MELIHAT merpati dua sejoli saling mencintai, menyayangi dan penuh romantis, pernahkah anda rasa cemburu atau mahu berfikiran positif menjadi sehebat pasangan itu?
Dalam percintaan, pasti ramai yang mendambakan untuk menuju ke gerbang bahagia. Biarpun tidak semua menemui titik akhirnya, ramai yang masih mencari cinta sejati.
Asam garam percintaan ibarat gigi dan lidah. Tiada namanya percintaan itu tanpa dugaan dan itulah ‘trill’ bagi setiap pasangan.
Justeru, dalam menyemai dan mencambah bibit percintaan, setiap pasangan perlu memberi dan menerima selain melihat diri masing-masing.
Berikut beberapa petua yang boleh digunakan pasangan bercinta dalam melayari kehidupan penuh manis itu.
Kekuatan berfikir
Cinta bermula daripada fikiran kita. Berfikir mengenai pasangan ideal yang ingin anda kenali akan membantu mengenali dia, ketika anda akhirnya bertemu dengan orang yang tepat itu.
Kekuatan untuk menghormati
Anda tidak mampu mencintai seseorang tanpa menghormatinya. Orang pertama yang patut dihormati ialah diri anda sendiri. Untuk mendapat perasaan hormat daripada orang lain, kita patut bertanya pada diri sendiri. ‘Apa yang aku hormati dalam diri mereka?’
Kekuatan untuk memberi
Jika mahu menerima cinta, anda harus mampu memberikannya terlebih dulu. Semakin banyak cinta diberi, semakin banyak yang akan anda terima.
Belajarlah untuk melakukan pelbagai kebaikan. Formula untuk menciptakan hubungan yang ceria, penuh cinta dan abadi adalah dengan selalu berfikir; ‘Apa yang dapat aku beri?’ dan bukan ‘apa yang akan aku dapat?’
Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati, anda mesti mencari sahabat sejati. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tetapi bersama-sama melihat satu tujuan. Untuk mencintai seseorang, anda perlu mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Kekuatan daripada sentuhan
Sentuhan adalah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan.
Sentuhan membuat kita lebih dapat rasakan getaran cinta tetapi Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kecuali suami isteri.
Kekuatan untuk melepaskan
‘Jika anda mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, bermakna dia tidak akan pernah jadi milikmu’.
Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita perlu belajar memaafkan dan melupakan masa lalu yang melukakan serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.
Kekuatan dalam komunikasi
Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu kamu mencintai dan menghargainya. Jangan takut untuk mengucapkan tiga kata magik : ‘Aku cinta kamu’.
Kekuatan daripada komitmen
Jika ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, anda kena mampu menciptakan komitmen dalam fikiran dan tindakan.
Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, anda harus setia dengan hubungan itu.
Kekuatan semangat
Semangat membakar dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang daripada daya tarikan fizikal tetapi dari komitmen yang dalam, kemahuan dan rasa saling tertarik.
Semangat dapat diciptakan kembali dengan membayangkan saat indah pada masa lalu dengannya.
Kekuatan daripada rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpanya, seseorang itu menjadi curiga, cemas dan takut.
Anda tidak boleh mencintai seseorang secara intim sehinggalah anda mempercayainya sedalam mungkin.
Satu cara mengetahui apakah seseorang itu mencintai anda, tanyakan diri sendiri; ‘Apakah aku benar-benar mempercayainya sepenuh hati?’. Jika ‘tidak’, anda harus berfikir dengan mendalam sebelum membuat komitmen lebih jauh.

No comments:
Post a Comment