FaCtS Of LiFe

♥ You're not best friends because you sit together at LUNCh or taLK on the phone, or have matching fLiP-fLOPS or can recite each others Wardrobe. You're bestfriends because when she smiles, a grin forces itself across ur face no matter how mad you are, when she cries you instantly feel her pain and want to cry with her. When you Look her in the eyes you know theres no one you could ever tryst more regardLess of how many broken hearts you've had. That's what it means to be best friends...♥

Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, November 24, 2008

Berbaloikah Nak Bunuh Diri?

Mahu gadai nyawa demi Fadhil - Gadis cuba terjun dari bumbung hotel sebab ada masalah dengan kekasih

Oleh HISHAM IDRIS
hisham idris.com.my - 22/11/2008




FADHIL cuba memujuk kekasihnya, Sha yang cuba terjun dari bumbung sebuah hotel di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu semalam.
--------------------------------------------------------------------------------



KUALA TERENGGANU - "Saya tak nak turun, saya tak nak makan... saya nak Fadhil."

Itulah jeritan Sha gadis berusia 18 tahun yang cuba terjun dari atas bumbung hotel 10 tingkat di Jalan Tok Lam di sini petang semalam.

Sha yang bekerja di sebuah salon rambut di sini, dikatakan bertindak demikian selepas teman lelaki yang dikenali sebagai Fadhil ingin berpisah dan tidak lagi memberi perhatian kepadanya.

'Drama' itu bermula pukul 1.35 petang apabila Sha naik ke atas bumbung hotel lalu berdiri di bahagian tebing sebelah belakang sambil berpaut pada tiang penebat petir setinggi dua meter.

Gadis yang memakai baju dan seluar jean berwarna hitam itu kemudiannya dilihat berlegar-legar di atas tebing bumbung tersebut sebelum anggota polis dan bomba tiba.

Sepanjang usaha memujuk itu, Sha menjerit-jerit ke arah anggota penyelamat, manakala beberapa kakitangan hotel menyusun puluhan tilam sebagai langkah keselamatan jika dia bertindak terjun.

Malah orang ramai yang memenuhi kawasan hotel turut bersuara memujuk gadis berkenaan supaya melupakan hajat untuk terjun.

Keadaan semakin 'panas' apabila Fadhil tiba di tempat kejadian pukul 2.10 petang dengan sebuah kereta Proton Satria berwarna hitam dari arah Jalan Sultan Sulaiman.

Sebaik tiba, lelaki itu menjerit meminta Sha turun sebelum dia dibawa naik ke atas bumbung hotel oleh pihak polis bagi memujuk gadis tersebut.

Selepas sejam usaha dijalankan, Fadhil gagal mententeramkan Sha walaupun berjaya mendekati kekasihnya itu sebelum dia akhirnya mengundurkan diri pukul 3.11 petang.

Polis pula mengarahkan orang ramai bersurai pukul 3.17 selepas keadaan bertambah buruk kerana ada antara mereka mula bersorak.

Suasana cemas berakhir pukul 3.25 petang apabila Sha yang kepenatan, rebah lantas diselamatkan oleh pasukan penyelamat yang berada di atas bumbung.


***********************************************



Amukan isteri sakit hati - Wanita ugut terjun bangunan selepas sangka suami kahwin lain

Oleh ALIAS ISMAIL
berita@kosmo.com.my - 24/11/2008


Dengan memegang pisau wanita ini mengugut untuk terjun dari bangunan empat tingkat di Kuala Berang semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


HULU TERENGGANU - Gara-gara menyangka suaminya berkahwin lain, seorang suri rumah berusia 38 tahun bertindak nekad cuba terjun dari atas bangunan empat tingkat di Kuala Berang di sini semalam.

'Drama' itu bermula apabila wanita terbabit dikatakan bertengkar dengan suaminya di rumah mereka di Ajil, dekat sini sebelum wanita itu bertindak memecut motosikalnya ke bandar Kuala Berang.

Sampai di bandar Kuala Berang, dia yang merupakan isteri kedua, kemudiannya naik ke sebuah bangunan yang dalam pembinaan dan mengugut menikam empat pekerja Bangladesh dengan pisau ketika mereka cuba menghalangnya.

Pihak polis dan bomba bergegas ke tempat kejadian dan cuba memujuk wanita itu yang turut membuka baju kurungnya berwarna ungu sambil mengacu pisau.



Dua anggota bomba dan seorang awam sempat memegang wanita yang tergelincir dari bangunan empat tingkat di Kuala Berang, Terengganu.
--------------------------------------------------------------------------------


Sepanjang usaha memujuk yang memakan masa lebih tiga jam, ibu kepada seorang anak lelaki itu menghabiskan tiga batang rokok, dua air kotak dan dua air mineral yang diberikan anggota bomba.

"Kenapa buat mama macam ni!," jeritnya berulang kali ke arah anggota bomba dan polis.

Keadaan bertambah cemas pukul 3.15 petang, apabila wanita yang gagal dipujuk bertindak nekad dengan berundur sedikit demi sedikit sehingga dia tergelincir.

Bagaimanapun, tindakan pantas seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang menyambar tangannya dan disusuli anggota bomba lain berjaya mengelakkan wanita bertubuh besar itu daripada terjatuh.


P.S. Berbaloikah nak bunuh diri kerana seorang lelaki?Kedua2 kejadian ni berlaku kt my negeri.Buat malu org kg jer.Buat malu kaum sejenis jer.Sape yg duk gelak?Kaum yg satu lg tu.Mcm seorg wartawan kata,diaorg ni bukan nak bunuh diri sgt pn,cuma nk gertak insan yg tersayang, nk ugut & nk mintak perhatian.Tp adakah berbaloi buat mcm tu?Adakah insan yg kita ugut tu dpt terima kita kembali slps kejadian ni?Hanya org yg xde iman & x waras jer yg sanggup buat cmni.So,sape yg sanggup terima org yg x waras?Adakah kita boleh jamin perkara yg sama takkan blaku lg pd masa depan bila timbul masalah?Sendiri fikir la.....

No comments:

This Day In History