FaCtS Of LiFe

♥ You're not best friends because you sit together at LUNCh or taLK on the phone, or have matching fLiP-fLOPS or can recite each others Wardrobe. You're bestfriends because when she smiles, a grin forces itself across ur face no matter how mad you are, when she cries you instantly feel her pain and want to cry with her. When you Look her in the eyes you know theres no one you could ever tryst more regardLess of how many broken hearts you've had. That's what it means to be best friends...♥

Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, July 20, 2008

Men

LELAKI

Seorang gadis duduk termenung. Sudah ramai lelaki dikenali, tapi susah betul untuk difahami perangai kaum Adam ini.
Apabila dilayan dengan baik, lelaki kata si gadis jatuh cinta padanya.Syok sendiri. Tapi kalau dilayan ala kadar, lelaki tuduh si gadis sombong, bongkak, hidung tinggi. Apabila dia bergaya anggun, lelaki tuduh si gadis cuba menggoda. Tapi jika dia berpakaian ala kadar, diejek kampung.
Tidak faham betul si gadis dengan perangai lelaki. Kalau berselisih faham, mereka tuduh si gadis degil. Tapi kalau si gadis berdiam diri, lelaki kata dia b***h. Kalau dia lebih cerdik daripada lelaki pun susah, mereka malu. Tapi kalau mereka lebih cerdik, lelaki dengan bongkaknya berkata, "Tengok, aku lebih hebat daripada kau!"
Lelaki...makhluk spesies apakah mereka ini? Apabila si gadis tidak mencintai si lelaki, makhluk itu cuba memujuk rayu. Tapi bila si gadis betul-betul jatuh cinta, si lelaki pula meninggalkannya. Kalau tidak turutkan kehendak nafsunya, si gadis dituduh tidak cinta sesungguh hati. Tapi bila diserahkan tubuh badan, lelaki kata si gadis perempuan murahan.
Si gadis sedih kerana bila diceritakan masalahnya, lelaki kata, "Tak habis-habis menyusahkan orang. Masalah aku pun banyak." Tapi bila tidak ceritakan masalah diri, lelaki tuduh si gadis tidak percayakan dirinya.
Andai si gadis naik angin, dengan sesedap mulut saja si lelaki kata dia suka membebel macam mak nenek. Tapi bila si gadis protes sebab selalu dimarah, lelaki jawab, "Itu tandanya saya prihatin terhadap awak." Pooorah!!!
Sungguh, si gadis tidak tahan dengan karenah lelaki. Kadang-kadang teringin juga dia mencapai sebatang rokok. Belum sempat hisap, lelaki pun berkata, "Hisaplah...perempuan jahat!" Tapi bila ditanya kenapa awak hisap rokok, si lelaki jawab, "Macam nilah baru dinamakan lelaki!" Poooraaahhh!
Andai si gadis mengecilkan hati lelaki, makhluk Tuhan itu menuduhnya kasar. Tapi bila si lelaki berkasar dan si gadis menangis kerana terluka hatinya, makhluk itu dengan sesedap mulutnya juga berkata, "Awak ni terlalu sensitiflah, bosan saya!"
Si gadis mengeleng kepala. Ah, susah betul hendak memahami lelaki. Kalau diceritakan keluhannya ini kepada lelaki, pasti mereka tidak mengaku. Tapi kalau dipendamkan saja, lelaki akan menuduhnya pentingkan diri sendiri pula!
Lelaki...spesies apakah mereka ini?

No comments:

This Day In History