FaCtS Of LiFe

♥ You're not best friends because you sit together at LUNCh or taLK on the phone, or have matching fLiP-fLOPS or can recite each others Wardrobe. You're bestfriends because when she smiles, a grin forces itself across ur face no matter how mad you are, when she cries you instantly feel her pain and want to cry with her. When you Look her in the eyes you know theres no one you could ever tryst more regardLess of how many broken hearts you've had. That's what it means to be best friends...♥

Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, September 12, 2008

The World Has Gone Upside Down

‘Saya tetap suami dia’ - Tertekan selepas isteri mengaku sudah berkahwin lagi

Oleh HISHAM IDRIS
berita@kosmo.com.my - 12/09/2008, Khamis

KUALA TERENGGANU – Sebelum ini, pahitnya bermadu hanya dirasai oleh isteri apabila suami mereka berkahwin lagi.

Tetapi bagi Ahmad (bukan nama sebenar), 58, beliau menderita ‘dimadu’ apabila isterinya didakwa mempunyai seorang lagi suami.

Ahmad mendakwa, isteri yang dipanggil Ju dan dikahwini sejak 1995 itu, secara senyap-senyap telah berkahwin dengan seorang lelaki lain lebih setahun lalu.

Menurutnya, perbuatan Ju sudah menjadi buah mulut rakan-rakan dan hanya terbongkar empat hari lalu apabila beliau bertanya kepada anak sulungnya berusia 11 tahun yang mengetahui ‘rahsia besar’ ibunya.

Jelasnya, pada mulanya isterinya yang berumur 43 tahun itu enggan mengakui perkara itu, tetapi selepas didesak barulah dia mengaku telah berkahwin dengan seorang lelaki lain.

“Yang menghiris hati saya apabila isteri saya mengaku menjadi isteri kedua suami barunya yang sudah mempunyai 10 orang anak,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Lelaki yang menampung hidup dengan menjual kereta terpakai itu mendakwa, dalam tempoh tersebut Ju telah menggilirkan hari untuk bersamanya dan suami barunya.

Ahmad berkata, Ju tinggal bersamanya dari Isnin hingga Khamis, manakala Jumaat hingga Ahad pula bersama suami keduanya.


“Selama ini saya tak tahu perkara ini sebab isteri saya bekerja di Kuala Terengganu dan ada kalanya dia tinggal di rumah orang tuanya.

“Rupa-rupanya selama ini dia tinggal bersama lelaki itu sedangkan saya menyangka dia di rumah ayahnya,’’ kata Ahmad yang mempunyai tiga orang anak dengan Ju.

Ditanya sama ada beliau mengenali ‘madunya’ itu, Ahmad menjawab: “Tak, saya tak kenal, tapi menurut isteri saya dia bekerja di Kuala Terengganu dan lelaki itu kenal saya.’’

Ahmad mengakui selama ini tidak ambil peduli apabila ada rakan-rakan bertanya mengenai rumahtangganya kerana mereka mendakwa kerap melihat Ju bersama seorang lelaki lain.

“Anak saya juga beritahu, emak mereka suruh memanggil lelaki itu sebagai Bak (panggilan untuk ayah) sama seperti mereka memanggil saya. Saya adalah Bak 1, lelaki itu pula Bak 2,’’ katanya.

Mengenai perasaannya dimadukan isteri, Alias berkata, beliau kini buntu dan sedar perbuatan isterinya menyalahi hukum agama.

Note : Inikah kesamaan hak antara lelaki & perempuan yang sering diperjuangkan?Jangan la sampai hukum agama dipertaruhkan.Rasanya seme orang yang waras tau dgn jelas, poligami hanya boleh dilakukan oleh kaum adam,itupun dgn syarat.Kalau ada mana2 wanita yang menyanjung perbuatan spt ini,lebih baik dia jd lelaki jer.Rasanya dunia ni dh terbalik.



No comments:

This Day In History