FaCtS Of LiFe

♥ You're not best friends because you sit together at LUNCh or taLK on the phone, or have matching fLiP-fLOPS or can recite each others Wardrobe. You're bestfriends because when she smiles, a grin forces itself across ur face no matter how mad you are, when she cries you instantly feel her pain and want to cry with her. When you Look her in the eyes you know theres no one you could ever tryst more regardLess of how many broken hearts you've had. That's what it means to be best friends...♥

Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, August 27, 2008

Very Funny...

Harian Metro - Selasa, 26/08/2008

Bomba bedah cincin
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Anggota bomba yang sinonim dengan memadamkan kebakaran atau mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan terpaksa melakukan tugas menyelamat paling pelik, semalam.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai di sini dipanggil bagi membantu doktor memotong cincin besi keluli yang tersekat pada pangkal kemaluan seorang pesakit lelaki di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Doktor terpaksa menggunakan kemahiran anggota bomba bagi memotong cincin yang sukar dicabut itu selepas pelbagai usaha dilakukan tidak berjaya.

Difahamkan, mangsa yang berusia awal 20-an sengaja menyarungkan cincin pada kemaluannya dipercayai bagi meningkatkan kekuatan seksual selain memberi kepuasan luar biasa kepada pasangannya.
Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Sarjan Malek Neik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan PPUM berhubung insiden pelik terbabit pada jam 12.43 tengah hari semalam.
Menurutnya, sebuah jentera dan enam anggota kemudian dikerah ke PPUM untuk misi membantu masalah terbabit yang disifatkan sukar dipercayai.

“Sebaik tiba, mereka dibawa ke bilik kecemasan sebelum dimaklumkan keadaan dihadapi ketika itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, dia melihat beberapa doktor berusaha mengeluarkan cincin itu yang terlekat pada pangkal kemaluan pesakit berkenaan.

Doktor terbabit cuba memotong cincin berkenaan menggunakan peralatan pembedahan, termasuk pemotong besi tetapi gagal kerana ia terlalu keras.

Malek dan pasukannya terpaksa menunggu kira-kira 20 minit sementara doktor bertungkus-lumus menanggalkan cincin berkenaan.

“Cincin besi keluli itu terlalu keras dan semua alat pemotong yang dimiliki hospital tidak berkesan memotongnya.

“Pesakit itu pula dilihat mengerang kesakitan setiap kali kemaluannya disentuh dalam usaha menanggalkan cincin itu,” katanya.

Selepas segala usaha menemui jalan buntu, doktor meminta bantuan kepakaran bomba bagi memotong cincin terbabit menggunakan pemotong besi yang sering dibawa dalam operasi menyelamat mangsa kemalangan atau kebakaran.

“Keadaan kemaluan mangsa yang membengkak merumitkan usaha menanggalkan cincin itu. Malah, kedudukannya pada pangkal kemaluan menyukarkan untuk memotong,” katanya.

Sebagai langkah keselamatan, doktor meletakkan sebilah kayu sebagai pelapik untuk mengelakkan kecederaan serius kepada kemaluan mangsa ketika pemotongan dilakukan.

“Kami terpaksa menggunakan pemotong besi bagi memutuskan cincin berkenaan. Tugas berkenaan dilakukan dengan penuh berhati-hati sebelum cincin terbabit dapat dipotong dalam tempoh tak sampai seminit.

“Anggota bomba yang terlatih dan cermat berjaya memotong cincin itu dengan hanya sekali percubaan,” katanya.

Menurutnya, kemaluan mangsa terlebih dulu dibius petugas PPUM bagi membolehkan tugas itu dilakukan dengan lancar.

“Tugas itu amat mencabar, namun saya berpuas hati kerana khidmat anggota bomba berjaya menyelamatkan nyawa lelaki berkenaan,” kata Malek yang menganggap kejadian seumpama itu amat jarang berlaku.

Mengikut kepercayaan golongan tertentu, tindakan menyarung cincin besi dalam kemaluan dikatakan mampu menambah kekuatan seksual si pemakai walaupun mereka sanggup menanggung azab sengsara akibat kesan sampingannya.

Moral Behind The Story : Neutral is the best.Tak payah la nak ubah2 ciptaan tuhan.Kononnya nak jd lebih 'perkasa',last2 dapat malu seumur hidup.Sakit lagi.Nasib baik nama & wajah tak tersiar kat media massa.Klau tak,tak kluar rumah la lepas ni....Ini lah manusia,tak pernah puas dengan apa yg dia ada. Kat mana2 jer ada iklan & promosi pasal cara & device untuk meningkatkan kejantanan.Kerana taksub,golongan ni, especially lelaki,akan cuba mcm2 cara untuk tujuan itu sdgkan mereka tak aware langsung pd kesan & akibatnya.Kononnya nak lebih power,silap2 'mati' terus...as my fiance said;tak payah la nak cuba benda2 yang karut tu.Org kita kan ada banyak cara & amalan yang lebih neutral & selamat untuk tingkatkan 'prestasi'.Klau tak boleh gak,better gi jumpa pakar.Lebih selamat & terjamin....so pd sape2 yg suka mencuba tu,think for the future & the one u love.



Harian Metro – Selasa, 18/03/2008

Tertelan Gigi Palsu Kekasih

GEMAS: Kisahnya lucu, tetapi membawa pengajaran. Seorang Mat Rempit tertelan dua gigi palsu teman wanitanya ketika asyik bercumbu di sebuah pondok di ladang sawit di Felda Gugusan Palong, dekat Bahau, di sini.

Pasangan terbabit sebelum itu menghidu gam bersama sekumpulan Mat Rempit selepas berlegar-legar dengan menunggang motosikal bersama kekasih masing-masing di kawasan berhampiran kira-kira jam 10.45 malam, Rabu lalu.

Menurut sumber, dalam keadaan ‘lalok’, kumpulan Mat Rempit itu mula bercumbuan hingga seorang daripada mereka yang berusia 19 tahun secara tidak sengaja tertelan gigi palsu kekasihnya yang tercabut.

“Menyedari gigi palsunya tercabut, teman wanita Mat Rempit terbabit yang berusia 17 tahun panik lalu mencari-cari di sekeliling, tetapi gagal menemuinya.

“Ketika itu, Mat Rempit terbabit yang dalam keadaan khayal selepas menghidu gam memberitahu, dia tertelan gigi palsu itu,” katanya.

Katanya, pasangan itu bersama kumpulannya itu kemudian balik ke rumah masing-masing kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Bagaimanapun, kira-kira jam 8.30 pagi, Mat Rempit itu merasa perutnya tidak selesa.

Bimbangkan keadaan kesihatannya, dia mengambil keputusan mendapatkan bantuan di sebuah klinik di Bahau bagi mengeluarkan gigi palsu itu.

“Doktor yang memeriksanya memberitahu gigi palsu itu tidak dapat dikeluarkan lalu mengarahkan remaja itu pergi ke hospital untuk membuat imbasan X-ray,” katanya.

Sumber itu berkata, Mat Rempit berkenaan yang bimbang rahsianya diketahui umum pergi ke sebuah hospital swasta di Melaka untuk menjalani pemeriksaan X-ray kira-kira jam 11 pagi.

“Doktor yang merawat Mat Rempit itu mendapati gigi palsu terbabit masih berada dalam perutnya dan memberi sejenis ubat cecair bagi mengeluarkannya ketika membuang air besar.

“Kira-kira lima jam kemudian, dua gigi itu dapat dikeluarkan,” katanya.

Jumaat lalu, remaja terbabit dibenarkan pulang ke rumah sebelum menyerahkan dua gigi itu kepada teman wanitanya.

Gigi itu bagaimanapun dicampak gadis berkenaan kerana berasa geli.

Tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.


Moral Behind The Story : This news dah lama appear dlm akhbar.I put it here sebagai penambah perisa.Mcm artikel kt atas,citer ni lg funny.My fiance & i tergelak2 bila baca berita ni.Mcm tak caya pun ada.Mcmana la gigi palsu tu bleh terkeluar.Syok sgt bercumbu smpai tak sedar.Nasib baik tak tercekik.Klau tak,tak pasal2 jd kes bunuh;bunuh tanpa niat...hehehe....moral kt sini,jaga la gigi anda supaya tak rosak.Bila dh rosak,silap kna cabut & last2 kena pakai gigi palsu.Tp nowadays,byk procedure utk rawatan gigi ni.Gigi yg rosak tak perlu dicabut lg (yg msih bleh diselamatkan la),boleh buat rawatan akar,bleh buat bridge, etc.Klau duit byk,bleh buat implan.Yg ni sah2 tak tercabut walau cmner hebat pun ciuman itu.& satu lg,ni adalah salah satu bahana yg tuhan bg sbb berasmara dgn bukan muhrim...tp i don't wanna judge what they're doing.Cuma satu ingatan,pd yg pakai gigi palsu tu,tak kesah la lelaki ke,pompuan ke,suami isteri ke,kekasih ke,beware masa bercium....

No comments:

This Day In History