FaCtS Of LiFe

♥ You're not best friends because you sit together at LUNCh or taLK on the phone, or have matching fLiP-fLOPS or can recite each others Wardrobe. You're bestfriends because when she smiles, a grin forces itself across ur face no matter how mad you are, when she cries you instantly feel her pain and want to cry with her. When you Look her in the eyes you know theres no one you could ever tryst more regardLess of how many broken hearts you've had. That's what it means to be best friends...♥

Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, September 14, 2008

Perkahwinan Pelihara Keturunan Manusia


ANTARA perkara logik dalam syariat Islam ialah membenteras kerahiban kerana ia bertentangan dengan fitrah kemanusiaan.

Kerahiban atau hidup membujang berlawanan dengan tabiat semula jadi manusia sama ada dari sudut kecenderungan, kehendak dan nafsu.

Imam al-Baihaqi meriwayatkan satu hadis daripada Sa’ad bin Abu Waqqas r a, katanya: “Sesungguhnya Allah telah menukarkan untuk kita kerahiban kepada pegangan agama yang serba mudah dan ringan.”

At-Thabarani dan al-Baihaqi juga meriwayatkan satu hadis lain daripada Rasulullah s.a.w, katanya: “Sesiapa yang mampu (mempunyai kelebihan) untuk berkahwin tetapi dia tidak berkahwin, maka bukanlah dia daripada golonganku.”
Daripada hadis berkenaan, malah hadis lain, kita dapati syariat Islam mengancam seorang Muslim yang tidak mahu berkahwin atau tinggal bujang sama ada dengan niat untuk berzuhud, melapangkan diri untuk beribadat atau men dekatkan diri kepada Allah, sedangkan dia mampu untuk berkahwin.

Seorang Muslim tidak akan melewati batas fitrahnya dan tidak mengerjakan sesuatu yang tidak ada dalam kemam puannya.

Malah, dia akan melalui jalan lurus seperti biasa, sesuai dan setara dengan tabiat semula jadinya. Dia tidak akan ter agak-agak kerana manusia lain sudah melaluinya. Dia juga tidak akan ke belakang apabila semua manusia maju.

“Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan Tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada me ngetahui.” (ar-Rum:30)

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Anas r a, katanya: “Telah datang tiga golongan manusia ke rumah isteri-isteri Nabi s.a.w untuk bertanyakan mengenai iba datnya. Apabila diberitahukan kepada mereka seolah-olah mereka memandangnya kecil atau sedikit saja.

Mereka berkata: “Di manalah kita daripada Nabi s.a.w kerana sesungguhnya dia telah diampunkan Tuhan apa yang telah lalu dari dosa-dosanya dan apa yang akan datang.”

Mereka pun mulalah menghitungkan amalan mereka sen diri. Berkata yang pertama: “Adapun aku, tiap-tiap malam aku terus bangun bersolat. Yang kedua pula berkata: Aku pula setiap hari berpuasa dan tidak akan berbuka sama sekali. Yang ketiga berkata: Aku akan jauhkan diriku dari kaum wanita, aku tidak akan berkahwin seumur hidup.

Apabila berita itu didengar Rasulullah s.a.w, bersabdalah baginda: “Apakah kamu sekalian yang berkata begini dan begitu? Aku pula demi Allah, adalah orang yang paling takut pada Allah di antara kamu dan aku juga orang yang paling bertakwa di antara kamu sekalian.

Tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku bersolat dan aku tidur dan aku juga berkahwin dengan wanita. Sesiapa yang bencikan perjalanan hidupku ini, bukanlah dia dari go longanku.”

Melalui nas berkenaan, jelas bagi orang yang mempunyai akal dan pandangan jauh, perkahwinan adalah fitrah.

Sebabnya ialah melalui perkahwinan terbitnya tanggung jawab yang perlu dipikul setiap Muslim. Seorang Muslim hanya dapat menjalankan tanggungjawab ini apabila dia menyambut baik seruan kefitrahan ini dengan menuruti kemahuan nafsunya berlandaskan peraturan kehidupan ini.

Memang diketahui, perkahwinan mengandungi pelbagai manfaat dan kemaslahatan masyarakat. Dengan perkahwinan akan berterusan keturunan manusia dan akan bertambah bilangannya, malah semakin lebar perhubungan antara satu dengan yang lain.

“Tuhan telah menjadikan dari diri-diri kamu itu pasangan suami isteri dan dari pasangan suami isteri itu pula anak-anak dan cucu cicit (keturunan).” (an-Nahl:72)

Melalui perkahwinan yang disyariatkan Allah, keturunan pasangan suami isteri dapat berbangga dengan pertalian nasab. Tidak dapat dinafikan lagi, dengan pertalian keturunan itu, seseorang manusia dapat mengenali dirinya dalam kea daan jiwa yang tenteram dan harga diri yang mulia.

Tanpa perkahwinan, nescaya sesuatu masyarakat akan men jadi porak-peranda dengan lahirnya anak yang tidak mem punyai harga diri dan tidak mempunyai keturunan.

Demikian itu adalah satu tikaman yang berat terhadap maruah yang akan menyebabkan tersebarnya kerosakan dan keadaan serba boleh di atas muka bumi ini.

Perkahwinan juga dapat menyelamatkan masyarakat da ripada nilai dan perilaku tidak bermoral. Sebab setiap ma nusia yang mempunyai akal jitu akan mengakui, perhu bungan seks yang dilaksanakan dengan perkahwinan yang sah menurut syariat akan melengkapkan umat.

Hanya umat yang sedemikian rupa sifatnya saja dapat mengembangkan perutusan Tuhan serta menanggung per masalahannya menurut wajah diredai.

Tepat sekali apa disabdakan Rasulullah s.a.w dalam hal mendedahkan hikmah perkahwinan ala Islam serta faedahnya dalam masyarakat, ketika baginda menggalakkan sekumpulan anak muda untuk berkahwin, katanya:

“Wahai kumpulan anak muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin, hendaklah berkahwin, kerana sesung guhnya perkahwinan itu menudung pemandangan dan me melihara kemaluan. Tetapi sesiapa yang tidak mampu, hen daklah berpuasa, sebab yang demikian itu akan menahan nafsu.” (Riwayat Jamaah)

Dengan perkahwinan juga, masyarakat akan terpelihara daripada pelbagai penyakit angkara perhubungan seks liar. Ini sekali gus mewujudkan masyarakat yang sejahtera dengan tahap kesihatan yang baik.

Malah, melalui perkahwinan akan mewujudkan sifat kasih sayang suami isteri dan anak-anak. Bagi suami, melihat keletah anak sebaik pulang daripada kerja, hilang segala penat, demikian juga isteri melihat suami melayan anak-anak de ngan baik, terpupuklah kemesraan rumah tangga.

“Di antara tanda kebesaran-Nya diciptakan-Nya bagi kamu pasangan suami isteri dari diri kamu untuk kamu berasa ketenteraman antara satu sama lain dan dijadikan-Nya kasih sayang dan belas kasihan antara kamu, sesungguhnya dalam hal itu menjadi keterangan bagi orang-orang yang berfikir.” (ar-Rum:21)




No comments:

This Day In History