FaCtS Of LiFe

♥ You're not best friends because you sit together at LUNCh or taLK on the phone, or have matching fLiP-fLOPS or can recite each others Wardrobe. You're bestfriends because when she smiles, a grin forces itself across ur face no matter how mad you are, when she cries you instantly feel her pain and want to cry with her. When you Look her in the eyes you know theres no one you could ever tryst more regardLess of how many broken hearts you've had. That's what it means to be best friends...♥

Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, November 29, 2008

Interview Session


Yesterday i conducted an interview session. Our company is planning to recruit a new employee aka my assistant.Oh,what a relieve. I've been waiting for this moment for so long. I'm so tired of doing all the jobs on my own.I can't do it at the same time.I've to do this, i've to do that. I'm not a robot & i've only 2 hands. Can u imagine when i've to pick up 2 phones at the same time?I was talking at the fixed line phone & at the same time the wayerless phone rang, so what shall i do?& there was time when i was taking at the phone & at the same time the door bell rang.I can't stand it anymore.
This time my boss decided to recruit a spm's holder only.He had enough of higher qualification staff as b4 this they will ran away when they got a better opportunity. & this time he's going to recruit a chinese girl, so that she can handle the purchasing section since most of our suppliers & sub-cons are chinese.I've no problem when dealing with them but the problem occurs when the clients can't speak malay @ english.Sometimes i'm surprise myself bcoz' there's still malaysian who can't speak & understand malay.B4 this all the office staffs are malay. So this's going to be a new experience of working with difference race in the same office. I've no problem with that & i'm not prejudice against other races.I'm open minded.
Her tasks will be assisting me in managing the office. May be she can assist me in doing the company's account as b4 this she used to work as an account assistant. I was so happy when she said she was familiar with ubs system.Erm, not bad. She is only 22 years old & she'll begin on mid december.I can't wait to have a new colleague, especially an assistant. I'm not giving her a very high hope bcoz' based on her spm qualification,she only passed all the subjects taken, no credit at all.But for me, it was only on paper.Sometimes it didn't show the real us.


Friday, November 28, 2008

Pasca pernikahan


KAMU berdua sememangnya dapat memahami dan menyelesaikan masalah yang datang, percayalah.
--------------------------------------------------------------------------------

SELESAI majlis pernikahan, tibalah pula masanya untuk berbulan madu. Yang tinggal kini hanyalah penat dan rasa khuatir saat menghadapi kehidupan baru bersama. Ingin tahu 10 masalah yang menghantui pasca hari pernikahan?

1. Terjebak

Adakah kamu bahagia di saat bergelar pasangan suami isteri? Hati-hati, meskipun mengecapi kebahagiaan itu, perkahwinan tetap akan menimbulkan rasa khuatir. Sebelum ini, kamu hanya menghabiskan sisa hidup keseorangan tapi kini sudah memiliki empayar besar sebuah keluarga. Apatah lagi di kotak fikiran kamu sudah tertanam bayangan untuk menghabiskan hidup berdua dengannya.

Solusi:

Perasaan terjebak ke dalam 'lingkaran' perkahwinan sedikit demi sedikit akan menghilang rasa takut atau cemas yang mampu membuatkan kamu menyedari dan menerima dengan tulus, status baru sebagai seorang isteri. Perasaan ini juga akan membantu kamu menjalani kehidupan yang selanjutnya dengan perasaan nyaman.

2. Ghairah terpadam

Bulan madu yang mengghairahkan, malam pertama yang tidak dapat dilupakan, barangkali itulah yang bermain di fikiran kamu ketika ini. Atau, kamu sering membayangkan alam pernikahan yang membuatkan perasaanmu terhenti untuk bersosial bersama rakan-rakan, disebabkan bebanan yang harus dipikul dan urusan yang lebih penting.

Solusi:

Kamu dinasihatkan agar sentiasa tenang, tetapi jangan sampai 'mati rasa' terhadap suami. Jangan berasa terlalu kecewa sekiranya saat ghairah kamu atau pasangan menurun atau padam tanpa diduga. Ingat, stres dan rasa gelisah juga akan mempengaruhi tahap libido kamu. Tetapi, kamu tentu tidak boleh berdiam diri. Ciptakan ghairah-ghairah kecil, misalnya selalu meluangkan masa duduk berduaan, saling menggoda hatinya dan mencuba variasi hubungan seks. Ini akan membantu kamu mengekal perhubungan, bahkan meningkatkan rasa ghairah kamu berdua.


--------------------------------------------------------------------------------

3. Gangguan teman

Stres angkara gangguan rakan-rakan kamu selepas bergelar isteri sememangnya mempengaruhi kedudukan kamu ketika ini. Misalnya, 'Wah, pasti kamu sekarang tidak boleh keluar berjalan-jalan dengan kami lagi' atau 'Kamu sekarang sibuk mengurus hal bersama suami, sampai lupakan kawan-kawan lama!' Walaupun kata-kata ini agak sinis, tetapi bagi kamu ia amat menyakitkan.

Solusi:

Tidak perlu berasa tertekan. Lakukan komitmen itu dengan suami dengan mengunjungi ke rumah sanak-saudara, menghadiri ulang tahun rakan-rakan. Paling penting, kamu harus meluangkan masa berdua. Sampaikan komitmen ini kepada teman yang hobinya gemar melempar kata-kata sebegitu.

4. Cinta berubah

Kata orang, selepas mendirikan rumah tangga, kasih sayang kepada ibu bapa akan berubah demi insan bergelar suami. Kamu perlu menjaga hati kedua ibu bapa dan keluarga mertua.

Solusi:

Jangan terlalu beremosi. Ubah harapanmu itu! Semuanya akan berjalan lancar sebaik sahaja kamu berkahwin. Selama ini kamu saling berbicara dan mendengar luah hati masing-masing, kamu sememangnya dapat memahami dan menyelesaikan masalah yang datang, percayalah.

5. Awas, jalan buntu!

Kadang-kadang, persoalan yang muncul akan menjadi begitu serius dan berulang-ulang. Akibatnya, kamu mahupun suami mengalami hari-hari yang sulit sehingga membuat hubungan kian pudar. Akhirnya, kamu berdua menyerah!

Solusi:

Jangan menyerah kalah. Walau berat manapun masalah yang melanda, pasti ada jalan penyelesaiannya. Paling utama, fikirlah dengan logik lalu, mintalah bantuan orang ketiga yang lebih tua atau profesional. Kuncinya, jangan panik dalam membuat keputusan yang dirasakan sukar untuk diselesaikan.

Thursday, November 27, 2008

Panduan pilih bakal isteri



SEPERTI MANA sukarnya mencari permata di pelimbahan, begitu juga sukar mencari nilai seseorang untuk dijadikan suri dalam hidup.

Bagi sesetengah lelaki, mencari wanita untuk disayangi dan seterusnya menjadi teman sepanjang meniti kehidupan tidak semudah memilih atau menukar pakaian.

Menjalani hidup berdua, muafakat dalam segalanya, matlamat untuk hidup bahagia disusuli rasa kasih yang tiada taranya menjadi impian semua pasangan.

Pun begitu, dalam soal memilih pasangan hidup banyak perkara harus difikirkan. Islam turut menggariskan ciri wanita yang harus menjadi pilihan lelaki biarpun jodoh, ketentuan takdir, ajal dan rezeki di tangan Yang Maha Esa. Namun, ciri tertentu harus menjadi sempadan dan perlu diambil kira ketika memilih calon yang layak.

Pelbagai andaian dilakukan lelaki di samping meletakkan piawaian tertentu dalam memilih calon isteri. Kehidupan sosial dan peribadinya juga perlu diambil kira kerana melayari hidup bersama pasangan itu bukan untuk tempoh yang singkat, tetapi menyatukan dua jiwa untuk selamanya.

Mungkin petua berikut mampu menjadi panduan penting kepada lelaki yang terlalu cerewet dalam memilih pasangan hidup.

Wanita kategori liar

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokkan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap mencubanya tidak wujud sempadan. Anda mungkin teruja dengan kegilaannya, tetapi tanpa sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

Wanita si bom jangka

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa sebarang amaran ketika anda menjangka semuanya terkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah anda menjadi sasarannya.

Individu seperti ini bukan saja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan penting dalam hidup anda berdua kelak.

Wanita si gula-gula

Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat anda sebagai pembimbing dan menyukai kewujudan anda.

Dalam keadaan ini, anda seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya, mungkin diri sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya mungkin hanya menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

Wanita si bintang

Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri anda.

Wanita si penggapai

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih daripada apa yang anda miliki dan dia menyukai keadaan sedemikian kerana ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa begitu? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya supaya dapat memberinya ruang untuk bergerak.

Anda menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal dan anda dilihat sebagai punca masanya terbuang begitu saja sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya untuk kebahagiaan bersama. Tetapi, harus berhati-hati.

Wanita yang terluka

Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini dibelenggu emosi yang terluka sepanjang masa.

Kewujudan anda sekadar kapal persinggahan sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang berlaku, siapa dirinya dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang anda menjadi pasangannya, anda mendengar segala kisah buruknya. Bahkan, anda akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

Biarpun anda menjangka dia mungkin akan menyintai anda, tetapi dia mungkin lebih memikirkan keadaan dirinya saja.

Wednesday, November 26, 2008

Indahkah Bersuami Muda 2?

Wook 106 tahun bahagia dapat suami muda

Oleh HARADIAN SHAH
HAMDAN dan ALIAS ISMAIL
berita@kosmo.com.my - 26/11/2008




WOOK ceria di samping Mohd. Nor di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang semalam.
--------------------------------------------------------------------------------



HULU TERENGGANU - "Kami bahagia dan tak pernah bercerai walaupun ada orang menyangka kami tak tinggal bersama lagi."
Demikian pengakuan ikhlas Mohd. Nor Musa, 37, mengenai status rumah tangganya dengan wanita berusia 106 tahun, Wook Kundur, yang kononnya dikatakan sedang dilanda gelora.

Menurutnya, sejak mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahun lalu, perkahwinan mereka tidak bermasalah bahkan semakin menyayangi satu sama lain, walaupun dipisahkan jarak umur 69 tahun.

"Memang ada saya dengar orang yang bawa cerita kurang elok tentang perkahwinan kami, malah ia sudah didengar sejak awal perkahwinan lagi.

"Kami tak mahu layan cakap-cakap itu kerana tak mampu menjawab khabar angin itu.

"Apa yang dapat kami katakan ialah rumah tangga terus bahagia dan kami sepakat dalam kehidupan seharian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, di sini semalam.

Perkenalan pasangan umpama 'cucu dan nenek' itu bermula apabila Mohd. Nor menyewa rumah milik Wook di kampung itu empat tahun lalu dan banyak membantu kehidupan wanita yang dianggap sebagai ibu angkat itu.

Wook yang ketika itu tinggal berseorangan, kemudiannya mencadangkan supaya mereka berkahwin bagi mengelak pandangan serong masyarakat dan agar Mohd. Nor dapat menjaganya dengan lebih sempurna.


Monday, November 24, 2008

Berbaloikah Nak Bunuh Diri?

Mahu gadai nyawa demi Fadhil - Gadis cuba terjun dari bumbung hotel sebab ada masalah dengan kekasih

Oleh HISHAM IDRIS
hisham idris.com.my - 22/11/2008




FADHIL cuba memujuk kekasihnya, Sha yang cuba terjun dari bumbung sebuah hotel di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu semalam.
--------------------------------------------------------------------------------



KUALA TERENGGANU - "Saya tak nak turun, saya tak nak makan... saya nak Fadhil."

Itulah jeritan Sha gadis berusia 18 tahun yang cuba terjun dari atas bumbung hotel 10 tingkat di Jalan Tok Lam di sini petang semalam.

Sha yang bekerja di sebuah salon rambut di sini, dikatakan bertindak demikian selepas teman lelaki yang dikenali sebagai Fadhil ingin berpisah dan tidak lagi memberi perhatian kepadanya.

'Drama' itu bermula pukul 1.35 petang apabila Sha naik ke atas bumbung hotel lalu berdiri di bahagian tebing sebelah belakang sambil berpaut pada tiang penebat petir setinggi dua meter.

Gadis yang memakai baju dan seluar jean berwarna hitam itu kemudiannya dilihat berlegar-legar di atas tebing bumbung tersebut sebelum anggota polis dan bomba tiba.

Sepanjang usaha memujuk itu, Sha menjerit-jerit ke arah anggota penyelamat, manakala beberapa kakitangan hotel menyusun puluhan tilam sebagai langkah keselamatan jika dia bertindak terjun.

Malah orang ramai yang memenuhi kawasan hotel turut bersuara memujuk gadis berkenaan supaya melupakan hajat untuk terjun.

Keadaan semakin 'panas' apabila Fadhil tiba di tempat kejadian pukul 2.10 petang dengan sebuah kereta Proton Satria berwarna hitam dari arah Jalan Sultan Sulaiman.

Sebaik tiba, lelaki itu menjerit meminta Sha turun sebelum dia dibawa naik ke atas bumbung hotel oleh pihak polis bagi memujuk gadis tersebut.

Selepas sejam usaha dijalankan, Fadhil gagal mententeramkan Sha walaupun berjaya mendekati kekasihnya itu sebelum dia akhirnya mengundurkan diri pukul 3.11 petang.

Polis pula mengarahkan orang ramai bersurai pukul 3.17 selepas keadaan bertambah buruk kerana ada antara mereka mula bersorak.

Suasana cemas berakhir pukul 3.25 petang apabila Sha yang kepenatan, rebah lantas diselamatkan oleh pasukan penyelamat yang berada di atas bumbung.


***********************************************



Amukan isteri sakit hati - Wanita ugut terjun bangunan selepas sangka suami kahwin lain

Oleh ALIAS ISMAIL
berita@kosmo.com.my - 24/11/2008


Dengan memegang pisau wanita ini mengugut untuk terjun dari bangunan empat tingkat di Kuala Berang semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


HULU TERENGGANU - Gara-gara menyangka suaminya berkahwin lain, seorang suri rumah berusia 38 tahun bertindak nekad cuba terjun dari atas bangunan empat tingkat di Kuala Berang di sini semalam.

'Drama' itu bermula apabila wanita terbabit dikatakan bertengkar dengan suaminya di rumah mereka di Ajil, dekat sini sebelum wanita itu bertindak memecut motosikalnya ke bandar Kuala Berang.

Sampai di bandar Kuala Berang, dia yang merupakan isteri kedua, kemudiannya naik ke sebuah bangunan yang dalam pembinaan dan mengugut menikam empat pekerja Bangladesh dengan pisau ketika mereka cuba menghalangnya.

Pihak polis dan bomba bergegas ke tempat kejadian dan cuba memujuk wanita itu yang turut membuka baju kurungnya berwarna ungu sambil mengacu pisau.



Dua anggota bomba dan seorang awam sempat memegang wanita yang tergelincir dari bangunan empat tingkat di Kuala Berang, Terengganu.
--------------------------------------------------------------------------------


Sepanjang usaha memujuk yang memakan masa lebih tiga jam, ibu kepada seorang anak lelaki itu menghabiskan tiga batang rokok, dua air kotak dan dua air mineral yang diberikan anggota bomba.

"Kenapa buat mama macam ni!," jeritnya berulang kali ke arah anggota bomba dan polis.

Keadaan bertambah cemas pukul 3.15 petang, apabila wanita yang gagal dipujuk bertindak nekad dengan berundur sedikit demi sedikit sehingga dia tergelincir.

Bagaimanapun, tindakan pantas seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang menyambar tangannya dan disusuli anggota bomba lain berjaya mengelakkan wanita bertubuh besar itu daripada terjatuh.


P.S. Berbaloikah nak bunuh diri kerana seorang lelaki?Kedua2 kejadian ni berlaku kt my negeri.Buat malu org kg jer.Buat malu kaum sejenis jer.Sape yg duk gelak?Kaum yg satu lg tu.Mcm seorg wartawan kata,diaorg ni bukan nak bunuh diri sgt pn,cuma nk gertak insan yg tersayang, nk ugut & nk mintak perhatian.Tp adakah berbaloi buat mcm tu?Adakah insan yg kita ugut tu dpt terima kita kembali slps kejadian ni?Hanya org yg xde iman & x waras jer yg sanggup buat cmni.So,sape yg sanggup terima org yg x waras?Adakah kita boleh jamin perkara yg sama takkan blaku lg pd masa depan bila timbul masalah?Sendiri fikir la.....

Friday, November 21, 2008

Awas cinta ke-2

SETIAP insan mempunyai penghayatan berbeza tentang maksud cinta kali kedua. Tetapi ada juga yang tidak tahu bagaimana untuk mengenali cinta yang datang lagi itu. Hakikatnya, cinta kedua boleh memberi ruang kepada anda untuk mengenali seseorang yang ingin dicintai lagi dengan lebih teliti.

Saat putus cinta dahulu memanglah perit untuk ditelan terutama dalam menempuh cabaran untuk memulihkan hati yang terluka. Kala itu, hati berderai bak ombak menghempas pantai, sehingga tak terdaya melawan arus lautan yang ganas.

Ketika luka lama masih terasa pedih, ada insan lain cuba mencuri perhatian kamu untuk kali yang kedua, walaupun pada hakikatnya kamu belum bersedia menerima cinta baru di dalam hidup kamu.

Ikuti peraturan penting yang perlu dipatuhi saat kamu ingin bercinta lagi, agar diri kamu tidak teraniaya di dalam kancah percintaan. Jangan pula menyalahkan diri sendiri sekiranya kamu menerima cinta baru, walaupun dia lebih baik berbanding bekas kekasih yang dianggap hipokrit.

Dalam menjalin hubungan cinta kedua, jangan sesekali menyamakan dia dengan bekas kekasih yang telah memusnahkan kepercayaan kamu. Ingat, walaupun kamu tergila-gilakan teman baru, jangan terburu-buru menyerahkan seluruh hatimu kepadanya.

Oleh itu, sebelum menjalin hubungan baru, perhatikan beberapa kategori lelaki yang layak bertakhta di hatimu. Sekiranya tidak, lupakan sahaja hasrat kamu untuk menyintainya dan berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup. Berikut, perkara yang perlu kamu beri perhatian sebelum menerima cinta baru.

1. Teman hidup baru

* Cara mengenalinya:
Belum apa-apa lagi, dia sudah menceritakan tentang sikap curang kekasihnya dahulu dengan lelaki lain. Dia seolah-olah meminta simpati daripada kamu. Malah, dia mengatakan tidak sabar untuk mendengar cerita mengenai putusnya hubungan kamu dengan bekas kekasih. Sikap ini menunjukkan dia seorang yang pemarah.

* Mengapa dia menggoda:
Kamu berhadapan dengan musuh yang sama iaitu dia menyerupai bekas kekasihmu yang dulu. Dari segi sikap 'panas' si dia, itu akan membuatkan kamu berasa 'bersimpati' terhadapnya.

* Tinggalkan:
Teman baru kamu (yang juga baru putus hubungan) selalunya akan menyalahkan bekas kekasihnya. Dia tidak sesekali memberitahu keburukan dirinya kepada kamu, takut kamu menolak cintanya bulat-bulat. Kebiasaannya, dia adalah orang yang paling bermasalah dalam perhubungan dan belum bersedia untuk menjalin hubungan baru.

2. Sahabat dan bekas kekasih

* Cara mengenalinya:
Dia tidak tertarik mengenai perbicaraan lain kecuali membicarakan hal berkaitan bekas kekasihnya.

* Mengapa dia menggoda:
Sudah jelas terbukti dia inginkan kamu memberi kuasa peralihan atau tumpuan kepada dirinya.

* Hindari:
Tetap menjaga hubungan baik dengan sahabat, tentu tiada salahnya. Tetapi, apabila dia selalu berbicara mengenai bekas kekasihnya, seolah-olah tiada insan yang lebih sempurna berbanding kekasihnya dulu. Ini bererti, dia masih mencintai dan masih ingin kembali kepada kekasihnya yang dahulu. Tinggalkan sahaja dia.

3. Jenis berpengalaman

* Cara mengenalinya:
Dia seorang yang tertutup, memakai sepatu mahal, sentiasa ingin tampil rapi dan selalu menghindari perbincangan bersifat peribadi.

* Mengapa dia menggoda:
Seperti permainan tenis, jika kamu seorang pemain profesional berganding dengan pemain yang tidak pengalaman, kamu akan merasakan seolah-olah berada di peringkat baru hendak belajar. Demikianlah juga halnya dengan lelaki berpengalaman. Ini bermaksud, dia pandai membuatkan kamu berasa nyaman, relaks dan aman.

Thursday, November 20, 2008

63 petua bahagia




TANPA sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Tuesday, November 18, 2008

Indahkah Bersuami Muda?



Last sunday i watched Nona on tv3.They brought a quite interesting topic "Indahkah Bersuami Muda?" & the topic has caught my husband's attention.Maybe for some people that matter is not a big deal.But for some others it does. Married to a younger husband does has its pros & cons.Even my husband used to ask how do i feel when married to him as he's also younger than me.My answer?I've no problem with that.On positive side,i'm proud bcoz' i've succeed to capture a young man's heart.On the negative side,i was afraid at what his family & other people will say.My family has no problem of accepting him.I was afraid of his family's acceptance as i'm older that their son/brother.I am afraid what's in their mind,what have i done until my husband fall in love with an older woman (me)?As if no other younger woman out there to be his wife?
I am lucky bcoz' his family has no problem with the age difference.I'm not their only daughter-in-law who's older than their son.My husband's brother's wife (brother-in-law) is also older.Even she's older than me (note:my BIL is younger than me).Now,my husband's younger brother is coupled with a younger girl.If not mistaken, 10 years younger.So i'm not the only one in his family.The problem is i've 2 brother-in-laws who are younger than me.But still i've to call them 'abang' as a sign of respectful.
My father said nothing.But my mom used to ask me (b4 we get married),larat ke nanti?I've no idea what she meant with it bcoz' i didn't asked her back.For me,as long as i know where do i stand,there will be no problem.I'm a wife,so i've to know my responsibility even though i'm more senior than he is.Luckily i looks younger than him & he's mature than me.So no sister-younger brother situation will arrise.
Since both family have no problem with that,other people's opinion has no effect on us.Lets what others want to say as long as we're happy.From the first day we met (knew each other's age),i never felt i'm older than him as he never arose the age matter.He never called me 'kakak' or treat me like one.
So,indahkah bersuami muda?There's nothing special about it.We lived like any other couples.There's no difference at all.Even we won't tell others about the age if they didn't ask.Age difference is a matter of numbers.The most important thing is we understand where do we stand, respect each other & ready to keep our responsibilty.



Monday, November 17, 2008

18SX:Rahsia titik keghairahan

Kepuasan menjalinkan hubungan seksual menjadikannya indah dan selesa jika pasangan menghayatinya. Terokai rahsia mencapai kemuncak seks yang sebenar.



EKSPLORASI daya imaginasi agar titik keghairahan dapat dinikmati bersama. - Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------


SEBUT saja perkara mengenai hubungan seksual, tentu saja ia dikaitkan dengan pasangan suami isteri dalam menikmati keasyikan malam bersama.

Namun, apabila menyentuh mengenai rahsia titik keghairahan pasangan, hanya segelintir daripadanya sahaja yang mendapatkan kepuasan daripada aktiviti di ranjang itu.

Memetik kata-kata menerusi buku The 4 Secrets of Amazing Sex, hasil penulisan dua pakar terapi seksual, Georgia Foster dan Beverly Anne Foster, bercinta bukan sahaja melibatkan anggota fizikal seseorang malah pemikiran yang kreatif.

"Untuk mendapatkan kenikmatan seks yang dahsyat, fikiran anda juga seharusnya perlu bekerja keras. "Justeru, untuk membangkitkan suasana penuh romantis dan syahdu itu, ia seharusnya dinikmati oleh kedua-dua belah pihak.

Oleh itu, ikuti titik rahsia dalam merencanakan kehidupan bercinta kamu dan si dia.

Rayuan cinta

Lupakan dahulu ritual bercinta yang kebiasaannya akan menimbulkan kebosanan. Kini, sudah tiba masanya kamu mengeksplorasikan daya imaginasi.

"Ramai pasangan mengganggap godaan atau rayuan sebelum melayari keasyikan bersama amat penting untuk membuatkan mereka berasa seksi, padahal itu bukanlah satu kemestian," kata Foster.

Oleh itu, bangkitkan rasa ghairah dalam fikiran kamu, jangan menyerahkan sebulat-bulat urusan itu kepada pasangan. Apabila pemikiran kita sudah jauh berimaginasi, sudah tentunya titik ghairah menjadi semakin memuncak.

Sensasi seksual

Selongkar titik keghairahan seks pasangan dengan kuasa psikik atau deria keenam. Ia merujuk kepada keupayaan untuk berhubung dengan sesuatu melebihi apa yang boleh ditafsirkan oleh deria fizikal.

Serap tenaga dalaman kamu dan pasangan menerusi sentuhan, kedengaran, rasa dan ciuman untuk mencapai sensasi seksual itu.

Sekiranya tidak dilatih dari awal, lama-kelamaan deria itu akan menjadi tumpul. Apatah lagi apabila berhadapan dengan bebanan kerja yang banyak.

Sekiranya tidak mengaplikasikan deria ini, acara bercinta akan menjadi hambar. Justeru, kamu seharusnya berlatih merencanakan deria keenam agar ia menjadi semakin sensitif saat menempuh gelombang keghairahan.

Apabila berjaya mencapai sensasinya, kamu akan merasakannya dari hujung kepala hingga hujung kaki, sekali gus meningkatkan kenikmatan seksual.

Pasrah

Usah melemparkan perasaan pasrah dan menyerahkan diri kepada pasangan saat berhubungan intim. Ini kerana, ia akan melenturkan kemuncak seks bersama. Oleh itu, setelah selesai memberi isyarat ghairah kepada pasangan, kini fikiran kamu pula sudah bersedia untuk disegarkan.

Gambaran semalam

Setelah puas menikmati keasyikan malam di ranjang, berkat ketiga-tiga langkah di atas, kini tibalah masanya kamu berdua melakukan refleksi atau gambaran semalam.

Mengimbas pengalaman yang dititipkan bersama, membuatkan kamu tidak sabar menanti malam seterusnya.

Sunday, November 16, 2008

Cinta ubat, racun jiwa



RASA cinta kepada seseorang adalah anugerah paling indah daripada pencipta makhluk seluruh isi alam ini.

Pernahkah anda merasakan terlalu menyintai seseorang sehingga terasa indahnya kehidupan ini?

Dalam percintaan, tiada sempadan untuk menikmati perasaan itu. Baik cinta terhadap keluarga, terhadap kekasih atau Allah, ia pasti menuntut pengorbanan.

Barangkali ada insan yang tidak pernah jatuh cinta dan tidak menikmati nikmat indah di sebalik sebuah kata cinta?

Bagi yang tidak faham apa makna cinta, berikut persoalan dan kenyataan yang mampu menjawab segalanya.


- Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan tetapi derita di perasaan.

- Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tetapi apabila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

- Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

- Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pasti sembuh selagi iman terselit di dada.

- Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau saat bayu berlagu riang, ketika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya.

- Cinta bukan paksaan. Ia lahir daripada dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

- Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

- Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

- Apakah cinta itu? Cuba katakan... Tidak lain dan tidak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran.

- Cetusan cinta pertama adalah suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.

- Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, pada saat kita sedang kehilangannya. Kadang kala kita menyedari betapa perlunya cinta seseorang pada saat kita amat memerlukannya.

- Cinta yang lahir daripada pandang pertama adalah cinta suci manakala perasaan cinta yang lahir daripada kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun, sukar membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

Saturday, November 15, 2008

Sama minat lebih mudah


PERLU ditanya pada diri sendiri, berkahwin kerana keinginan peribadi atau desakan orang lain?

Barangkali ada yang belum ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga tetapi atas paksaan, lalu dia menjalani sebuah perkahwinan.

Pilihan pasangan hidup adalah lebih penting daripada apa jua yang dilakukan untuk membahagiakan rumah tangga. Bunyinya seperti mudah saja dilakukan tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha dalam membuat keputusan yang baik.

Jika anda belum ada pasangan dan baru berhasrat menjalin hubungan dan melangsungkan kehidupan berdua yang membahagiakan, renungkan petua ini:


Memilih pasangan sendiri. Ramai yang sering memilih pasangan semata-mata untuk menggembirakan orang lain tetapi amat penting supaya orang yang hendak berkahwin itu sendiri gembira dengan pilihannya. Keputusan hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian sendiri.

Harapan yang tidak wajar. Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai yang memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan perasaan romantik mereka ketika bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya, rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.

Masalah peribadi dan tingkah laku. Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila berkahwin.

Tanya diri sendiri sama ada anda sanggup untuk menghabiskan masa sehingga ke akhir hayat untuk menangani ciri keperibadian pasangan yang tidak disenangi.

Banyak pengalaman hidup. Pengalaman yang dilalui tidak bergantung pada usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan.

Ambil contoh mudah misalnya melalui lalu lintas yang sesak atau jalan kampung yang becak. Dari situ, dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenar.

Bayangan orang yang ingin dikahwini. Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya, namun ia amat mempengaruhi anda.

Bayangkan dengan jelas sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam mengenai penampilan, kepintaran, pendidikan, kerohanian dan seumpamanya.

Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan. Berpeganglah pada bayangan anda ini. Jika tidak, anda akan menginginkan orang lain buat selamanya.

Pasangan bersifat seakan-akan diri anda. Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifatnya akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumah tangga yang dibina kekal bahagia.

Mempunyai cita-cita seiring. Jika orang yang anda kahwini bercita-cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa.

Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika melamar, tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.

Kebolehan berkomunikasi. Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagiaan rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan bukanlah caranya.

Kebolehan selesaikan masalah. Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin.

Banyak rumah tangga runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka.

This Day In History