FaCtS Of LiFe

♥ You're not best friends because you sit together at LUNCh or taLK on the phone, or have matching fLiP-fLOPS or can recite each others Wardrobe. You're bestfriends because when she smiles, a grin forces itself across ur face no matter how mad you are, when she cries you instantly feel her pain and want to cry with her. When you Look her in the eyes you know theres no one you could ever tryst more regardLess of how many broken hearts you've had. That's what it means to be best friends...♥

Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, September 20, 2008

Desperado


Menipu cari duit hantaran

Harian Metro - Sabtu, 20/09/2008
Oleh Yusri Abdul Malek
yusrimalek@hmetro.com.my

JASIN: Seorang lelaki yang berlagak kaya dengan memberi hantaran RM10,000 kepada tunangnya bagi melangsungkan perkahwinan mereka di Sungai Abong, Muar, Johor, selepas Aidilfitri, rupa-rupanya seorang pembelit.

Dia dipercayai mendapatkan wang itu dengan memperdaya sepasang suami isteri warga emas, Isnin lalu.

Lelaki berusia 28 tahun dari Tanjung Gading, Muar, itu yang pernah bekerja sebagai jurujual dipercayai menghubungi pasangan suami isteri terbabit di rumah mereka di Kesang, dekat sini, pada hari berkenaan.

Dia mendakwa pasangan itu memenangi hadiah wang tunai dan kereta mewah bernilai lebih RM100,000 kerana pernah membeli set pinggan mangkuk dijualnya beberapa bulan lalu.

Alamat dan nombor telefon pasangan terbabit dipercayai ada dalam simpanan lelaki itu.

Dia dikatakan terdesak kerana tarikh perkahwinan dengan tunangnya yang berusia 23 tahun semakin hampir.

Ketua Polis Jasin, Deputi Superintendan Che Sauza Che Hitam, berkata sebaik memperdaya pasangan terbabit, lelaki itu meminta mangsa mengeluarkan semua wang simpanan kononnya bagi membolehkan hadiah wang tunai yang dimenangi dimasukkan ke dalam akaun mereka.

Katanya, pasangan itu dimaklumkan wang yang dikeluarkan akan dikreditkan semula ke dalam akaun mereka selepas dua minggu.

Che Sauza berkata, lelaki itu kemudian membawa mangsa ke sebuah bank di pekan Jasin untuk mengeluarkan sejumlah RM17,000 wang mangsa, kira-kira jam 11.30 pagi.

“Sebaik wang itu dikeluarkan, lelaki itu memasukkan semua wang terbabit ke dalam akaun tunangnya.

“Dia turut berpesan kepada mangsa supaya memaklumkan mengeluarkan wang itu untuk keperluan pelajaran cucu mereka jika ditanya pegawai bank.

“Mangsa hanya berasa tertipu selepas lelaki itu tidak muncul semula di rumahnya seperti dijanjikan lalu membuat laporan polis kira-kira jam 1 pagi, Selasa lalu. Berikutan itu, polis yang menjalankan siasatan mengesan lelaki terbabit dan menahannya di Muar sebelum dibawa ke negeri ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Lelaki itu kini direman empat hari mulai hari ini (semalam) bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun selain sebatan dan denda.

Menurut Che Sauza, polis sedang mengesan seorang lagi rakan suspek yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes berkenaan.

“Siasatan juga mendapati lelaki itu turut terbabit dalam beberapa kes penipuan menggunakan taktik sama di Masjid Tanah, Muar dan Seremban,” katanya.

Moral Behind The Story : Pd mak bapak,jgn la letak hantaran tinggi2 sgt.Kita bukan nak jual anak.Dh byk berita ttg penipuan duit hantaran.Duit palsu la, cek tendang la, duit hasil rompakan la.Tu blom masuk duit pinjam dgn bank.Silap2 smpai dh dpt cucu blom habis bayar loan utk kawin.Yg paling ditakuti,tpaksa pinjam dgn along gara2 nk cukupkan duit hantaran.So,sape yg susah nnti?Anak menantu kita gak.Ikut mcm mak bapak saya,jumlah duit hantaran mengikut budi bicara pihak lelaki.My mom serahkan pd kami utk decide bape byk sbb yg nk kawinnyer kami.Bab kata org tpt kami,ikut yg patut2.

No comments:

This Day In History