Mulanya plan nk buat mcm perhimpunan utk menyambut 31 ogos kt stadium bkt jalil. Ada gak plan nk gi dgn hubby sbb selama duk kl ni wp dekat (masa wat kt dataran merdeka) tak prnh gi tengok perarakan, slalu tengok kt tv jer (biasa la hubby tak suka bersesak2), alih2 nk buat bangunan parlimen akibat wabak H1N1. Hubby ckp, kita lepak kt umah je la.
Monday, August 31, 2009
Selamat Menyambut Hari Merdeka!
Mulanya plan nk buat mcm perhimpunan utk menyambut 31 ogos kt stadium bkt jalil. Ada gak plan nk gi dgn hubby sbb selama duk kl ni wp dekat (masa wat kt dataran merdeka) tak prnh gi tengok perarakan, slalu tengok kt tv jer (biasa la hubby tak suka bersesak2), alih2 nk buat bangunan parlimen akibat wabak H1N1. Hubby ckp, kita lepak kt umah je la.
Sunday, August 30, 2009
You're fired!
This time dia fired main con's site engineer. Budak tu baru jer keje, awal bln ni. Kebetulan my boss employ dia lps our site engineer resign sbb nk sambung belajar. Wp project tu dh nk siap, kami kna gak employ new site engineer sbb dh tmaktub dlm tender & requirement jkr kna ada skilled person incharged kt site (hubby aku tak boleh sbb qualification dia dlm field lain, bukan civil). As a site engineer, dia kna buat site report/site diary, kna buat keje2 teknikal, kna amik tahu hal2 site tp according to my hubby, dia nk buat keje mudah jer, monitor pekerja. Site diary tak buat (last2 dia main copy report my hubby) tak pasal2 kna maki dek jkr. Kjap2 hilang2, alasan gi opis main-con tp bila call main con's opis, dia takde kt ctu. So my hubby bg kata dua kt dia, nk keje ke tak nk keje sbb nmpak mcm dia main2, mcm dh takde fungsi dia kt ctu. I'm not sure what happened, my hubby kata tak payah dtg keje lg after this & dia terus tak dtg. Keje tak smpai sebulan tp nk tunjuk lagak, experience mmg zero ok sbb baru graduate.
Skrg ni my boss suruh dia keep on eyes kt sorang lg budak, our site supervisor. Budak ni pn baru gak, keje baru nk msuk 1 1/2 bln. Budaknya menurut kata tp slalu ponteng, slalu hilang. Hubby mcm tak smpai hati nk fired dia sbb budak tu dr keluarga yg susah, skolah pn tak tinggi (spm jer kot) & takde masalah klau disuruh2 tp masalahnya slalu ponteng. Wait & see la lepas ni...mcm2 manusia ni, dh diberi peluang keje pn mcm main2, bila dh takde keje mula la ckp mcm2 konon2 mmcm2 keje dh mintak tp tak dpt sdgkn peluang depan mata disia2kan.
Saturday, August 29, 2009
Belajar Tentang Pasangan & Perkahwinan
Pasal sikap romantik tu tak usah ckp la. Ada dulu masa bcinta romantik bagai nk rak, jln pimpin tgn, pegang mcm takut pasangn tu lari(hubby aku jgn harap la nk pegang2 tgn ni dulu)..mkn suap2, kongsi2 smpaikn segelas air dikongsi berdua, 1 straw plak tu..ari2 duk call ucap i lap u, u lap me TAPI bila dh kawin, hilang seme tu, time jln sama2 jaraknya sebatu, sorang depan..sorang blakang TAPI ada jugak yg tbalik, masa bcinta uish dia layan kita mcm member lelaki dia jer, langsung x gentle, smpai kadang2 kita rasa nk nangis sbb kita pn nk dilayan mcm dlm filem2 cinta romantik tu gak..sob2, sedihnye..tp bila dh kawin, eh terlebih2 romantik la plak dia smpai kita pn naik rimas..
Perkahwinan mengajar kita ttg kesabaran & btolak ansur. Kadang2 kita terpaksa mengalah & mengaku salah wp bukan salah kita demi utk mjaga kerukunan rumahtangga. Klau dpt suami yg nk kita layan dia mcm raja tu, sabar je la sbb blom tentu dia akan layan kita mcm permaisuri. Menangis sorang diri dlm hati tu biasa la...nk nangis kuat2 malu kt jiran2...kadang2 smpai dh takde air mata nk nangis. Bab2 pendam dlm hati tu satu hal...ye la, kita yg pilih dia sebagai suami kita, so tak boleh la nk komplen. Abis2 org ckp, kau yg beria2 pilih dia, nape nk ngadu tak puas hati plak, bukan ada org paksa kau kawin dgn dia pn...haa, baru korang panas telinga. Nk ngadu kt org lain pn kna fikir smpai abis sbb takut nnti dituduh 'bocorkan' rahsia rumahtangga. Ye la, kna hati2 takut nnti apa yg kita ceritakan akan disensasikn kt luar, takpun dijadikan bhn utk kenakan kita di masa hadapan...kita tak tau hati org kan...
Bab2 bgaduh tu biasa la tp jgn la smpai terbang periuk belanga, smpai pukul memukul, lempang melempang, terajang mterajang...gaduh2 maja org kata..klau tak gaduh mcm tak normal je hidup. Ye la, kt opis pn kadang2 gaduh (gaduh mulut je la), dgn adik beradik pn bgaduh, so bila dh tinggal bsama tak mustahil dgn pasangan bleh bgaduh. Bila 2 pasangn yg mmg berbeza segalanya berada di 1 tpt yg sama, jupe plak ari2, dh pasti sikit wp tak byk, ada blaku pertelingkahan. Aku tak suka word bgaduh, aku prefer word perbezaan pendapat, lembut ckit bunyinya.
Sabar je la selagi korang boleh bsabar...klau hati terluka, pujuk la hati sndiri andai dia tak nak pujuk, tak guna mjeruk rasa lama2 sorang2 sbb in the end korang jugak yg sakit hati & susah hati..terima dia seadanya krn kita pn tak tau apa yg ada dlm fikirannya ttg kita, smbil berharap si dia akan berubah ke arah yg lbih baik & at the same time kita juga perlu berubah ke arah itu....
Friday, August 28, 2009
Kesian Memberku
Thursday, August 27, 2009
My New Handphone
Mlm td hubby tiba2 call ckp dia nk balik. Masa tu dlm pkul 9 mlm. Katanya ada surprise utk aku. Tkejut gak apa la surprise tu sbb dr suara dia mcm happy jer. Tunggu lama gak baru dia smpai umah. Biasa dr umah kami ke banting amik masa <> 45 minit klau lalu ikut dengkil. Almost 10.30pm dia smpai, smbil jln smbil tersenyum2. Dia bg satu plastik bag kecik kt aku, eh handphone, jerit aku. Katanya utk aku, hadiah birthday ari tu yg dia tak sempat belikan. Canggih woo hp ni sbb siap ada TV lg. Yg canggih2 yg aku tak pernah guna pn ada...tkial2 gak aku nk study hp tu apatah lg manual yug diberikan 100% tak mbantu sbb in chinese. Rupanya hp ni made in china, china brand. Harganya hubby ckp secret tp kempis gak la wallet dia hujung2 bln mcm ni. Rupa hp tu mcm gambar yg aku tepek kt atas tu. Thanx abang, i love u...
Dh dpt hp baru ni rasa mcm syg plak nk bpish dgn hp aku sblom ni. Ye la, baru lg pakai, tak smpai sethn wp tak secanggih hp yg baru ni. Tp mcm tak releven gak aku nk guna dua2 sbbnya takde sape pn nk call aku sgt. Klau aku pakai dua2 ni, maknanya aku tpaksa usung 3 biji hp ke mana2 saje bcoz' currently aku juga pakai hp company. Yg tu wajib dibawa ke mn2 aku pergi tp time hari keje la. Last2 hubby ckp biar dia pakai hp lama aku tu utk personal call, yg current guna utk keje. Alright...Balik raya ni melaram la aku dgn hp baru lg canggih...yabedabedu
Wednesday, August 26, 2009
Kes Bengang : Tak Reti Bahasa
Itu 1 hal. Esoknya plak dtg opis aku pg2 buta. Kbetulan ari tu aku smpai opis awal ckit, sblom pkul 9am sbb nk gi breakfast dulu. Dia bleh ckp dh lama dia tunggu kt bawah. Ye dey, opis aku bukak pkul 9am, sape suruh ko dtg cepat2 sgt. Bukan ko yg bayar gaji aku, suka hati aku la nk dtg pkul bape pn...bengangnyer.
Bila abis keje painting tu dia mintak bayar abis tp boss aku x bayar abis, biasa la ada retention kot klau2 ada defect work. Dia mcm tak puas hati tp senang ckp, klau nk, amik jer cek tu x payah byk citer, Klau tak nk, baik blah je, malas nk layan.
Tak lama lps tu my boss suruh call subcon tu dtg ke site sbb ada defect work. Ada tpt2 yg kna touch-up blik sbb cat tertanggal & luntur. Aik, blom pn sbulan dh tertanggal. Kononnya cat tu bagus (cat tu jenama from malaysia, korang agak2 la apa ye, malas nk sebut) tp dh ada kecacatan. Punya la byk kali suruh dtg tp tak juga dtg2, last2 aku call supplier tu & dia bg contact no big boss subcon tu. Aku ckp la kami bg masa 14 hari jer kt dia sbb kami dh nk hand over projek tu kt jkr. Klau dia tak dtg, kami akan repair sndiri tp kami akan charge dia blik @ tolak dr balance payment yg blom bayar. Selamba jer dia jwb, ok dia akan hntar org dtg repair tp klau kecacatan tu disebabkn oleh kami, dia akan charge kami blik. Amboi, sesedap jer ckp. Ok, takde masalah tp takkan la silap kami kot cat tu tertanggal. Aku ckp kt my boss & he said keje2 painting tu mmg 'laoya' abis. Undercoat blom kering abis, dia dh start cat utk lapisan seterusnya, so cmne tak tertanggal cat tu. Cat plak nipis giler, sbb tu blom sebulan dh luntur. Lps tu nk salahkn kitaorg...tak faham aku.
Kami dh inform dia sblom dtg ke site inform kami dulu sbb pekerja kami dh takde kt site tu. Alih2 dia dtg sesuka hati & tak boleh masuk. Kami yg kna marah konon2 buang masa dia. Bengang2! So aku suruh set up masa lain tp dia btegas suruh kami listkan tpt @ bilik yg ada defect work, konon2 senang keje dia tp my boss ckp kami dh total subkan keje tu kt dia so seme tu keje dia. Takkan kami nk siapkn seme tu, bukan keje kami. Everytime aku tnya bila nk dtg, dia tnya pasal list tu. Dh lama gak la, lbih tempoh 14 hari yg kami bagi, aku call skali lg. Kira ni last call sbb jkr dh bising. Skali lg tnya pasal list tu. Aku ckp tu seme keje dia tp dia bising2, mbebel2, ungkit balik pasal dtg ari tu tp takde sape kt site. Dia ni tak faham2 ke..aku ckp kuat2 kt dia, klau tak nk dtg repair, tak payah dtg, biar kami yg repair sendiri tp balance payment tu jgn harap kami akan bayar. Dum! aku hempas telefon. Panas hati betul. Dulu kami plan nk bg keje painting kt projek kami di banting kt dia sbb nk tolong sesama bangsa tp bila dh timbul masalah cmni, mintak maaf la. Buat sakit hati jer, byk lg org lain yg nk keje. Bab payment laju jer, bab keje mengalahkn siput, mcm2 alasan. Comp ni kt selayang tp aku tak nk la ckp apa namanya nnti tak pasal2 aku kna saman tp start dgn huruf P******.
Tuesday, August 25, 2009
Bila Dah Kaya Sangat...
--------------------------------------------------------------------------------
Baginda menyewa suite peribadi sebuah pesawat bagi membolehkan tukang gunting kegemarannya, Ken Modestou tidak bercampur dengan penumpang lain kerana bimbang dia dijangkiti virus selesema babi.
Sultan Brunei merupakan antara manusia yang terkaya di dunia dengan kekayaan bernilai £12 bilion (RM69.15 bilion) menggunakan khidmat Modestou sejak 16 tahun lalu.
Dia bekerja di sebuah kedai gunting di Hotel Dorchester di Mayfair, tengah London.
Pada setiap tiga atau empat minggu, dia diterbangkan ke Brunei dan diberikan penginapan selama beberapa malam selain upah ribuan dolar sebelum balik ke London.
George Kadi yang bertugas dengan Modestou memberitahu: "Dia kerap ke sana. Sultan menerbangkan dia dengan kelas pertama pada kos £9,000 (RM51,873).
"Semuanya ditanggung iaitu hotel dan makanan mewah, asalkan dia mahu pergi ke Brunei."
Caj biasa yang dikenakan untuk menipiskan rambut di kedai Modestou ialah £30 (RM172.87).
Kadi berkata, Sultan Brunei yang berusia 63 tahun itu membayar Modestou melalui sekeping sampul surat yang agak tebal tetapi penuh dengan wang tunai. - Agensi
Klau dh kaya sgt mcm ni la, gunting rambut pn smpai 15 ribu pound. Klau ada lbih ramai lg org mcm sultan brunai ni, rasanya lbih ramai yg nk jd tukang gunting rambut pro. Klau nk harapkn org mcm aku, tutup seme kedai gunting sbb aku mmg tak prnh potong rambut kt kedai. Aku lbih yakin pd tukang gunting tak bertauliah aku iaitu my mom..hahaha..wp aku tak jd vogue hasil guntingannya tp yg pasti free...
Monday, August 24, 2009
Amaran DBKL kpd Kontraktor
Tp kan byk sgt projek yg tbengkalai skrg ni especially projek swasta. Projek gomen pn sama gak. Our comp tak prnh la plak smpai jd mcmtu setakat ni. Sambung projek org yg tbengkalai tu ada la. Pasal delay tu biasa la. Mcm our comp, delay pn bsebab & takde la smpai tak siap projek tu. Our reason, payment lambat, so cmner nk bawa msuk material ke site, cmner kami nk bayar kt supplier & sub-con? Bukannya our comp takde duit nk guna dulu tp saje jer. Ye la, klau asyik pakai modal sndiri, lama2 kering la duit comp. Kitaorg pn ada projek lain, ada pekerja nk dibayar gajinya. So for me, delay projek msti ada sbb tp projek gomen msti takde masalah & takde alasan ckp takde payment cuma lambat ckit jer. So projek gomen tu terbengkalai sbb projek tu tlh dialibabakan kpd sub-con. Payment main-con yg dpt tp tak dibayar pd sub-con, so cmner projek tu nk jln? Our comp dh kena hal mcm ni, main-con songlap sorang2 payment dr client. Nsib baik my boss panjang akal, dia ak diamkn hal tu mcm tu jer, kes tu dh naik court, main-con tu kena saman. Baru puas hati.
So pd kontraktor2 kt luar sana, beware. DBKL dh kluarkn amaran. Pd main-con tu, tolong2 la bayar pd sub-con bila dpt payment. Jgn ingat perut sndiri jer. Jgn ingat nk tukar kete baru je, nk renovate opis je, nk tukar bini baru jer. Klau projek tu terbengkalai, yg dpt nama busuk main-con gak.
Sunday, August 23, 2009
Cerita Nak Raya
Tak tau la mcmana sambutan thn ni, kna tunggu la bila tiba masanya nnti tp yg pastinya awal2 lg aku dh rasa sedih sgt sbb rasa2nya thn ni mcm miss jer sembahyang raya sbb kata hubby kt umahnya kaum pompuan takde yg gi sembahyg raya kt masjid. Klau aku gi, msti sorang2, takde kawan, dh la tak biasa lg kt situ. Mcm berbelah bahagi nk pegi ke tak nak. Hubby izinkan aku pegi masjid tp risau gak apa plak kata family dia since diaorg pn tak pernah pegi, aku plak yg 'gedik2' nk pegi, risau diaorg ckp aku ni nk menunjuk ke, mcm la warak sgt...erm...bukan warak tp ini la yg aku lakukn sejak kecik..aku tak prnh miss sembahyg raya puasa maupn raya haji (cuma thn lps miss sembhyg sunat raya haji sbb raya kt KL) wp ia hnya sunat tp mak aku mmg wajibkn anak2 dia pegi sbb sethn sekali jer. So mcm tak lengkap jer raya klau tak gi sembhyg sunat tu...
Saturday, August 22, 2009
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-mubarak
Get the Selamat Berpuasa code at Myspace Graphics
Selamat datang bulan perjuangan. Bulan ramadhan membuka tirainya. Tibalah masanya kita berpuasa. Smoga bulan yang mulia ini akan membawa keberkatan dan keinsafan dalam diri kita. Smoga dengan keberkatan ramadhan ini Allah akan memakbulkan doa kita. Hapuskan dendam & sengketa, bersihkan hati & luruskan niat. Selamat berpuasa!
Friday, August 21, 2009
Flip Flap Solar Battery Power Flower Bud
Aku pasti seme duk gila beli benda2 ni skrg kan (wp sbenarnya dh lama gak la ada kt pasaran, aku perasan sejak bln jun yg lps). Kt mn2 pn ada org jual benda alah ni tmasuk la pasar mlm. My x-collegue dgn bangganya tunjuk kt aku dia beli "bunga pening" ni tp dia bengang sbb tertipu dgn harganya. Kononnya nk beli brg yg ada kualiti, so dia beli kt kedai jual aksesori kete, so mahal la ckit, klau x silap ada la dekat2 rm20. Skali sama la dgn yg kt pasar mlm tu; made in china. Kt pasar mlm hnya rm10 jer. So dia rasa bengang sgt2 sbb dh kna tipu...hehehe
Aku pn duk bkenan benda ni dh lama tp tak tau nk letak kt mn. Mn tau mlm minggu yg lepas masa ronda2 kt uptown cheras (sbelah velodrum tu) hubby ajak beli 'bunga pening' tu nk letak dlm kete (hubby yg panggil dgn nama tu sbb dia terlentok2). Dulu yg btk basic jer mcm gambar kt atas tu, skrg dh ada mcm2 btk; kitty kat la, doraemon la, pumpkin la, ladybird la, mcm2 la tp seme tu hubby tak bkenan, dia nk yg biasa2 jer, so kitaorg beli yg ada bunga pink & pasu warna merah tu. Harganya? Sungguh aku puas hati; rm8 jer.
Thursday, August 20, 2009
Aku Eksyen
Tu pengalaman masa awal2 duduk kl. Bila dh lama2 & faham selok belok bas utk raya ni, sebulan sblom pose aku dh jenguk2 kaunter tiket kt hentian putra. Aku tak kesah wp kna ke sana hmpir tiap2 hari sbb dekat jer dgn umah aku masa tu, jln kaki jer, anytime boleh pergi. Dulu2 aku mintak adik aku kt kg tu belikn tiket dr kg ke kl awal2 tp lps aku tau ada comp bas yg bleh beli tiket 2 hala, aku beli kt kl ni je la utk 2 hala terus, tak payah susahkn adik2 kt kg. Bas feveret aku; transnasional. Mmg aku dh sign mati dgn comp tu. Kbetulan plak sepupu aku keje drebar bas tu & sedara jauh aku keje kt kaunter tiket comp tu kt kg, so bab2 tiket ni aku mintak tolong dgn diaorg ler. Aku prnh naik bas maraliner skali jer, alright gak tp aku tak suka service tiket dia. Klau trans tu, kita bleh tukar tarikh tiket & jual blik tiket wp dikenakan sedikit charge, so takde la burn tiket tu kan klau ada apa2 hal tp maraliner sgt 'kejam'; tak bleh tukar tarikh, apatah lg nk dijual smula. So klau apa2 hal, burn tiket tu & bmakna burn duit kita. Org ckp sani ekspress best gak tp aku blom naik lg sbb tiap kali nk blik kg aku terus ke kaunter trans secara otomatik. Lgpn kaunter trans ni byk tpt ada, even kt stesen minyak petronas. So tak payah la susah2 nk ke hentian bas ekspress semata2 nk beli tiket. Awal2 duk kl dulu aku msti naik bas SE warisan sbb dia ada seat single. Klau takde sgt, aku beli tiket bas sutera. Skrg ni aku dh x pandang dh bas2 tu, eksyen sungguh sbbnya bas2 diaorg dh 'uzur' sgt. Tp kalu dh takde pilih, redah je la drpd beraya kt kl sorang2 kan.
Itu citer bab pengalaman aku naik bas. So apa kaitan dgn tajuk kt atas tu? Apa yg menyebabkn aku eksyen? Dengdengdeng...sbbnya mulai thn ni aku tak payah naik bas dh bila nk blik kg, sbbnya kami dh ada kereta sndiri. Lps ni dh tak payah bsesak2 kt hentian putra tu lg (serius talk, bila time nk blik raya org ramai giler kt hentian tu, wp kt dlm tpt tunggu bas tu ada air-cond, mmg tak rasa apa2 sbb umat manusia yg teramat ramai, bhimpit2 mcm sardin), tak payah nk risau2 pasal tiket bas lg. Sbb tu aku eksyen tu...sabar je la tp aku bukan lupa daratan sbb bas2 tu la yg byk bjasa kt aku bila aku nk blik kg. Klau takde mrk, jwbnya beraya kt kl la aku. Syukur sbb akhirnya hasrat nk beli kete sndiri tlaksana akhirnya & kami mg plan nk beli kete sblom raya sbb nnti senang nk blik kg, senang nk gerak masa kt kg. Thn ni kan kami beraya 2 umah; my parents & my in-laws house skali gus. Thn ni gak first time raya berdua. Lps kawin ari tu tak sempat nk ziarah seme sedara mara kedua2 belah pihak sbb cuti pendek, so raya nnti sah2 kna btandang kt umah diaorg sbb masa ni la nk kenal sedara mara masing2. Nk gi jln2 masa lain mcm tak best, jln2 time raya ni baru mcm kena..kan2...jgn marah sbb aku eksyen thn ni. Note: eksyen tp ttp bsyukur...
Wednesday, August 19, 2009
Merdeka!
Klau ikut plan asal, aku supposed ke banting ari ni. Hubby ajak aku lepak kt site opis sbb tak keje kan. Malangnya hubby plak bz ari ni sbb pihak SYABAS nk dtg buat inspection utk pemasangn paip kt site tu. Lps tu ada site inspection oleh JKR. So lepak je la kt umah. Sblom blik, aku gi pasaraya kt sbelah opis aku. Tkejut sbb kt ctu ada elektrik. Seme ruang kedai kt bangunan tu ada elektrik sdgkn bangunan sederet dgn opis aku takde elektrik. Smpai umah, kt umah pn ada elektrik gak ( umah aku sbelah opis jer cuma blainan taman). Maknanya kwsn opis aku je la takde elektrik, kwsn sbelahnya bfungsi mcm biasa. Aku sangat happy sbb bleh relax2 kt umah dgn selesa. Serius, aku tidur lps zohor smpai ke ptg sbb sgt ngantuk. Mn taknya, ari ahad tu tidur lewat sbb mlm tu hubby ajak ronda2 kt uptown cheras kt bdr tun razak smpai pkul 1am, ari isnin tu plak bangun awal sbb hubby kna btolak awal ke banting (btul2 lps subuh dia btolak, so bangun awal nk sediakn breakfast & bekal utknya), mlm tu plak tidur lewat sbb dlm pkul 11pm lbih hubby call yg dia nk blik mlm tu sbb boring. Tpaksa la menunggu dia smpai dlm pkul 1am lbih. Lps tu siapkn makanan sbb dia lapar, tak sure pkul bape aku tidur. Esoknya (semlm ler) kna bangun awal gak sbb hubby kna ke banting lg...aku sungguh tak cukup tidur, so semlm aku balas dendam la...mmg merdeka!Nyaman...
Friday, August 14, 2009
BELASUNGKAWA MOHD ASRI IBRAHIM (1969 - 2009)
Terkejut juga bila dpt tau ustaz asri tlh meninggalkn alam fana ini semlm. Aku mmg meminati kumpulan rabbani especially suara ustaz asri. Adik aku Ejam yg keje kt johor skrg ni mmg minat giler kt suara beliau especially mimik mulut beliau masa nyanyi. Dia mmg suka 'ajuk' cara beliau nyanyi.
Aku 'kenal' ustaz asri ni sejak beliau join kumpulan nasyid nada murni lg. Cousin aku slalu bawa blik kaset kumpulan ni kt kg & telinga kitaorg dh slalu sgt dgr suara beliau, mmg sedap. Masa tu nada murni ni berada dlm al-arqam & masa tu gak cousin aku tu join al-arqam (masa tu al-arqam blom diharamkan lg), sbb tu beliau ada simpan koleksi kaset nada murni. Bila al-arqam diharamkn, group ni mcm senyap skejap. Bila timbul rabbani, aku perasan yg penyanyi utamanya ialah ustaz asri nada murni dulu. Tu pn cousin aku yg ckp.
Skrg beliau dh meninggalkn kita. Mcm tak caya gak sbb beliau masih muda. Tp bila ajal dh tiba, tak kira tua @ muda. Kita pn blom tau nasib kita kan. Alfatihah utk ustaz asri, smoga rohnya dicucuri rahmat....
Thursday, August 13, 2009
Penyanyi utama Rabbani meninggal
Penyanyi utama kumpulan nasyid terkenal Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi akibat serangan jantung di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur. Berita kt sini.
Wednesday, August 12, 2009
Gula oh Gula!
Gula oh gula, di mn engkau gula...agaknya lagu ni la lagu favorite rakyat malaysia skrg ni. Ye la, takde gula hidup mcm tak lengkap jer. Rakyat malaysia ni kan kuat mkn gula. Pg2 jer dh mengadap 'gula' nih; teh ke, kopi ke, milo ke, nescaffe ke. Bg org yg tak bape gemor susu pekat mcm aku nih, gula la yg mjd penyeri hidup kami. takde gula, tpaksa la telan teh/kopi/nescaffe pahit. Sgt tdk sedap.
Kt sstgh tpt dh lama gula kosong kt rak2 kedai/market. Tpt aku ni plak baru2 ni jer. Awal minggu lps takde problem la nk dptkn gula wp org heboh takde gula. Tgh2 minggu tu dh ada kedai runcit kt area umah aku ni takde stok gula. Sstgh kedai ada bape paket jer. Kt 99 speedmart langsung takde gula, jgnkn gula kasar tu, gula halus & brown sugar pn takde. Sungguh kritikal. Ari jumaat lps aku gi shopping brg2 dapur kt econsave segar perdana. Bpusing2 cari gula tp bila smpai kt rak gula, tbentang la notis "maaf, gula kehabisan stok". Ish3, haru sungguh. Esoknya, ari sabtu kami gi lg ke econsave tu sbb nk tukar brg yg kami beli semlmnya. Lgpn pasaraya ni sbelah tmn perumahan kami jer. Lps tu saje2 jenguk kt rak gula, cuba nasib kata org, erm...rak tu msih kosong. Haru sungguh ni. Seme kedai runcit kt kwsn tu mmg takde gula dah. Ptg ahad plak hubby ajak jln2 ke giant connaught. Tkejut weh sbb byk gula kt ctu. Takde plak org berebut2 tp setiap family dihadkn 3 peket jer. Sempat gak la aku rembat 6 peket; hubby beli 3, aku beli 3, bayar kt kaunter asing2.
Ari isnin tu hubby gi tesco banting sbb budak keje dia ajak gi cari gula. Dh seminggu tak minum air bgula. Malangnya kt ctu pn takde stok gula. Kesian, klau tau mcm tu, bleh kami tolong belikn kt sini. Semlm hubby blik. Kami gi giant connaught lg sbb nk belikn gula kt budak2 keje. Terkejut sbb rak gula kosong, yg ada gula halus jer, tu tak byk. Kami rembat 6 peket. Cukup la utk budak2 tu. Stok utk umah aku ada lg, cukup la tu kot. Bukan apa, risau gak klau keadaan ni terus2an mcm ni. Tak lama lg nk pose, sah2 pakai byk gula. Buat kuih la, air la. Biasa bukak pose dgn minuman berais, sah2 kna pakai byk gula. Lps ni kna kurang2kn penggunaan gula la nmpaknya.
Friday, August 7, 2009
Our 'New' Car
Lps ni tak payah naik bas & teksi lg sbb hubby beli kete; proton iswara 2nd jer. For the time being ini aje yg termampu. Hajat tu mmg nk beli kete baru dr gudang tp takpe la, slow2. Jnji boleh jln. Bkebetulan plak skrg ni tambang bas & teksi kan dh naik, so harap2 boleh la jimat. Aku tak kesah sgt sbb gi keje pn jln kaki tp kesian kt hubby, subuh2 hari dh kna kuar umah nk kejar bas. Dh lama aku suruh dia cari kete tp asyik tertangguh. Kebetulan our boss offer kete tu, kami terus setuju. Lgpn tak payah susah2 nk apply loan bank. Tiap2 bulan terus potong gaji kami. Tak de la pening2 pasal loan interest ke, nk kna tarik ke. Klau rosak pn, bleh terus hantar ke workshop our company gak. Dh hidup berdua ni susah takde transport especially time raya nnti, nk ke sana, nk ke sini, 'patah kaki'. Dh abis bayar kete ni baru fikir pasal kete baru. Tak lama pn, tak smpai sethn pn.
Monday, August 3, 2009
Amaran Bergambar Pada Kotak Rokok
Pd pendapat korang, amaran bgambar pd kotak rokok spt kt atas tu bkesan @ tdk? Pd aku la mmg ngeri tengok gambar2 tu, nk termuntah pn ada. Tp aku berani kerat jari, pd perokok2 especially perokok tegar, pd diaorg gambar2 tu tak mberi apa2 kesan. Contohnya hubby aku. Dia buat dek jer tengok gambar2 tu. Katanya gambar2 tu bukan la 100% kesan negatif drpd rokok. Byk lg penyebab2 lain. Diaorg beli rokok, nk hisap rokok, bukan nk tengok kotak rokok tu. Klau tak nk tengok, pejam je la mata tu, tak usah tengok. Huh, klau dh perokok tegar tu, perokok tegar jugak la. Taruk la gambar ngeri mcmana skali pn, dia takkan rasa apa2 pn. Hatta hubby aku ckp klau kerajaan naikkan harga rokok smpai RM50 sekotak pn perokok2 ni tetap akan merokok. Nothing can change it. Kadang2 sakit hati gak bila ckp dgn dia. Tak nk mengalah langsung. Tak nak mengakui hakikat sbenar. Selagi tak kena kt diri sndiri, selagi tu la dia akan nafikan. Aku just ingatkn dia jer. Org kata, bila nasi dh jd bubur dh tak bguna lg. Aku prnh la ckp (bila dh geram sgt la), hisap la rokok tu byk2, bleh kita mati sama2, klau nsib tak baik, saya yg mati dulu. Dia tnya nape plak aku akan mati skali dgn dia. Ye la, klau ikutkn penyelidikan, org yg tak merokok tp pasangnnya merokok, kesan negatif lg teruk kena pd org yg tak merokok tu. & mcm biasa, dia cepat2 nafikan.
So bg aku, amaran bgambar tu mmg tak mberi kesan apa2 kpd perokok. Selagi hayat dikandung bdn, selagi bleh hisap, diaorg tetap akan hisap. Selagi rokok msih dijual, selagi tu la habit ni tak bleh ditinggalkn sbb dh jd darah daging diaorg. Bg perokok ni, tak dpt benda lain pn takpe, jnji dpt hisap rokok. Ada tu, masa bukak puasa, rokok nombor 1. Lps abis rokok sebtg, baru cari mknan. Aku tahu sbb hubby aku mcm tu.
This Day In History
My Blog List
-
-
Hello Malaysiaaaa5 years ago
-
-
Once again8 years ago
-
-
Tudung Layer12 years ago
-
JUN YG MANIS - SIRI 212 years ago
-
-
-
-
last week15 years ago
-
-
-