FaCtS Of LiFe

♥ You're not best friends because you sit together at LUNCh or taLK on the phone, or have matching fLiP-fLOPS or can recite each others Wardrobe. You're bestfriends because when she smiles, a grin forces itself across ur face no matter how mad you are, when she cries you instantly feel her pain and want to cry with her. When you Look her in the eyes you know theres no one you could ever tryst more regardLess of how many broken hearts you've had. That's what it means to be best friends...♥

Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, May 21, 2009

Terima 'risiko' perkahwinan

SUDAH bertemu pasangan idaman untuk melayari kehidupan bersama?

Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah mahligai bahagia. Anda harus menyediakan diri dengan banyak perkara.

Mengenangkan semua perkara itulah, mungkin ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun sudah bertahun-tahun menjalin hubungan atas nama cinta.

Seperti kata bijak pandai, cinta sering menguji kekuatan diri dan emosi. Ia adalah perasaan untuk disayangi. Kasih sayang yang menjadi dasar untuk menguji sedalam mana cinta itu sememangnya senang pudar andai tidak bijak membajainya.

Bahkan, percayalah cinta tidak semestinya di putaran teratas tetapi akan berada di bawah apabila tiba masanya. Jika di bawah, jangan cepat berputus asa, berusaha untuk menaikkannya semula kerana anda sudah memilih jalan itu.

Apa sekalipun, mungkin perkara berikut elok direnung untuk lebih yakin dengan pilihan hati:


Ada alasan kukuh berkahwin

Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh itu, yakinkan diri tujuan anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin diperoleh daripada perkahwinan?

Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dulu niat sehingga anda benar-benar yakin.


Harus sedia berkongsi

Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik atau almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan emosi.


Sedia untuk sakit hati

Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka perihal diri masing-masing baik secara zahir mahupun batin.

Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk mengenai sikap pasangan anda.


Sedia untuk berfikiran terbuka

Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Ada kalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan supaya hubungan emosi tetap terjalin.


Sedia untuk kompromi

Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tetapi ingat pasangan anda. Dia juga mempunyai pendapat dan keinginan yang mungkin berbeza. Maka, meningkatkan diri untuk bertoleransi dan saling menghargai adalah sesuatu yang amat digalakkan.


Sedia menerima malu

Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apapun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh itu, anda harus berani dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.


Soal anak

Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga.

Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Lalu, bersikap rasional dalam masalah adalah lebih baik. Anda tidak harus mengurangkan waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.


Sedia untuk berpisah

Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin adalah cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagia.

Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari ada salam perpisahan jika tidak seiringan.



No comments:

This Day In History