FaCtS Of LiFe

♥ You're not best friends because you sit together at LUNCh or taLK on the phone, or have matching fLiP-fLOPS or can recite each others Wardrobe. You're bestfriends because when she smiles, a grin forces itself across ur face no matter how mad you are, when she cries you instantly feel her pain and want to cry with her. When you Look her in the eyes you know theres no one you could ever tryst more regardLess of how many broken hearts you've had. That's what it means to be best friends...♥

Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, June 30, 2009

Congrats To My Friend!


Sejak dpt hp baru ni asyik main msg jer. Bukan dgn hubby tp dgn member baik aku. Hubby aku x suka msg2 ni. Nk ckp, call aje. Tak kesah pn sbb credit dia yg top-up kan, tugas aku guna jer. Berbalik kpd citer member baik aku td. Full name dia aku x payah jot down kt sini lah yer, nnti heboh satu malaya tp aku panggil dia rocky jer. Wah, glamour btul nama. Dia ni pompuan yg encik2, puan2. Org melayu pure lg. Klau tak silap aku nama panggilan tu diberikn oleh senior kami masa kt pusat matriks dulu. Nama dia typical malay name. Nk panggil full name, mcm panjang la plak. Nk panggil separuh jer, mcm nama org kg plak. Ntah sape la yg suka2 hati bg nama, jd la rocky, smpai la skrg. Dulu dia x suka gak tp lama2 mcm best plak. Dulu masa kt pusat matriks, senior kitaorg suka2 hati jer bg nama kt kitaorg. Mcm aku, since nama panggilan aku sama dgn sorang senior ni, diaorg suka2 tukar nama aku jd han. Aku x gemor btul, mcm apa jer. Tp aku x kira, aku nk org panggil aku ana gak. Lantak ler. Aku punya nama, aku punya suka ler.
Kitaorg dr state yg sama, tak jauh pn umah kami tp different school. Aku kenal dia masa buat medical check-up kt hospital. Masa tu kelam kabut gila sbb dpt surat tawaran lmbt. Klau tak silap aku, dlm masa x smpai seminggu sblom register. Masa tgh2 kelam kabut ke hulu ke hilir cari bilik nk buat medical check-up tu, mak aku tegur dia. Mmg tak sangka rupanya kami akan mdaftar kt pusat matriks yg sama.
Bila dh daftar, kitaorg dpt blok kolej yg sama, level yg sama, wing yg sama, selang sebilik jer. Tp bila masuk 2nd year matriks, kitaorg duk jauh ckit, blok lain2 tp still kitaorg rapat. Then bila masuk degree, wp kitaorg course yg sama tp blainan kolej. Aku kolej pertama, dia kt kolej yg hujung, laluan bas pn lain. Wp same course, mmg tak prnh dpt satu kelas. Masa tu kitaorg jupe pn masa nk blik cuti sem sbb dulu klau cuti sem, budak2 state kitaorg sewa bas balik kg.
Kitaorg mula rapat balik bila dh grad. Kebetulan plak masa tu seme duk tanam anggur. So mn2 jer ada interview, kitaorg gi sama2, calling2 bg info. Then dia dpt keje guru ganti, aku plak jd guru KAFA. Masa tu jupe time weekend je la. Ptg2 jer aku gi umah dia, saje lepak2, citer2. Dia susah nk gerak sbb takde transport. Then akhir 2001 aku ditukarkan ke KL (masa tu aku keje dgn training provider comp kt tpt aku) & dia msih dgn kerjaya pguruan dia. Dia minat btul dgn kerjaya tu tp smpai skrg tak dpt jwtn tetap. Apply DPLI & KPLI pn tak prnh bjaya. Wp kami jauh, kami msih bhubung btanya khabar.
Aku kesian gak kt dia sbb keje bmusim. Dia keje bila ada cikgu cuti bsalin. Lps tu, duk tanam anggur lg. Aku prnh offer dia keje kt kl ni (masa tu ada kenalan aku nk pakai kerani) tp dia tpaksa tolak sbb at the same time adik dia sakit. Dia pn risau nk tinggal mak dia sorang2 (ibu dia ibu tunggal & dia hanya 2 beradik). So kami slalu bhubung meluahkn rasa kecewa dgn nasib diri. Aku faham apa yg dia rasa tp aku pn tak bleh nk bantu dia. Alih2 tak lama lps tu dia dpt keje kt sebuah jbtn kerajaan kt trganu tp sambilan je la. I'm happy for her. At least skrg dia dh ada keje yg lbih secure wp tidak tetap. From gred 17, dia naik pangkat gred 27, tp msih jwtn sementara.
& then mlm td dia inform boss dia offer jwtn gred 41, same level dgn qualification dia tp dia was2 nk terima @ tdk sbb dia tak yakin samada bleh pikul tanggungjwb tu @ tdk. Ye la, dia rasa org yg pegang jwtn tu kt jbtn dia semenye org lama, org yg dh byk pengalaman. Lgpn dia hnya pegawai sambilan jer, takut kna buli mcm masa dia keje skrg ni. Menurutnya, mentang2 la dia keje sementara, seme keje dia kna handle. Pekerja tetap kt ctu goyang kaki jer. As for me, tak payah layan la org2 mcm tu. Pedulikn mrk. Buat keje kita sudah la. Janji keje siap.
Dia pn tak confident nk handle pekerja2 bwhn lps ni. Aku suruh dia terima jer offer tu. Wp sementara, it still a job. Mmg lps ni tanggungjwb lg berat, nk kna layan karenah org bwhn lg, tp itu yg spatutnya kita buat sejak dr dulu, we studied hard for a scroll dgn harapan after graduation kita akan jd pemimpin. Lgpn smpai bila nk jd kuli, smpai bila nk ikut arahan org jer. Klau nk ada peningkatn dlm pekerjaan & hidup, kita kna berani memimpin org plak. Baru la bmakna segulung ijazah tu.
This morning she sms me & said she already accept the offer. I'm happy for her. Lgpn skrg ni nk cari keje bukan mudah. Ramai yg duk menganggur kt luar sana. Skrg ni klau nk keje gomen pn susah. Mcm aku, smpai skrg pn tak dpt2. Skrg ni byk jwtn kosong tp bila tengok btul2, jwtn tu hnya btaraf sementara saja. Tetap mmg ckit sgt. Dia pn kira btuah sbb boss dia offer terus jwtn tu kt dia, tak payah nk apply blik, tak payah nk interview mcm org lain. Sbbnya dia dh lama keje kt ctu, so boss dia tak payah bg training lg. Aku tahu, she's a dedicated worker so no wonder boss dia offer her instead of other staffs yg sama2 dgnnya. So rocky, congrats on ur new job. Lps ni bleh la belanja aku. Ye la, gaji dh naik kan....



Friday, June 26, 2009

Cinta ibarat air

MUDAHKAH anda membuka pintu hati kepada seseorang, tetapi teramat sukar untuk menutup kembali pintu hati kepadanya?

Tidak dinafikan apabila perasaan cinta sudah bermukim di hati, anda terasa betapa indahnya dunia.

Lebih indah lagi apabila segalanya terbuai kerana mencintai seseorang yang anda amat suka walaupun dia tidak membalasnya.

Namun, pengalaman pernah menyayangi seseorang, tetapi akhirnya dilukai membuatkan bencinya hati apabila hendak menerima kehadiran orang baru.

Begitu juga sebaliknya, seseorang yang begitu menyintaimu, tetapi anda tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah, perasaannya sama seperti perasaan anda - ingin mencintai walaupun tidak dicintai.

Hormati perasaannya, tetapi usah berikan harapan kerana terpaksa dalam cinta adalah suatu kepalsuan. Akhirnya yang merana diri anda sendiri.


Cinta ibarat air. Anda sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan, ia akan menjadi ombak yang akan membuatkan hidup anda terumbang-ambing.

Jika ia ibarat air di kutub, maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita.

Jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkannya ke muara.

Sekiranya ia ibarat air terjun, lalu terhempaslah anda berulang-ulang ke bawah. Kalau ia ibarat air tasik yang tenang membiru, anda dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Lalu jenis air mana yang anda inginkan?

Carilah mata air yang suci lagi murni walaupun keluar sedikit demi sedikit, tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk saja.

Biarlah anda menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya, tetapi anda tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.

Jika anda sudah melengkapi diri untuk membina kekuatan dalam fasa perhubungan yang baru, cubalah petua berikut. Mana tahu cinta yang baru bakal memenuhi dan menyinari kekosongan jiwa, memberi kehangatan kebahagiaan buat anda selamanya.

Antara petuanya:


Apabila si dia sibuk, jangan pula anda terlalu merengek-rengek meminta si dia menjemput anda di tempat kerja ataupun menemani anda ke mana jua sedangkan anda sudah tahu rutin kerjayanya.


Sekiranya si dia terlalu ego, jangan sesekali mempersoalkan keegoannya apabila sikap sedemikian sedang menguasai dirinya.

Baik lelaki atau perempuan, adakalanya mereka begitu ego dan sukar mengakui sesuatu walaupun memang jelas dia yang bersalah. Mungkin dia lebih tegas, tetapi anda sukar menafsirkan sikapnya.


Jika si dia romantik, ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenang saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa menyelitkan perancangan untuk masa depan bersama.


Apabila si dia panas baran, jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi rasa marahnya. Cuba berdiam diri dulu sampai kemarahannya reda dan selepas itu barulah berbincang apa yang sepatutnya.


Jika si dia penat, jangan mengadu perkara ataupun bercerita perkara remeh-temeh. Dalam saat sebegini, si dia hanya perlu rehat secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan bahkan berasa bosan melayani kerenah anda yang bersifat keanak-anakan.


Sekiranya si dia terlalu mementingkan diri sendiri, cuba berterus-terang dan luahkan rasa tidak puas hati anda mengenai sikapnya itu. Anda sepatutnya bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat anda juga.

Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain kerana persefahaman amat penting dalam menjalin perhubungan antara lelaki dengan perempuan.


Apabila si dia mengongkong dan anda pula memberontak, pasti akan dimarahinya kerana terdorong atas rasa yang tidak menyenangkan itu.

Tetapi kalau anda menurut saja katanya, takut menjejaskan diri sendiri sehingga akan meletus sesuatu yang tidak diingini apabila timbul rasa tidak puas hati di kemudian hari.

Untuk itu, anda perlu berkata sesuatu kepadanya untuk membiarkan anda membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan anda berdua.


Apabila si dia selamba, cuba tarik perhatian si dia. Contohnya lakukan sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang mulakan dulu. Oleh itu, rancang sesuatu untuk menarik perhatiannya.


Sekiranya si dia curang, jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya padanya tujuan dia bersikap begitu. Tetapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah anda sendiri yang berundur dulu sebelum hati semakin parah lukanya.


Jika si dia lurus bendul, memang anda boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya, tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak-tanduknya.

Anda patut menjadi perangsang kepadanya dan mengatakan yang dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa terlalu mengharapkan orang lain.



Thursday, June 25, 2009

I'm Piss Off

Apa yg anda rasa bila ada org kritik hasil keje anda & org yg mengkritik itu bukannya pandai pun? Aku tak kesah org kritik keje aku tp make sure apa yg u kritik tu u tau & pandai buat. Klau tak tau, jgn nk memandai2.
Aku btul2 piss off ari ni. Ni seme gara2 org yg tak tau nk jaga hati org lain. Nama jer baru blik dr umrah (baru jer minggu lps blik) tp nk marah, nk tinggikan suara kt org suka2 hati jer. Aku sbenarnya dh lama bengang kt budak2 opis main-con aku. Nama jer main-con tp seme keje kitaorg nk kna buat sdgkn kitaorg ni sub-con jer. Mmg la keje2 kt site kitaorg kna buat tp spatutnya diaorg kna assist in terms of working paper, report & lain2 hal pengurusan. Dr mula2 kitaorg take over keje tu (actually sblom ni projek tu di subkan kpd org lain, malangnya kna terminate for unknown reason) seme keje kitaorg kna buat. Hatta nk hantar surat kt jkr ke, architect ke, kitaorg yg kna draft dulu, lps tu faxkan kt diaorg. Diaorg just type blik surat yg kitaorg dh draft tu. Senang jer keje diaorg ek, tak payah nk fikir byk2 cmner nk karang surat. Btul2 pemalas diaorg ni. Seme nk kna suap.
Tp nsib baik progress report diaorg yg buat; machinery, manpower, weather, seme diaorg yg rekodkan. Tp ada satu yg aku tetap kna buat; CPM yg guna microsoft project tu. Aku akui sblom keje kt sini aku langsung tak tau apa tu cpm. Ms project pn tak prnh guna tp since mula2 msuk keje dulu aku sgt santai, aku cuba2 la belajar sndiri apa yg patut including software ni. Lama2 bleh la buat tp takde la terer sgt. ye la, blajar sndiri tnpa guru, mmg tak lengkap tp alhamdulillah selama yg aku buat mmg takde masalah. So utk projek ni pn aku kna buat. Kbetulan plak aku dh lama tak buat benda alah ni, so terkial2 la ckit + ada la kesilapan2 yg tak disengajakan. Aku tak kesah bila that person bgtau what & how should i do. Masa mula2 buat tu dia ada gak la ckp apa yg aku buat tu silap; maksudnya apa yg dia nk tp aku tak tunjuk dlm cpm tu. As i said aku bukan la terer sgt, so aku buat sedaya yg aku mampu. That's why lps keje aku siap, aku emailkn 1 copy kt dia utk disemak & dgn harapan dia dpt betulkn apa yg patut. Tp last2 aku guna yg kna buat. Nk tau nape? Sbenarnya dia pn tak tau buat. Worst than i am. Dia tau arahkn jer. Klau tak silap, apa yg dia complain tu kt aku tu tlh dicomplain oleh pihak jkr. Ye la, klau dia tau buat, nape dia susah2 nk komplain kt aku. Btulkan je la sndiri. But still i can accept that.
Tp ari ni aku btul2 piss off. Dh la cpm yg dia nk tu dia inform last minute (ari isnin baru bgtau), dan2 semlm gak dia nak. Aku plak tgh cbuk dgn akaun. Boss aku masuk2 ari isnin tu, terus minta aku siapkan on the spot. Ntah apa yg ada dlm kepala aku, aku tersalah copy fail yg terdahulu. Setakat ni dh 2 cpm utk that project. Patutnya aku buat yg no. 3 ni based on cpm no. 2 tp aku tsilap amik cpm yg first. Mmg la silap kan. Aku btul2 tak perasan. Ptg semlm baru perasan bila boss aku minta 1 copy.
Ari ni aku pn call la that person dgn tujuan nk mintak one copy cpm yg terbaru bcoz' aku ingatkn dia dh buat. Lgpn aku nk inform yg cpm tu silap & i was hoping to get a new one. Blom sempat aku smpaikan maksud aku, dia dh tinggikan suara. Siap ckp that cpm is bullshit, crap, zaman tok kaduk, mengarut la, bla3. Siap ckp dia tak upload pn cpm yg aku email kt dia lps dia tengok hardcopy yg hubby aku hantar ke opis dia. Dia ckp dia takkan memalukan diri dia sndiri di hadapan jkr masa meeting nnti. La, apa kes ni? Sape plak suruh dia ikut bulat2 cpm tu? Tujuan aku email kt dia spy dia check dulu mn2 yg tak betul. Itu just a draft. Aku takde copy cpm terakhir yang dia dh submit kpd jkr, so aku buat based on my copy. Dia pn satu, tak prnh nk bg copy apa2 dokumen yg dia submit kt client. Mcm la top secret sgt. Skrg dh jd mcmni, nk tinggikan suara kt aku plak.
Apa yg mbuatkn aku bengang adalah, bukan dia pndai pn buat cpm tu. Dia just copy bulat2 apa yg kitaorg buat. Tp nsib baik this time dia cakna, sedar akan kesilapan. So dia bukan la jenis yg copy membabi buta. Aku tau aku silap tp jgn la smpai nk mcarut. Ingat, awak tu baru blik dr umrah. Btul2 hilang hormat aku pd dia. Klau dh terer sgt, nape tak buat sndiri selama ni? Bila time nk ada monthly meeting dgn jkr ke, nk apply EOT ke, mula la sibuk cari aku, nk itu, nk ini. Bila silap, nk marah2. Cara dia bckp tu mcm la aku ni saje nk sabotaj dia, nk memalukan dia depan jkr. Please la, takde maknanya. Aku bukan kenal kau pn. Cuma kenal melalui suara jer.
Aku kecik hati ni. Klau ikutkn, malas dh aku nk buat apa2 utk dia. Klau dh terer sgt, lain kali sila buat sndiri.

Wednesday, June 24, 2009

Bz Dengan Akaun

Last few weeks aku sgt bz smpaikan takde masa nk update seme blog aku. Aku ni bz memanjang tp lately my bz sungguh. Actually boss aku dh lama ingatkn supaya adjust blik company account tp aku asyik tangguh jer. Bukan malas tp bila nk sentuh fail2 akaun tu, asyik ada jer keje lain yg urgent. Boss plak jenis yg last minute. Aku ni mmg pantang klau masa tgh buat akaun ada org ganggu suruh buat keje lain including my boss. Ye la, nnti tak pasal2 tak balance, sape nk jwb? Aku jugak. Nk tunggu masa btul2 free mmg takde. Ni la bahana seme keje aku nk buat. Actually aku suka buat seme keje. Bukan sebab tamak tp aku klau bleh nk jd mcm boss aku, seme dia tau buat from A-Z. Tp tu la, masa tak cukup.
Ari tu dh lega bila claim utk kerja2 tambahan utk projek kt banting dh siap. Pening kepala nk siapkn seme tu smpaikn tak lena tidur mlm. Smpaikn masa tidur pn bleh mimpi pasal calculation & figure2. Sengsara gak la aku sebulan lbih. Mata pn berpinar sbb asyik tengok & type nombor jer. Smpai nk termuntah.
Dh settle keje tu, nk kna tengok2kan material kt site. Kebetulan projek kt klang dh nk hand over tp ada material tak smpai2. Punya la aku bengang kt satu supplier tu. Bila kita order, tak plak dia ckp tak boleh ke, takde ke. Tp bila nk tnya bila brg nk smpai, incharge person asyik takde jer. Bila tinggalkn pesanan supaya return call pn takde return call. Bila call operation manager kt kilang dia, smpai ke sudah tak angkat. Heran2. Mcm la diaorg bhutang dgn kitaorg. Nsib baik duit blom bayar. Smpaikn aku dh naik angin sbb boss & site person hari2 duk kejar aku. Baru jer aku ugut nk cancel order, alih2 esok pg2 brg dh dmpai ke site. Masalah2.
Pasal akaun tu dh lama duk discuss dgn boss tp aku asyik malas smpai la last week my lady boss suruh submit ke our accountant by this week, paling lewat ari ni sbb after this takde org nk hantar aku ke opis accountant. Biasa anak dia yg hantar aku. Starting tomorrow dia dh bcuti selama sebulan lbih, nk gi bangkok, nk kawin. Hehehe...ni bukan kes kawin lari ke, nk kawin cara senang ke tp sbb bakal wife dia warganegara thailand, so kna buat upacara kawin kt thailand. Lps dh settle kt sana, baru blik register kt malaysia. Accountant kami kt kl, kompleks wilayah. Tak kesah aku nk naik bas ke sana, masalahnya nk usung fail tu yg aku malas nk naik public transport.
So 2 hari aku pulun sakan mn2 yg tak siap. Semlm aku blik umah pkul 8pm. Smpai umah pn sempat buat final inspection smpai pkul 3am. Pkul 6am aku dh bangun sbb kitaorg nk btolak dlm pkul 7 lbih. Appointment dgn accountant dlm pkul 8.30am. Kl dgn opis aku tak la jauh sgt. Klau tak jam, 20 minit pn bleh smpai. Masalahnya jam. Lps tu plak aku nk patah balik ke opis semula & anak boss aku nk ke damansara sbb skrg dia monitor projek kt sana. Mmh jam pn. Dekat 1 jam baru smpai kl. Ngam2 8.30am. Bincang2 apa yg patut, dlm pkul 10am dh settle seme. Malas nk merayau kt kl, aku terus blik ke opis. Smpai opis dlm pkul 11am lbih. So ptg ni bleh la aku update apa yg patut kt blog aku. Malas nk buat keje dh...ngantuk sbenarnya.

Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day



I take this opportunity to wish to every fathers out there, happy father's day, especially to my ayah; ismail & my father in law; deraman. I love both of u. To my ayah; thanx for being a good father for all this while. I love u. To my FIL, i love u too, i love ur humor, i like talking to u even though i'm new in ur family. U know what, i'm more close to my FIL compared to my MIL. My huby used to say that he was amazed seeing me talking & 'bercerita' with his father like we've know each other for a long time. He said that his father is a talkative person but not with his others DIL. Gembira tak terkata bila my huby said like that. Ntah la but from my eyes, i can see that my FIL is more sporting & 'mesra' compared to MIL. Anyway, happy father's day again. U're superb!


Monday, June 15, 2009

New Handphone & Astro

Ntah mimpi apa ari ni, hubby ajak kuar gi Giant Tmn Connought. Mlm plak tu. Ikutkn nk kuar lps aku blik keje tp alih2 hujan plak. Dlm pkul 8 mlm hujan stop. Beria2 dia suruh aku bsiap. Ingatkan tak jd dah sbb dh mlm sgt. Maka kami pn bgerak la ke tmn connought. Dekat jer, tak smpai 5 minit. Mula2 gi shopping kt giant. Apa yg aku nk, hubby suruh amik jer. Erm, nk shopping brg dapur rasanya dh takde apa nk beli bcoz' last week dh borong sakan kt econsave tmn segar perdana.
Masa on the way nk kuar, ada la org promo astro, terus habby sign up. Actually kitaorg dh lama plan nk pasang astro kt umah tp asyik tak jd jer. Klau ikutkn, aku takde la nk sgt astro tu sbb aku pn sorang2 jer tengok kt umah tu. Channel yg dh sedia ada kt tv tu pn blambak, smpai tak tertengok. Klau takde siaran sgt, aku duk layan dvd. Konon2nya hubby ckp kesian kt aku takde apa2 nk buat kt umah, at least ada astro takde la aku kesunyian sgt. Chewah! Tak kesah la, jnji bulan2 dia bayar bil.
Smpai kt deretan kedai kt bhgian bawah, dia tarik aku ke kedai handphone. Lor, rupanya nk belikn hp kt aku. Actually aku dh lama tak pakai hp sndiri. Skrg pakai hp company tp yg guna fixed line tu. Ari tu ada gak tergerak hati nk beli hp sndiri tp bila2 difikir2kan, leceh la byk2 telefon ni. Skrg ni pn aku kadang2 naik rimas bila dua2 telepon berbunyi (tepon opis & hp ni), apatah lg ditambah satu lg hp sndiri. Ntah mn satu aku nk angkat nnti klau bunyi serentak. So apa mimpi hubby nk beli hp ni? Citernya mcm ni, minggu lps lady boss aku amik hp company yg aku pakai tu. Katanya utk sementara jer sbb dia nk testing line kt balakong. Boss aku bukak company baru kt sana. Dia cadang nk langgan servis yg sama kt sana nti. Servis tm mobile ni kerek ckit sbb coverage dia sgt teruk. Klau kt semenyih tu, mmg takde line langsung.
So maknanya skrg aku takde hp. Susah hati la hubby aku tak dpt call aku bila waktu mlm @ weekend. Tu yg beria2 nk belikn hp kt aku. Lgpn ntah bila aku akan dpt blik hp tu. Actually aku bukan nk sgt pakai hp company ni sbb on call setiap masa. Tak nk jwb pn rasa mcm serba salah. Lain la personal hp. Suka hati la nk jwb ke tak nak.
Hubby beli hp murah jer. Aku tak kesah pn sbb bg aku yg ptg bleh buat & terima panggilan serta hantar & terima sms. Yg lain2 tu tak ptg. Aku ni bukan jenis yg fanatik dgn hp yg canggih2 tu.


Ini hp yg hubby belikan. Sonny Ericsson J132. Cokia jer tp aku amat menghargai pemberian ikhlas dr suami tersyg. Thanx abang!


Serius talk ni first time aku pakai hp sonny ericsson. Sblom ni dr first hp, aku pakai nokia. Aku suka nokia sbb function dia user-friendly. Mulanya nk beli nokia gak kali ni tp hubby yg decide model ni. So, org dh 'belanja', terima aje la. Jgn nk memilih2:)

Friday, June 12, 2009

Balik Ziarah

Klau takde aral, pg2 esok aku dh berada kt kg hubby aku. Ni kes balik mengejut. Mlm ni baru nk btolak. A few days ago, my SIL call, ckp her auntie sakit tenat. Dgr jer berita tu, dang2 tu gak hubby nak blik kg. Masalahnya tak dpt cuti since keje2 kt site takde org nk monitor sdgkn skrg ni tempoh kritikal utk menyiapkn masjid tu. & aku plak msih blom ada assistant, takde sape nk take over keje aku. Gaduh jugak la aku dgn hubby tp nsib baik dpt pujuk dia utk tunggu weekend ni. Lgpun boss dh setuju klau setakat nk amik cuti 1 hari.
Hubby mmg rapat dgn mak cik dia ni. Kitaorg panggil dia Mek Tam. Dia ni adik pd my MIL. Dh lama terlantar sakit, skrg duk umah my PIL since dia sebatang kara. Suami dia dh lama meninggal & takde anak. Dulu dia duk sorang2 kt tgh2 bandar KT, kt jln seri nesan 4. Semasa mudanya dia jual kuih muih. Sape2 yg asal dr trganu & biasa merayau kt bndr KT, dulu ada satu kedai makan kepunyaan bangsa cina kt tapak pustaka seri intan depan stesen teksi skrg. Klau anda perasan, kt depan kedai mkn tu, ada org jual pisang/ubi/keropok goreng & kuih muih. Itu mak cik dia la. Dulu dia amik abg hubby aku sebagai anak angkat. Bila dia jatuh sakit, my PIL amik dia duk umah diaorg. Dia kna penyakit parkinson. Mcm2 cara berubat dh dibuat. Smpaikan my MIL prnh beberapa kali bawak his sister ke thailand (aku dh lupa nama tpt tu) utk berubat. Katanya bomoh kt ctu mmg handal & mampu mengubati segala mcm jenis penyakit. My MIL tengok sndiri, org yg lumpuh boleh bjln, org yg bisu boleh bcakap tp cara pengubatan tu gagal mengubati penyakit his sister. Btul la kan, pakar2 perubatan dr barat pn msih gagal menemui penawar bg penyakit parkinson ni. So skrg dh smpai tahap kritikal. Klau tak amik ubat, mmg langsung tak bleh bgerak. Dulu masa hubby duk kg, dia la yg papah his auntie ke bilik air ke, nk bangun ke, nk mengalihkan tubuh dia ke bila baring. Dia mmg tak panggil org lain dh klau hubby ada kt umah tu.
From my SIL's story, keadaan Mek Tam dh agak nazak. Dh tak boleh bcakap, mata pun dh tak boleh buka. So we decided utk balik mlm ni. Moga2 kami sempat utk jupe dia.


Thursday, June 11, 2009

Jaya Supermarket Runtuh

Pasaraya Jaya runtuh. Gempak beb bila dgr berita tu. Klau tak silap masa aku dgr berita tu aku tgh dinner dgn hubby kt kedai mkn; 28/05/2009. Tkejut gak. Aku tau yg berita tu dh basi. Seme mayat mangsa dh pn bjaya dikeluarkan & dh pun dihantar balik ke negara masing2 (takziah pd keluarga mangsa. walaupn diaorg tu pekerja asing, mrk tetap manusia mcm kita).
Bila timbul citer2 mcm ni, aku risau gak pasal hubby aku. Mmg la dia tak keje demolish bangunan tinggi2 tp as long as dia keje kt site project, anything can happen right? Slalu pesan kt dia supaya hati2 since kejadian pekerja jatuh dr bangunan ari tu. Aku tak nak la kupas lbih2 pasal kejadian bangunan tu runtuh sbb aku bukan professional engineer, cuma keje kt construction comp jer, cuma tau ckit2 jer pasal bangunan. Aku tau ramai yg duk kata, nape tak guna cara yg negara luar slalu buat. Ala, yg sekali dia tekan suis, banganan rebah ke bumi dlm masa beberapa saat jer & segala debris tu jatuh dlm kwsn yg ditandakan jer. Mmg cara tu lbih selamat & cepat tp kita kna faham, cara tu menelan kos yg sgt tinggi. Lps tu kna guna bhn letupan plak. Klau tak silap, benda2 mcm tu tak dibenarkn kt malaysia. Rasa2nya insurance pn mahal sbb membahayakn. So nak tak nak, tpaksa la guna cara konvensional, runtuhkan part by part dr tingkat atas.
Tp kan, benda dh nk jd. So pihak2 yg bkenaan, sila la jwb. But from my reading, silap kontraktor tu gak sbb meletakkan terlalu byk machine on top of that building utk demolish bangunan tu. Since bangunan tu dh lama sgt, msti slab dia tak mampu menampung keberatan machinery tu. Tu la, keje seme nk cepat tp tak fikir risiko. Konon2 nk untung, last2 rugi. Nyawa pun melayang. For me, klau seme pihak yg terlibat menjalankan tugas diaorg dgn teliti, perkara cmni takkan blaku.
Aku dh tengok cara tu dgn mata kasar secara dekat lg. Masa tu aku msih duk kt area pekeliling. Utk pengetahuan, flat pekeliling msih wujud wp dh takde penghuni tp 2 blok rumah dh pn diruntuhkan. Klau korang lalu area tu, cuba2 la korang jenguk kt belah kiri mengadap stesen monorel titiwangsa. Dh kosong kt situ. Blok2 tu btul2 belakang umah aku masa tu. So everyday, dengar la lekak-lekuk machines meruntuhkan bangunan tu. Kadang2 smpai ke mlm. Ari minggu tak usah ckp la. Yg tak tahannya debu. Tingkap dapur tak bleh dibiarkan terbuka selalu sbb bdebu. Tp aku respect la keje diaorg. Apart of bdebu & bising bunyi machine, takde kejadian yg tidak diingini blaku. Sepjg lalu kt jln tun razak tu & jln pekeliling lama, takde lg hatta seketul batu kecil menimpa. Pejam celik2, sedar2 proses meruntuhkn 2 blok bangunan tu dh siap. Aku tak kira la plak bape lama tp bg aku mmg cepat.
Aku ada gak tnya boss, takde ke projek meruntuhkn bangunan yg dia nk 'msuk'. Dia terus jwb, no way sbb kita takde kepakaran. Nnti tak pasal2 kna blacklist, cmner nk cari mkn? Setakat meruntuhkn bangunan 2 tingkat tu boleh la. Klau tak silap, jurutera perunding yg tlibat dlm projek meruntuhkan jaya s/market tu (yg turut diblacklist) mmg tkenal & syarikat kami prnh berurusan dgn that comp utk projek2 kami yg lepas.


Wednesday, June 10, 2009

New Computer

Ari ni happy sgt + lega. Wp tak dpt assistant baru, ari ni aku dpt pc baru. Bukan utk personal use tp utk kegunaan di opis ni la. Pc biasa tu jer, bukan laptop. Ari tu boss ada la ura2 nk beli laptop utk kegunaan kt opis tp lps fikir2, tak jd sbb mcm tak sesuai jer. Lgpn byk sgt data nk dikey-in, laptop mcm tak sesuai. Laptop kan sensitif. Klau seme pakai laptop kt opis, tak nmpak mcm opis plak nnti. Nnti seme staff suka2 jer usung laptop tu keluar.
Tak kesah la pc pn sbb aku dh lama sgt bengang dgn pc lama aku tu. Dulu2 pc tu digunakan oleh qs aku. Kiranya masa tu pc tu paling canggih la. Laju jer. Microsoft office dia pn yg latest. Bila dia resign, boss bg kt aku plak sbb pc yg aku guna masa tu dihantar ke site opis. Tp aku dpti pc tu byk problem. Virus jgn citer la, ntah nama apa2 ntah. Mn dia dpt? Ntah la, malas nk tuduh2 plak. Dh byk thn jugak la aku pakai, mmg problem sgt. Dh byk kali masuk 'hospital'. Yg latest masuk 'hspital', budak yg repair pc tu ckp pc aku mmg 'sakit'. Then dia tukar hard disk baru la, pasang wireless internet la. Tp tak jugak 'sembuh'. Lg teruk ada la. Yg paling parah, casing cpu tak boleh ditutup sbb organ dlman cpu tu cepat panas. Bila dh panas, mula la pc aku meragam, tak bleh start la, mati secara tiba2 la, hang la. So cpu aku half naked. Sakit mata memandang. Dh guna wifi ni oknya 1 jer, takde la wayar bselirat mcm akar pokok. Tp yg bengangnya, ada jer gangguan. Tgh buat keje, computer bleh hang secara tiba2, kna restart balik. Yg paling bengang klau masa tu data tak sempat nk save. Tak tau la cmner connectionnya, bila internet ada problem, pc aku pn jd problem. Ada masa2 tu aku jd fed-up, smpai give-up bila pc aku ckit2 hang, kejap2 hang, kadang2 dr pagi smpai ke ptg. Nk buat keje mmg payah la. Benda yg ckit pn, yg bleh siap dlm masa tak smpai sejam bleh amik masa 1 ari baru siap. Ye la, bila kita nk taip, cursor stop. Hang la tu.
Ni dh dpt pc baru aku sgt gembira. Mintak2 takde la problem lg. Nk surf internet pn lancar jer sbb boss aku tak nk pakai wifi lg. Skrg ni dia pakai wayar jer. Takpe la wayar bselirat pun, jnji smooth. Ari tu pc aku tu pakai AMD processor, skrg dh pakai intel pentium plak. Dulu2 my first pc mmg pakai intel, takde problem langsung. Tp pc yg pakai AMD kt opis ni mmgt slalu problem. So aku promote la kt seme, guna la processor Intel pentium. AMD mmg cepat, laju jer tp cepat panas. So sgt puas hati sbb dpt CPU baru, keyboard baru, mouse baru, cuma printer, scanner & monitor jer yg lama. Tak kesah la, monitor pun kira baru lg tukar, lcd monitor. Printer tu mmg dh agak lama tp aku sgt puas hati dgn product canon, sungguh lasak & thn lama. Skrg ni mmg mcm nmpak ada problem ckit in terms of printing quality tp ok lg. Scanner tu aku jarang pakai, so tak kesah sgt tp aku jamin quality gambar dia tip-top.
Skrg ni tgh nk mbiasakan diri dgn pc baru ni. Org tu install microsoft office version 2007. Kira latest lg la klau nk compare dgn pc yg lama, 2003. Ada sdikit kelainan dr segi function (?) tp i'm learning. Apa2 pun, thanx encik boss sbb concern dgn aduan aku. ye la, sape tak risau klau 'nayawa' company ni asyik sakit jer. Klau hilang seme data tu, tak ke haru.

Monday, June 8, 2009

Kau Nak Keje Ke Tak Nak?

Ari ni punya la bsemangat bangun awal. Lps tu blom pkul 9am aku dh tcacak kt opis. Jarang sgt aku awal. Paling awal pn sharp pkul 9. Yg lain2 tu klau blom 9.15am, aku takkan berada kt opis. Nama jer umah dekat dgn opis tp mcm tu la hari2, pkul 9am baru nk bsiap kt umah.
Nape aku begitu bsemangat ke opis ari ni sdgkn aku tak cukup tidur? Ni seme gara2 ada budak baru nk msuk keje ari ni. Ari tu mcm excited jer nk dpt assistant baru. Konon2 dpt la aku relax ckit lps ni sbb kali ni aku dh tekad, seme keje aku akan diserahkn pd dia. Boss aku dh bising sbb seme keje aku conquer sorang2 smpaikn assistant aku sblom ni duk goyang kaki jer sbb takde keje. Tp ntah nape, ari ni ada mix feeling plak. Ntah la.
9am dia blom smpai. May be dia lambat ckit kot. Maklum la, aku ckp kt dia ari tu kt sini takde punch card. Lambat ckit2 tu takpe. 9.15am pn takde. 9.30pm takde. Smpai la 10am. Sah minah ni tak dtg. Call pn tidak. So aku buat kesimpulan dia mmg takkan dtg. Ni la org zaman skrg, takde keje, dia nk keje. Bila dh bg keje, mcm tak hargai plak. Tak kesah la awak tu dh dpt keje lain tp at least bgtau yg awak tu tpaksa tolak offer keje kt sini. Takde la kita tertunggu2 kedtgn awak. Kitaorg ni dh la nk staff urgent. Ari tu masa dtg interview, beria jer nk keje. Sanggup apa jer. Dh tu awak tu ada masa 2 minggu utk bgtau in case awak berubah fikiran. Last2 tak dtg, senyap jer tak bgtau apa2. Mcm la awak tu wanted sgt. Klau ikutkan mmg kita tak ingin awak tu sbb jawatn yg kita offer ari tu utk budak spm jer. Tau la awak ada degree tp since awak ckp dh sethn awak duk tanam anggur, kitaorg pn tak byk soal terus offer awak wp tau awak takkan lama keje kt sini. Org kata, takde rotan akar pn bguna.
Ni la budak zaman skrg. Nama jer ada degree, tp tak tau adat & prosedur mintak keje. Klau pn nk reject offer ni, bgtau la dgn cara baik awal2. Tak payah explain apa2 sbb kitaorg tak nk tau tp at least bgtau. Boleh kitaorg interview org lain sbb msih byk lg org lain kt luar sana yg nk keje. Erm, nmpak gaya terpaksa la pulun sorang2 lg keje2 ni. Baru jer berangan nk duk goyang kaki...hai...

This Day In History