FaCtS Of LiFe

♥ You're not best friends because you sit together at LUNCh or taLK on the phone, or have matching fLiP-fLOPS or can recite each others Wardrobe. You're bestfriends because when she smiles, a grin forces itself across ur face no matter how mad you are, when she cries you instantly feel her pain and want to cry with her. When you Look her in the eyes you know theres no one you could ever tryst more regardLess of how many broken hearts you've had. That's what it means to be best friends...♥

Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, July 18, 2008

Dillema : Will U Marry Me?

Saat menanti lamaran
Bilakah hubungan cinta yang dijalin sejak sekian lama akan berakhir dengan ikatan perkahwinan?

Ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat atau saudara-mara, tiba-tiba hati terusik dengan seribu satu persoalan: "Bilakah pula tiba giliran aku?" atau "Bercinta sudah lama, tetapi kahwinnya tidak, bila agaknya sampai saat ini?"

"Hendak bertanya kepada si dia, mungkin dianggap soalan cepu emas buatnya, tetapi sampai bila kamu harus menunggu lamarannya?

Mungkin itulah kata-kata yang sering menganggu fikiran kamu tatkala melihat sebentuk cincin mula disarungkan ke jari manis insan paling dekat dengan kamu, lebih-lebih lagi rakan baikmu.

Pada dasarnya, perkahwinan merupakan saat paling dinanti-nantikan setiap pasangan lelaki mahupun wanita. Ia juga merupakan anjakan seterusnya dalam mengukuhkan lagi ikatan perhubungan.

Apa yang diharapkan dalam percintaan hanyalah kesinambungan intuisi percintaan. Setelah sekian lama mengharung pelbagai rintangan, onak dan duri, kini sudah tiba masanya kamu menamatkan sebuah perjuangan yang ditunggu selama ini.

Menanti yang belum pasti tiba, antara bicara cinta wanita buat si dia yang begitu payah melafazkan bicara akhir. Intim minggu ini berkongsi rahsia kenapa lelaki masih sukar untuk membuat lamaran terhadap kekasihnya.

Sensitif akan putaran waktu

Lelaki tidak gemar dirinya terikat pada usia muda. Hidupnya lebih senang sekiranya tiada sebarang bebanan kerja mahupun tugasan di rumah, lebih-lebih lagi pada waktu cuti mereka.

Baginya, putaran waktu lelaki adalah berbeza dengan kaum wanita. Alasannya ialah kecanggihan teknologi perubatan membenarkan wanita berusia lebih 40-an melahirkan cahaya mata dan mengambil berat tentang penjagaan anak. Tetapi bagi kaum lelaki, sekiranya mereka melakukan tanpa sebuah keikhlasan, mungkin ia akan menggugat rutin kehidupan dan menjadi bebanan untuk melalui semua itu.

Ini adalah alasan terbaik bagi lelaki yang sukar melemparkan kata lamaran. Berbanding seperti kamu, seorang wanita yang bersikap natural.

Takut hari penting

Bukan seperti semua wanita yang mengimpikan hari bersejarah dalam hidup mereka. Menyarung busana perkahwinan pada majlis bersejarah adalah impian setiap wanita.

Tetapi tidak bagi lelaki. Memutuskan untuk berkahwin dengan wanita idaman membuatkan mereka takut untuk berfikir dengan lebih serius.

Bukan kerana mereka tidak mahu menghabiskan masa dengan insan tersayang, tetapi dengan persediaan yang kurang mencukupi untuk mengadakan resepsi perkahwinan, lebih-lebih lagi apabila dunia dilanda masalah kewangan, membuatkan mereka takut untuk berfikir tentang alam perkahwinan.

Untuk menyelesaikan tanggapan sebegini, apa kata kamu menasihati si dia agar menyimpan duit mulai dari sekarang serta memberi contoh yang baik kepadanya. Jangan pula lupa menerangkan maksud sebenar tentang perhubungan dalam perkahwinan.

Perlu persediaan

Sememangnya benar, romantis dalam perhubungan membuatkan ikatan percintaan menjadi bertambah teguh. Tetapi, kepercayaan dalam sebuah perkahwinan adalah masa terbaik untuk kamu berdua merancang, menambah dan menguruskan hal kewangan.

Sekiranya perancangan tidak dilakukan dengan serius, ia akan memberi kesan kepada kehidupan rumah tangga dan anak-anak nanti. Peluang untuk dia melamar adalah sangat tipis memandangkan tiada perancangan kehidupan untuk masa hadapan.

Untuk mengubatinya, rancanglah setiap intipati kehidupan kamu berdua di kemudian hari dan motivasi diri untuk mencapai masa depan yang lebih cemerlang.

Fobia saat melamar

Mungkin kamu tidak menyedari pada hakikatnya, lelaki begitu takut hendak menyatakan lamaran cintanya demi mewujudkan sebuah hubungan bersama insan tersayang.

Berfikir tentang kehidupannya selepas berkahwin, apatah lagi mendengar pelbagai isu yang melibatkan keretakan rumah tangga, membuatkan dirinya takut untuk melamar.

Paling menakutkan ketika menanti keputusan yang dibuat ahli keluarga sebelah perempuan, sama ada menerima lamaran dengan memutuskan pelbagai syarat atau menolak dengan pelbagai alasan.

Akhirnya, sekiranya kamu bersedia menempuhi kehidupan di peringkat seterusnya, tetapi masih tidak dapat mempertimbangkan keputusan lamaran, sebaik-baiknya mintalah nasihat rakan atau pakar kaunseling.

No comments:

This Day In History