar aku begini
Hidupku dalam kerunsingan kasih
Jika kau kekasih yang menyayangi aku
Harus kau mengerti hatiku
Itu hanya apa yang ku impikan
Bilakah kau akan mengerti

(Korus)
Kata hati merayu aku pergi
Meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya
Mengapa kasih, harus ku alami?
Setelah aku korban segala-galanya
Sanggupku harungi hidup bersama dirimu
Meninggalkan semua yang aku cintai

Bilakah kau akan mengerti

(Korus)
Kata hati merayu aku pergi
Meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya
Mengapa kasih, harus ku alami?
Setelah aku korban segala-galanya
Sanggupku harungi hidup bersama dirimu
Meninggalkan semua yang aku cintai
Kasih…


Sunday, July 26, 2009

Surah Penenang Hati


Terjemahan :


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

[1] Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,

[2] Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,

[3] yang memberatkan punggungmu?

[4] Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.

[5] Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

[6] sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

[7] Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,

[8] dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


Thanx to hani-rosli for this surah & its translation. I really need it at this moment.



Saturday, July 25, 2009

Happy birthday To Me


Ari ni birthday aku yg ke-34. Rasa mcm dh tua sgt tp nsib baik jiwaku sentiasa muda.

Tuesday, July 21, 2009

My Favorite Animal...









Note : Aku ni mmg pelik ckit, apa yg org minat aku tak minat tp apa yg org tak minat itu la yg menjadi minat aku. Aku suka tupai sampaikan dulu2 masa zaman study aku kumpul brg2 cenderahati berbentuk tupai. Even my ex-roomate siap belikn cenderahati berbentuk tupai yg diperbuat dr kerangan laut from pangkor. Klau org tanya nape aku minat tupai, jwbnya sbb dia 'cute', comel sgt. Lg satu dia ni lincah; lompat sana, lompat sini. Dulu masa kt kg, masa relax2 kt beranda rumah, aku suka tengok gelagat tupai atas pokok kelapa depan umah aku. Terhibur...

Monday, July 20, 2009

My Favorite Flower...









Wp ramai antara kita sukakan bunga ros @ mawar tp aku sebaliknya. Aku suka bunga tulip. Sbb tu aku namakan blog aku ni 'tulip is blooming'. Wp most of tulip takde bau tp aku suka btk & warnanya. Skrg ni mcm2 colour ada even warna biru. Dr dulu smpai skrg slalu berangan nk gi holland aka belanda sbb kt sana byk bunga tulip.

Sunday, July 19, 2009

Saturday, July 18, 2009

Friday, July 17, 2009

Cinta Suci

RAMAI yang tahu mengenai cinta. Ramai yang tahu menyebutnya. Bahkan ramai yang tahu meluahkan kata-kata indah sekadar menzahirkan keindahannya. Tetapi apakah sebenarnya cinta?


•Sifat cinta

Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar.


•Cinta wujud sejak dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka cinta kepada Tuhan.

Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa dan cinta sebenar itu suci murni serta putih bersih.


•Cinta bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya, jiwa bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.

Seterusnya, sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawabkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.


•Cinta itu indah

Walaupun kewujudan cinta tidak mampu dilihat, cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulen dan tidak bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlapan dan putih bersih.


•Cinta itu mengharapkan balasan

Cinta antara manusia itu menjurus kepada jodoh atau pasangan, daripada diri yang punya persamaan. Apabila dapat apa yang dicari, bermakna cinta itu sudah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali.

Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tetapi juga memberi.


•Cinta itu menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ia dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tetapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.


•Cinta itu mengetahui

Pada asasnya, sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel cinta.

Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu peraturan cinta jika tidak diberikan panduan.


•Cinta itu hidup

Cinta ibarat manusia, boleh berputik lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis.

Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tetapi ramai orang berharap supaya cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun sudah mati.


•Cinta itu suci

Sebagaimana yang banyak diperkatakan, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa.

Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkannya daripada godaan nafsu yang tidak ada batasan. Disebabkan nafsu, cinta suci jadi bernoda dan berdosa.


•Cinta itu pesona

Cinta itu bukan saja indah tetapi mempesonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tetapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana kita melihat bayi yang comel dan bersih. Dia senyum dan merapati kita. Kita pula terpesona kerana bukan saja ia comel tetapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.

Sifat cinta yang mempesonakan itulah yang sering membuatkan manusia berbuat silap apabila bercinta. Apa saja yang dilakukan kekasihnya mempesonakan dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa serta akan menodai cinta itu sendiri.

Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan nafsu. Nafsu itu tidak boleh dikalahkan melainkan jika kita sentiasa ingat kepada Tuhan Yang Maha Pencipta.


•Apakah itu bukti cinta?

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bukti cinta ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang dimahukan kekasih. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, cinta itu tidak tinggi nilainya.

Anggapan itu sebenarnya tidak tepat. Jika kita memberikan semua yang diingini kekasih, apa yang tinggal pada diri kita? Benarkah dia cintakan kita bila dia mahukan pengorbanan kita?



This Day In History