FaCtS Of LiFe

♥ You're not best friends because you sit together at LUNCh or taLK on the phone, or have matching fLiP-fLOPS or can recite each others Wardrobe. You're bestfriends because when she smiles, a grin forces itself across ur face no matter how mad you are, when she cries you instantly feel her pain and want to cry with her. When you Look her in the eyes you know theres no one you could ever tryst more regardLess of how many broken hearts you've had. That's what it means to be best friends...♥

Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, March 28, 2009

Support Earth Hour Campaign



Fifteen Fool-Proof Earth Hour Activities
Sources : That Unreliable Girl

1. Attend a local Earth Hour event or organise your own by throwing an Earth Hour street party with your neighbours. The ones you like, anyway.

2. Gather family and friends for a night picnic in your local park. Look at the stars, dodge the dog poop.

3. Take the kids trick or treating. It's worth a shot.

4. Get drunk alone in the dark, like every other Saturday.

5. Enjoy a family dinner by candlelight.

6. Sit in the dark and share stories. Preferably not alone. Pets don't count.

7. Share a romantic night in with your loved one. Sexy time. Pets still don't count.

8. Roam the neighbourhood pretending to be a zombie.

9. Go for a long drive with the headlights off. Preferably in a SUV/4WD. Call everyone you know and be smug about your "contribution".

10. Organise a family night playing board games. Bring on the Jenga!

11. Dig out hand-cranked flashlight and make shadow puppets like in the old days. Quickly realise that the old days weren't much fun.

12. Congratulate yourself on your dogged perseverance for going an hour without playing Wii.

13. Trip over the cat. Curse. A lot. And make it loud while you're at it.

14. Huddle in the basement with a shotgun and a case of canned ravioli and pretend it's the apocalypse.

15. Worry that the aliens won't be able to find your house in the dark.

Friday, March 27, 2009

10 perkara wanita benci

Kebanyakan lelaki tidak sedar bahawa ada perbuatan mereka dibenci oleh kaum wanita.


--------------------------------------------------------------------------------

KEBANYAKAN lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.

Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.

1. Panas baran

Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.

Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.

2. Mengongkong

Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.

3. Ego

Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

4. Suka 'cuci mata'

Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.

5. Main kayu tiga

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai 'teman tapi mesra'. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.

6. Tidak sensitif perasaan wanita

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.

Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

7. Pentingkan kawan-kawan

Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.

Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

8. Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

9. Meninggikan suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

10. Penipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.

Thursday, March 26, 2009

Budu lawan penuaan???


Gambar : Sekadar hiasan tp budu cap limau ni mmg favorite my family

Article in Harian Metro - 26/03/2009

MUNGKIN perkataan budu agak janggal atau dipandang sepi sesetengah orang.

Namun bagi peminat fanatik, ia dianggap makanan tradisi yang wajib ada dalam menu harian mereka.

Percayakah jika dikatakan budu iaitu sejenis cairan yang diperam dalam tempoh tertentu bersama ikan bilis atau pekasam lain dan enak dicicah bersama ulam-ulaman, boleh dijadikan antara medium terbaik untuk mencantikkan wajah seseorang?

Barangkali ada pihak yang tersenyum sinis namun kajian sekumpulan penyelidik di Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) membuktikan ia mampu direalisasikan.

Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, kajian terhadap budu menunjukkan ia mempunyai potensi tinggi dalam pertumbuhan sel kulit.

Selain membentuk sel biak terbaik terhadap kolagen serta bersifat elastin, budu dikatakan mempunyai nisbah 50 peratus dalam membantu dari segi antipenuaan.

"Berdasarkan penyelidikan terperinci mengenainya, proses sintesis terhadap kolagen didapati lebih baik daripada vitamin C berdasarkan kandungan makanan itu.

"Kulit perlu dilindungi daripada elemen negatif selain mengimbangi sel manakala bahan berkenaan juga mampu melindungi daripada pancaran ultra ungu matahari," katanya.

Menurutnya, Sirim sedang mencari pelabur atau peniaga dalam bidang kosmetik untuk melariskan formula yang dirintis.

Katanya, budu keluaran Ketereh antara ramuan tertua dan begitu sinonim dalam sajian makanan di negeri Pantai Timur, malah menjadi sajian di seluruh Semenanjung Malaysia.

Menggunakan BK sebagai singkatan Budu Kelantan atau Budu Ketereh pada rumusan produk yang bakal dilonjakkan, beliau berharap impian untuk melihat budu menjadi jenama popular satu hari nanti bukan hanya terbatas di Malaysia, bahkan melonjak ke luar negara.

Dia turut menafikan kesan penggunaan budu boleh menyebabkan kegatalan pada kulit atau menimbulkan bau kurang menyenangkan.

Baginya, kebanyakan produk berjenama dunia yang eksklusif juga mengandungi bauan yang tidak enak.

Menurutnya, penemuan saintifik yang diolah dengan bioteknologi terkini untuk menyah bauan yang kurang disenangi boleh dilakukan dengan campuran ekstrak tertentu.

Ramuan yang terdapat dalam budu mempunyai kandungan tertentu turut bergabung dengan ekstrak lain yang bersifat bebas radikal, tiada campuran kimia atau bahan pengawet yang memudaratkan tubuh.

Katanya, unsur yang digunakan seperti raksa atau plumbum diselitkan dan diseimbangi dalam tahap yang dibenarkan Kementerian Kesihatan.

"Kami berhasrat mensasarkan produk ini di kalangan masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang sendiri sebagai sasaran utama memandangkan budu berasal dari negeri itu. Tetapi kami tidak menolak jika ada pengusaha lain yang meyakinkan untuk menaik taraf budu ini ke tahap lebih tinggi.

"Keyakinan kami didukung kuat oleh sifat masyarakatnya yang sinonim dengan makanan berkenaan selain menunjukkan sikap jangan perlekehkan budu kerana ia mampu menjadi bahan terpenting dalam produk kecantikan.

"Bukan sekadar makanan, tetapi ia sekali gus mampu melakar sejarah tersendiri dalam dunia kecantikan yang tiada sempadan. Namun, kami ada cara dalam melonjakkannya untuk menjadi jenama terkenal dan perkataan budu itu tidak akan ditekankan jika dikhuatiri mengundang pandangan negatif segelintir masyarakat terhadapnya.

"Mungkin pendekatan yang diguna pakai untuk lebih komersial adalah proses penapaian bahan berasaskan marin untuk penggunaan kosmetik. Kami percaya ia akan melindungi atau memberi kesan terhadap pembaikan kulit secara perlahan-lahan.

"Berdasarkan kajian, keluaran yang baik adalah produk yang tidak memberi kesan terlalu cepat terhadap kulit wajah seperti didakwa sesetengah pengusaha produk kecantikan. "Mungkin ada bahan campuran kimia tertentu dan pengguna harus ada pengetahuan mengenai produk supaya tidak memberi kesan buruk kelak.

"Sebenarnya, kesan melebihi tiga minggu lebih memberi kesan berpanjangan bagi kebaikan kulit wajah," katanya.

Sebagai pertubuhan yang dipertanggungjawabkan terhadap aspek mutu atau piawaian dalam jenama atau pembuatan bahan di negara ini, Sirim turut meletakkan syarat tertentu kepada mana-mana syarikat yang bakal terpilih untuk meletakkan jenama berkenaan pada tahap sewajarnya kerana pelbagai aspek diambil kira sebelum 'menjual' formula itu kepada pihak pembeli.

Lebih membanggakan, usaha lapan penyelidik Sirim itu turut mendapat penghargaan di Jepun ketika persidangan di negara itu baru-baru ini yang mengiktiraf usaha dilakukan kumpulan penyelidik berkenaan yang dikatakan antara penyelidikan terbaik.

"Sebenarnya sewaktu menghadiri seminar dan membentangkan hasil penyelidikan di Jepun, kita berasa jauh ketinggalan dalam aspek teknologi berbanding negara lain termasuk Korea. Tetapi ia tidak menjadi halangan kepada kami untuk terus mengkaji pelbagai lagi penemuan baru untuk diketengahkan.

"Apa yang terpenting, aspek bioteknologi amat penting dalam memastikan ia bebas bahan kimia yang boleh memberi kesan tidak baik kepada tubuh seseorang. Untuk itu, kajian kami lebih mengutamakan aspek bahan tempatan yang boleh dikomersialkan," katanya.

Menurutnya, jika beberapa jenama kecantikan dari luar negara begitu terkenal menggunakan bahan penapaian atau yang diperam bahkan ada yang berbau busuk, dia menyangkal BK yang menjadi penemuan pertama Sirim akan ditolak.

Sebagai ketua penyelidik, Hamidah tidak menolak tanggapan mungkin budu menjadi penyebab beberapa aspek lain seperti kebanyakan wanita Kelantan mempunyai tekstur kulit lebih menarik atau ia mungkin atas faktor genetik.

"Mungkin kajian pihak lain boleh membuktikannya apabila ada yang mengatakan ramai golongan cerdik pandai terdiri daripada orang Kelantan mungkin disebabkan budu menjadi sarapan mereka.

"Ia ada seribu kemungkinan cuma kajian kami hanya menjurus kepada budu sebagai satu aspek penapaian yang boleh jadi formula menarik dari aspek kecantikan," katanya.

P.S.: After reading the above article, saya rasa takjub plak; budu bleh buat barang kosmetik yg boleh melawan penuaan. Erm, lps ni kalah la produk2 jenama international tu. Saya pn makan budu, maklum la org pantai timur (tp bukan org klantan ye), tp xde la hari2 makan. Kadang2 jer, tengok ada mood la. My parents pn bukan la fanatik sgt dgn budu, agaknya sbb tu saya pn x addicted to budu. Kalau ada lauk ikan singgang ke, ulam2an ke mcm pucuk pegaga, kacang botol, jantung pisang & pucuk ubi yg dicelur ke, baru la cari budu. Tu pn, kadang2 sekali sebulan. Kadang2 saya hairan dgn sesetengah org yg x boleh hidup tnpa budu. Dulu masa saya blajar kt sintok, member2 especially dr klantan, siap bawak budu kt kampus, simpan dlm locker. Mkn nasi jer kna ada budu. Fanatik sgt (jgn marah aa org klantan, tp that's a fact). Ada setengah tu, budu dijadikan kuah; siram terus atas nasi. Kadang2 mkn mcm tu jer. Mcm saya, xde la buat kuah. Just buat cicah ikan singgang & ulaman jer. Lps tu, kna ada cili api (mak saya panggil lada jarum) & perahan asam limau nipis. Kna cukup pedas, kna cukup masam, klau tak cukup tu, mmg x sedap. For me, klau x cukup masam & pedas, mmg x sedap mkn, rasa hanyir, rasa loya.
Pasal kenyataan yg ckp org klantan cerdik2 belaka sbb mkn budu hari2 utk sarapan, rasanya xde la 100% betul. Org lain x mkn budu pn cerdik gak. Saya yg jenis mkn budu skali skala pn boleh la dikategorikn cerdik gak (klau nak dikira dgn result exam penilaian darjah 5, srp, spm, matriks & degree la). Lagipn budu tu kan makruh, benda yg diperam & berbau, so x patut la mkn hari2.
Pasal kata mkn budu kulit bleh jd cantik, pn mcm x btul gak. Rata2 org klantan kulitnyer mmg cantik. Mungkin sbb diaorg tu berdarah siam (org siam kn kulit dia cantik2). Member sy org klantan tp x mkn budu & x suka budu, tp kulit dia cantik gak. Agaknya Dato' Siti yg bkulit cantik tu pn mkn budu eh...hehe..jgn marah Dato', bergurau jer. Agaknya lps ni ramai la mkn budu sbb nk cerdik & berkulit cantik.
Kpd peminat2 budu, jgn marah dgn kenyataan ini sbb saya pn mkn budu tp xde la fanatik sgt smpai hari2 mkn....

Sunday, March 22, 2009

Memilih pasangan ideal


WANITA atau lelaki yang bakal anda kahwini mestilah menarik minat anda dari segi seksual. - Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------

BOLEHKAH kita menilai perwatakan seseorang sebelum berkahwin? Seringkali kita terdengar rungutan bagaimana suami boleh berubah menjadi seorang yang panas baran dan suka memukul sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak mati.

Ada juga situasi di mana seorang isteri bertukar menjadi selekeh sedangkan semasa bercinta, sering berdandan rapi.

Berikut disenaraikan beberapa aspek penting yang patut dipertimbangkan dalam memilih pasangan anda.

1. Pegangan agama

Pegangan agama merupakan perkara utama yang harus diambil berat. Bagaimanakah pegangan agama pasangan anda? Jika isteri memerlukan tunjuk ajar, adakah anda sanggup mendidik serta memberi semangat? Lebih-lebih lagi jika beliau saudara baru.

Bagi isteri pula, adakah anda pasti bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang baik dan seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?

2. Menyayangi pasangan

Adakah anda menyayangi pasangan sepenuh hati? Anda boleh menilainya dari sekarang. Si dia sentiasa bersama anda di kala anda susah dan senang. Si dia juga sentiasa risau jika anda pulang lewat dari kerja seorang diri. Jika ya. Si dia benar-benar adalah teman hidup anda.

3. Kesihatan

Adakah anda pasti tahap kesihatan masing-masing? Pastikan pilihan anda bebas daripada pengaruh dadah atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa anak-anak, adakah anda telah bersedia dan sanggup dari segi mental?

Tanya diri sendiri sama ada anda sanggup menghadapi risiko. Buatlah ujian HIV atau talasemia sebelum berkahwin. Pastikan anda tidak berahsia mengenai kesihatan anda pada pasangan anda.

4. Kewangan

Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari awal. Anda berdua harus berbincang bagaimana perbelanjaan keluarga patut dibahagikan.

Adakah suami menanggung 70 peratus manakala isteri 30 peratus atau masing-masing 50 peratus. Atau adakah suami sanggup menanggung 100 peratus perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji sebagai simpanan keluarga?

Mungkin ada di antara pasangan yang akan bertengkar semasa sedang berbincang mengenai perbelanjaan keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang sebelum anda berkahwin.


SI DIA benar-benar pasangan yang sesuai untuk anda jika dia sentiasa bersama anda kala susah dan senang. - Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------

5. Kerjaya dan cita-cita

Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi wanita, sudahkah anda berbincang dengan pasangan mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami mendorong serta bersetuju untuk memberikan sokongan atau sebaliknya? Bincang dengan hati terbuka, lebih-lebih lagi jika anda bercita-cita tinggi.

Bagi lelaki yang bercita-cita tinggi, elok jika anda memberitahu pasangan tentang peranan yang anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.

6. Kesesuaian

Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah anda seorang yang peramah manakala pasangan pula seorang yang pendiam? Atau adakah anda seorang yang panas baran manakala si dia juga begitu? Sesuaikah anda? Tepuk dada tanya selera.

7. Persefahaman

Persefahaman antara satu sama lain amat penting dalam institusi perkahwinan. Jika tiada persefahaman maka tiadalah kebahagiaan dalam berumah tangga.

8. Keperluan seksual

Maksud keperluan seksual adalah bolehkah pasangan anda memenuhi cita rasa seksual anda? Maksudnya, wanita atau lelaki yang bakal anda kahwini mestilah menarik minat anda dari segi fizikal dan seksual kerana keperluan batin adalah sebahagiaan daripada kehidupan berkahwin.

Saturday, March 21, 2009

Watak wanita ikut hari lahir




TAJUL Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dalam masyarakat Melayu untuk menafsirkan watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan seharian.

Kini, kitab Tajul Muluk yang pernah terkenal suatu ketika dulu amat sukar dicari. Namun, cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yang arif mengenainya. Ia untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah untuk dipercayai 100 peratus.

Antara perkara yang diperkatakan dalam kitab berkenaan ialah mengenai tabiat wanita dalam seminggu mengenai hari kelahiran mereka. Watak dan pendirian diri, kehebatan cinta atau personaliti turut dikaitkan dengan hari mereka dilahirkan.

Bagi sesetengah orang, banyak aspek diambil kira apabila mencari pasangan atau menjalin hubungan jangka panjang. Bukan hanya melihat daripada paras rupa, kesamaan minat, keserasian, tarikh lahir, bulan atau tahun kelahiran seseorang bahkan sifat yang dapat dizahirkan sama ada luaran atau dalaman juga diutamakan.

Percayakah anda ada di kalangan kita yang melihat karakter seseorang berdasarkan hari kelahiran mereka. Dari situ, ia akan melihat sejauh mana kesinambungannya dari segi keserasian atau masa depan dan mengambil kira sama ada jodoh mereka boleh berpanjangan atau sebaliknya.

Sama ada percaya atau tidak, masing-masing berhak menentukan sikap dan bakal pasangan yang akan memacu perjalanan hidup berdua.

Apapun, berikut diperturunkan tafsiran daripada kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita mengenai hari kelahiran mereka sekadar untuk renungan. Jangan terlalu mempercayainya kerana ia mungkin dihasilkan sekadar untuk pembacaan.
ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah serta pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya.

Namun, jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan pula, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya bijak mengolah keindahan mengenainya.
SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun, pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.

Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi senang mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain.

Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.

Dalam soal kewangan, dia pandai berjimat, tidak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat kepadanya, dia akan berbuat lebih jahat daripada orang itu. Namun, dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan menghargai orang. Suka mementingkan teman daripada dirinya sendiri.

Berfikiran terbuka, tidak pandai simpan rahsia dan tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang tertentu yang tahu melembutkan hatinya.

Dalam soal kewangan, dia pandai mencari duit tetapi kurang cermat menyimpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Dari segi seksualnya pula, boleh tahan bahkan dia adalah seorang yang romantik.
KHAMIS

Suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja dan bercita-cita tinggi.

Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun, dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk.

Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami tetapi akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya agak tinggi dan silap haribulan boleh mendorongnya ke lembah hina jika tidak terkawal jati dirinya.
JUMAAT

Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang berbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku kesalahan sendiri.

Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai menyimpan harta demi masa depan. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat istimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi tidak suka dipaksa.
SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak dan suka bertikam lidah adalah antara nilai dirinya. Namun, dia tegas pendirian, cerdas pemikiran serta teliti dalam banyak hal menjadikannya wanita istimewa. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita.

Apabila bercinta, suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin tetapi jika kena gayanya, ia penuh dengan kelembutan.
AHAD

Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk. Apabila bersuami, dia taat kepada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat dan mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain.

Antara keperibadiannya yang kurang disenangi adalah suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati sudah suka.

Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya agak tinggi.


Thursday, March 19, 2009

Membaca sikap pasangan



Menyedari si dia tiba-tiba berubah sudah tentu menimbulkan rasa curiga. Sedang pantai lagikan berubah, inikan pula hati orang

MENGAPA tiba-tiba si dia berubah tingkah? Jika dulu seorang yang ceria kini langkah dan tindakannya semakin dingin, beku bahkan membosankan.

Apakah si dia menyimpan sesuatu sehingga begitu berahsia dan tidak lagi ceria seperti sebelumnya? Kasihnya dulu hangat kini bagaikan kaku dan tiada lagi kata-kata indah menghiasi atau ucapan yang dulu menjadi pemula segala perhubungan indah.

Sedang pantai lagikan berubah, inikan pula hati pasangan yang pernah berkongsi segenap rasa dengan anda. Di hati mula terfikir apakah si dia sudah ada yang lain? Sedang dulu berjanji sehidup semati kini bicaranya jauh berbeza. Apakah dia sudah memasang yang lain?

Lebih ketara lagi, ada yang dulunya pendiam dan tidak begitu ramah kini segala tingkahnya habis berubah. Mesra, terlalu memanjai anda tanpa diduga memberi hadiah yang berharga juga membuat anda mengumpul rasa curiga.

Pertanyaan demi pertanyaan mula menghantui fikiran sehingga anda menyangka dia mula curang. Tiada orang yang sanggup mengaku dia bermain kayu tiga atau menduakan pasangan. Tidak kira bagi pasangan suami isteri mahupun yang sedang bercinta. Perkara ini sebenarnya boleh diketahui tanpa perlu menunggu si dia mengaku jika anda seorang yang prihatin.

Hanya dengan membaca sikap dan tingkah lakunya saja anda sepatutnya boleh mengagak si dia sedang menduakan anda. Di bawah adalah beberapa tanda yang boleh anda perhatikan dan mungkin terdapat pada pasangan. Ingat, walaupun tidur sebantal tetapi mimpi yang datang berbeza:

* Tiba-tiba jadi terlalu sibuk

Alasan yang paling klasik dan paling basi tetapi masih sering diutarakan. Tidak jelas apa yang membuatkan pasangan anda sibuk tetapi dia selalu mengelak untuk diajak bertemu. Kalau anda minta untuk ikut sekali dalam aktivitinya dia menuduh anda tidak percayakan dirinya.

Apabila anda memprotes pasangan yang dia jarang meluangkan masa dengan anda, dia akan marah anda kembali dan mungkin menjadi sangat defensif. Jika si dia sudah menunjukkan tanda ini jangan terus menyerang dan mendakwanya melulu bahawa dia menduakan anda. Sebaliknya jangan ambil peduli dengan kegiatannya. Sambil itu, cuba selidik apa kegiatannya selama ini. Jika sudah mempunyai bukti konkrit, dia pasti tidak dapat mengelak. Dia akan berasa bersalah dan ketika itu anda buatlah keputusan terbaik untuk diri sendiri.

* Berubah menjadi terlalu setia dan romantik

Siapa yang tidak gembira kalau diajak makan malam setiap hari di restoran mahal, diberi pujian melambung-lambung dan kata-kata yang romantik? Tapi awas jangan terpedaya dengan perubahan sikap sebegini. Mungkin apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata anda.

Dia mengetahui apa yang anda mahu. Dia jua tahu apa yang membuatkan hati kita senang dan memanfaatkan semua untuk kepentingan diri sendiri. Selalunya kalau ditanya apa yang membuatkan dirinya begitu berubah, tiada alasan yang jelas dan tidak memberi jawapan yang cukup menyenangkan hati anda. Untuk mendapat kepastian daripadanya, sekali- sekala tolak ajakan dan pemberiannya. Jika dia marah, berikan alasan yang logik dan biarkan dia kebingungan. Sementara itu cari maklumat mengenai kegiatannya di belakang kita.

* Kerap ke luar daerah

Kalau sebelum ini dia jarang ke luar kawasan, kini dia sering pulang lewat. Bahkan pada hari tertentu menyatakan dia akan ke luar daerah justeru tugas menuntutnya ke sana. Selidik dengan syarikat atau pejabatnya kalau-kalau anda diperalatkan dengan pendustaannya.

Menggunakan orang tertentu untuk menjejaki jalannya itu mungkin menjadi cara terbaik buat anda menjerat si dia yang mula merangka strategi tertentu. Sikap sabar, bijak dan bertindak secara profesional akan memberi keuntungan kepada anda. Memang ia menyakitkan tetapi ubat kesabaran memberi kesan yang amat mustajab!

* Terlalu banyak berahsia

Waktu sedang bersama anda, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dengan segera dia menjauhkan diri daripada anda dan bercakap seperti berbisik. Apabila ditanya dengan siapa dia bercakap, jawapannya tidak jelas. Kalau anda meminta mahu memeriksa telefonnya, dia marah dan menuduh tidak mempercayainya.

Anda tidak perlu terus menuduhnya yang bukan-bukan. Lebih baik bersikap sewajarnya. Jika anda memperlihatkan kemarahan, pasangan anda pasti ada cara lain untuk menutupi rahsianya. Cubalah anda bersikap tidak ambil tahu sikapnya tapi dalam diam-diam korek rahsianya.

Manfaatkan perasaannya ketika dia berasakan sudah dapat membodohkan diri anda. Percaya saja dengan kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh juga. Biar masa saja yang menentukannya. Kalau anda sabar, rahsia pasti akan terbongkar juga.

* Berubah penampilan dan pendapat

Jatuh cinta boleh menyebabkan kita boleh melakukan apa saja dan kadang-kadang terhadap perkara yang tidak masuk akal. Jatuh cinta juga boleh menyebabkan tingkah laku berubah termasuk penampilan, gaya hidup dan pendapat. Mungkin dia jatuh cinta pada anak orang kaya, jadi penampilan dia agak jauh berubah supaya lebih serasi.

Atau dengan orang yang lebih muda, pemakaiannya agak keremajaan.

Hati-hati kalau pasangan berubah begitu drastik, apalagi kalau dia tidak ada alasan yang kuat untuk berubah. Biarkan dia buat begitu semahunya dan tunggu hingga berapa lama dia boleh bertahan. Kalau perubahan itu memang bukan dalam dirinya, dia tidak perlu lama untuk berubah kembali menjadi dirinya yang dulu.

Bz...bz...bz


I'm so bz this few weeks. I had a lot things to do in the office + other thing outside. Last few days, our house were bz with visitors; my hubby's cousin & family, my hubby's uncle & auntie, etc. On 9th Mac 2009, my hubby's cousin engaged. So we had to go to damansara damai, my hubby's cousin's house for the engagement reception. We been there for the whole day. Then my SIL came during school holiday. & coming soon my MIL is coming for my hubby's cousin's wedding. Erm, x abis2 kawin & bertunang. So i'm so bz with all those events. Weekends are supposed to be our rest & relax day but erm....sabar je la.
I can understand when our guest come on weekend bcoz' that's when all of us are not working but can u imagine when someone is coming late at night? Last 2 weeks, my hubby's cousin called at 10pm & said he's coming to our house. On that time i was ready to go to bed. 10.30pm he hasn't arrived yet whereas his house was nearby (it takes 15 minutes from his house to our house). My hubby called him & he said he's still at home, making milk for his son. We wait & wait until 11pm. I started to mumble bcoz' it's illogic going to someone's house at this late. Can't there think of the house owner? As far as i can remember, my mom forbid her children from going to someone's house late at night, worrying that we'll disturb them or they already ready in bed. 11.15pm my hubby's cousin arrived with his wife & their baby. They shouldn't bring the baby out at this time.
Since they told us in last minute, we couldn't prepare any special dish for them. Plus my freeze was empty as we're planning to go to the market on the very next morning. The left our house after 12am.
Bcoz' of all those thing, i've not enough time for myself + no time to update my blog as usual.

Thursday, March 5, 2009

Perkara remeh boleh jadi punca penceraian


TIDAK sukar untuk menyelamatkan sebuah perhubungan yang sudah lama terjalin jika tahu mencari puncanya. Bayangkan bertahun-tahun hidup dengannya, anda kerap melakukan kesilapan, daripada perkara remeh-temeh sehingga menjadi bibit yang membosankan.

Membaca atau meneliti kes perceraian yang berlaku, ia tidak hanya berpunca daripada isu besar sebaliknya perkara kecil boleh menjadi titik akhir sekali gus mengundang episod duka dalam rumah tangga.

Seperti mana kata pakar perkahwinan, masalah rumah tangga harus dilihat dalam sudut paling dalam biarpun ia hanya bermula dengan hal paling kecil tetapi boleh memberi kesan besar dalam hidup.

Ada kalanya si suami mengomel isteri selekeh, sering berkain batik dan kemeja-T lusuh apabila berada di rumah sedangkan di luar dia berdepan dengan wanita yang berpenampilan menawan sehingga ada ketikanya menjentik naluri kelelakiannya.

Jika anda tahu ‘lambaian di luar sana’ lebih membuat lelaki teruja.

Elakkan perkara yang diperkatakan ini untuk menjadi pengajaran berguna.


Memperkecil suami di hadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ia benar. Contohnya, “Suami saya kan, siang ikan pun tak tahu!”


Mengganggu suami dengan kerap menelefon dirinya dan panggilan dibuat pada waktu yang salah sekadar memberitahu hal remeh-temeh.


Terlalu suka mengemas rumah atau mengalihkan barang hinggakan suami tidak jumpa barang yang disimpan si isteri.


Mengambil muka surat atau bahagian tertentu daripada akhbar dan menyusun akhbar dengan cara amat salah, hingga menyukarkan bahagian yang hendak dibaca.


Memotong mana-mana bahagian majalah dan akhbar sehingga berlubang di sana sini manakala suami tidak sempat membacanya.


Menyuruh suami supaya membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari pejabat sedangkan perancangan ke pasar atau pasar raya cuma esok atau baru ke pasar semalam.


Tidak memberi arahan jelas kepada suami bila menyuruhnya membeli sesuatu dan kemudian menyalahkan suami.


Membuat janji temu dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami sehingga kadangkala ia mengganggu perencanaan yang sudah dibuat.


Bercakap atau bersembang di telefon dengan rakan pada waktu malam selepas jam 10 dan ketika itu, ia sepatutnya menjadi waktu istirahat anda sekeluarga.


Menjemput tetamu ke rumah tanpa izin suami sedangkan ia waktu rehat seisi keluarga.


Berpakaian kusut-masai dengan baju-T terkoyak dan batik lusuh selain rambut tidak terurus serta tanpa sebarang calitan mekap, membuatkan si suami muak untuk pulang ke rumah kerana tiada langsung tarikan.


Mengambil masa cukup lama apabila bersiap seolah-olah pengantin yang begitu lambat menyiapkan diri, membuatkan suami tertunggu-tunggu dan terus tertidur.


Sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh orang gaji atau diri sendiri membasuh atau menggosok pakaian untuk hari berkenaan.


Sengaja atau tidak menyebelahi anak-anak apabila suami ‘naik angin’ apabila mereka ke rumah rakan seharian atau berminggu-minggu tanpa mengambil tahu atau meminta pandangan suami terlebih dulu.


Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti. Hanya bersiap apabila diberitahu ada kenduri yang harus dikunjungi. Sebagai isteri, seharusnya sering bersiap rapi supaya sentiasa disenangi suami.


Suka melengahkan masa apabila hendak solat berjemaah atau beribadah dengan melencong ke dapur, bilik anak-anak atau melakukan perkara lain seolah-olah meremehkan perkara berkaitan ibadah.


Mengganggu suami yang menonton rancangan televisyen kegemarannya misalnya bola sepak. Ketika itu, ada saja kerja yang minta suami lakukan sehingga menjadi bibit percanggahan pendapat atau punca berlakunya perselisihan faham.


Asyik bercerita mengenai diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita. Ada kalanya, suami anda juga mahukan perhatian atau berkongsi masalah dan cerita di pejabat.


Membebel dan berleter tanpa henti mengenai hal yang amat kecil dan diulang tayang setiap hari sehingga menjadikan topik yang memang dibenci suami.


Suka memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa dengan gosip atau prejudis sehingga menimbulkan rasa bosan dan kebencian suami.


Menceritakan hal rumah tangga kepada orang lain dan memburuk-burukkan suami, keturunan atau asal-usul suami dengan tujuan merendahkan martabat suami pada mata orang lain sama ada keluarga, jiran mahupun rakan terdekat.


Sengaja atau tidak, gagal memasak masakan digemari suami. Bertahun-tahun hidup dengannya, sudah pasti si isteri tahu kesukaan suami atau perkara tidak digemarinya. Sebaliknya, isteri banyak menyakitkan hati suami sehingga sedikit demi sedikit, timbul kebencian di hati suami.


Meminjamkan harta benda suami kepada orang lain tanpa kebenaran terutama barangan yang amat disayanginya.

This Day In History