~ Oleh : Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj ~
Rindu ini semakin dalam, resah ini semakin parah, getar hati kian bergetar, jiwaku reasah, tabahku goyah kerana aku inginkanmu.
Tulus hatiku memujamu. Jujur jiwaku sayangkanmu. Setia kasihku dalam sanubari, kerana kita ada ruang, ada waktu, ada kesempatan utuk menghargai, menilai satu ikatan, sebuah janji yang tak terlerai.
Aduhai kekasih, andai hari ini kau masih merinduiku, serulah namaku biar bergema semesta alam. Sayangku, andai hari ini kau melupaiku,akan kuanyam suara rindu di dada langit. Bila kita tak lagi bersama, kuharapkan sebuah pengertian, sebuah kesetiaan. Masih adakah?
Lagi lagu rindu, nyanyian rindu yang pasti tidak lupa singgah di ingatan anda. Tatkala anda digayut rindu, anda tiba-tiba menjadi penyair, pemuja alam dan sering dapat mentafsirkan setiap gemersik angin dalam simfoni rindu. Dalam kerinduan setiap orang adalah penyair. Tiba-tiba berupaya merungkapkan kata-kata indah, lahir spontan. Anda jadi hairan, sedangkan selama ini untuk melahirkan serangkap pantun terasa payah dan asing.
Oh, cinta telah mengubah anda. Dari insan kaku dan beku pada insan yang tahu merayu, untuk diberikan perhatian, untuk dijadikan sandaran. Sayang sekali cinta selalu memabukkan. Di sebalik pelbagai kebolehan yang datang, anda juga kehilangan taring untuk berkata tidak. Cinta telah menenggelamkan anda ke dasar lautan paling bawah, anda tidak lemas di situ tetapi lebih selesa dilayat rindu.
Sayang, pagi ini terlalu rindukanmu, amat rindu. Dirimu bagai mentari pagi yang indah, dirimu bagai embun pagi yang menyegarkan, namun dirimu juga bagaikan bayang-bayang yang akan hilang bila malam berlabuh.
Detik beredar, saat berlalu. Di situ ada keluhuran cinta, bersemadi teguh dalam hati, di sini ada kekuatan kadih, ada kepercayaan; biar simpuh tak terungkai, biar getaran tak senada, aku tahu aku sayang padamu setulus hati. Kerinduan adalah janji yang dilafazkan dalam hati, tak bersuara, tak tertulis, tak terputus walaupun berjauhan, tak berubah walaupun masa terus berputar.
Aku ingin berdiri di sisimu bagai karang di laut, cantik dan kukuh. Aku ingin berjalan seiring denganmu bagaikan merpati dua sejoli, yakin dan rela. Aku ingin berkongsi semangatmu, tabah dan gagah. Harungi cabaran. Aku ingin terbang tinggi merentasi benua, mencecah awan agar seiring.
Izinkan jantung ini berdegup lagi, bila tersebut namamu. Izinkan hatiku bergetar bila merentasi lautan rinduku, rasakan dingin udara di sekelilingmu kerana ia adalah kiriman sayangku.
Setiap sudut hati ini tertulis namamu. Setiap saat dan ketika, terpamer wajahmu. Tiap langkahku, dibayangi dirimu, lalu aku tak ingin kehilanganmu meskipun sedetik. Dirimu, begitu sempurna di ahtiku. Wahai diri yang sedang merindui, apabila kita mencintai seseorang, sebenarnya kita telah pun merelakan hati untuk dilukai, pabila kita telah menyayangi seseorang, sesungguhnya kita telah pun membenarkan diri dibenci. Apabila kita terlalu merindui seseorang, kita telah pun bersedia untuk dilupakan meskipun amat terseksa tapi itulah hakikat hidup, pengajaran yang perlu dirasai bila kasih tak berbalas. Ada masanya kita tak perlu lagi menoleh ke belakang andainya sejarah silam hanya melukakan hati, namun ada ketikanya kita perlu mengingati biarpun terasa pedih kerana ada seseorang yang bermakna menghiasi pengalaman hidup yang pernah kita lalui.
Ada masanya kita terpaksa lepaskan peluang yang lalu di depan mata, ada waktunya kita terpaksa lepaskan sesuatu yang tak mungkin kita miliki, kerana selalunya hakikat hidup tak akan sama dengan kebetulan yang kadangkala tak disangka.
Kadangkala apa yang kita inginkan tak akan sama dengan apa yang kita harapkan, ada kalanya apa yang kita harapkan takkan sama dengan apa yang kita impikan kerana impian hanyalah ilusi, harapan hanyalah kemahuan yang kita cuba gapai, sedangkan segalanya belum tentu untuk dijadikan realiti.
Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan, bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang memberi kita nilai untuk terus hidup, beri kita kekuatan dan makna sebuah perhubungan.

No comments:
Post a Comment