TIDAK semua pasangan mampu mencipta kebahagiaan untuk tempoh yang lama.
Ada yang hanya mampu mengekalkan hubungan untuk jangka masa singkat. Tidak kurang yang merana gara-gara tidak mampu menyelamatkan keadaan.
Petua berikut barangkali boleh dijadikan panduan untuk mengekalkan hubungan supaya bertahan lama.


Apapun, ia tidak bererti anda boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak anda, ini bermakna si dia mempercayai anda dan tidak ragu-ragu dengan cara anda.

Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri ma sing-masing akan mewarnai lagi perhubungan anda berdua. Malah, ia akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran anda padanya. Justeru, tiada alasan untuk si dia berlaku curang.

Jika anda dan si dia jujur, ini membuatkan anda berdua tidak takut berbahas kerana berpendapat ia untuk kebaikan ber sama.
Walaupun ada kalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, ak hirnya anda dan pasangan akan mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Apabila hati sudah sayang, tentu saja anda sanggup me nerimanya walaupun menyedari tentu ada perkara negatif mengenainya.

Anda juga tentunya berharap si dia mengerti pandangan anda terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin per hubungan hanya mendatar saja.
Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul disebabkan tidak memahami perasaan dan menganggap diri tidak di hargai.

Tetapi, apabila berjaya menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara yang boleh menim bulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat.

Anda akan berasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia anda.

Tidak mungkin anda dan pasangan sentiasa sependapat sebaliknya, harus berkompromi untuk menunjukkan ke dewasaan masing-masing.

Walaupun pernah dilukai, perasaan dendam ataupun mem balas balik perbuatan mungkin tidak akan terlintas di fikiran. Berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ia akan memburukkan lagi keadaan.

Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan.
No comments:
Post a Comment